Kambing Golek Johor Sedap

Kambing Golek Johor Sedap | Siapa peminat kambing sila angkat tangan.Actually aku bukanlah yang jenis suka sangat kambing ni.Tapi husband aku memang pencinta kambing.Kalau dia masuk kedai,dengar ada kambing,itulah yang akan di ordernya terlebih dahulu.Semua dia nak rasa okeh.Paling dia suka adalah Kambing Golek.Kalau jumpa mesti nak beli.

Kalau kat rumah pulak, bila tanya nak makan apa, atau kat pasar nak beli apa,dia selalu bagitau beli kambing.Tau tak yang bini dia ni bukannya pandai nak masak kambing pun.Sebab apa tau,Kambing ni kalau cara penyediaannya tak betul,nanti masak bau hamis kambing.So,sebab tulah, aku tak pernah masak kambing.Tapi hari tu masa aku belek-belek facebook,terperasan satu mamat ni jual kambing perap secara online.Dia boleh COD ke rumah lagi tau.Jadi disebabkan MEM besar ni,beria nak masakkan Kambing perap ni untuk suami tercinta, maka aku order kambing perap dengan dia.

Kambing perap yang siap di packing.Yang paling best,disertakan pulak dengan Sos lada Hitam tu..Lagilah mudah kerja aku kan.Di bantu pulak dengan Air Fryer yang husband belikan sebulan yang lalu..(eceh tu pun ko nak mention ek..Memang mintak kena kecam ke ape? hahah) alang-alang tu korang boleh baca entry aku pasal AIR FRYER DARI GOSHOP tu eh..Memang cepatlah kerja aku dengan adanya Air Fryer ni…Jadi senyum je bila husband dok request nak makan ape…

Masuk je dalam bekas Stainless steel ni,terus je masuk dalam Air Fryer.Kalau nak masuk terus dalam air fryer pun boleh,cuma malas nanti nak mencuci tu je.hahahah…pemalas kan..

So,setkan masa Air fyer tu 15 minit dengan suhu 160c…Tapi masa 1st buat tu,macam tergelap sikit..Maklum ler,sis masih lagi mencuba.So korang layankan jelah kepekatan warna kambing perap tu..

Teringat 1st time menggunakan Air Fryer ni,Dak Naura terkejut sebab bunyinya,terus masuk dapur tanya umi bunyi apa tu..kah²…kadang budak tu kelakar jugak..Nampak berani,tapi sebenarnya penakut…Ikut sapelah tu..

Sementara menunggu kambing tu masak,boleh ler melayan dak Naura tu bercakap..Walaupun pelat,tetap gak becok macam ape…Tingggggggg!! siap kambing perap saya…hahaha

Siap untuk di makan…Sebelum tu aku dah cuba makan Kambing perap ni..Sedap rupanya ek..patutler laki kata tak cukup untuk dia sorang..sabau je ler…

Hah…cerita pasal kambing perap ni, lupa nak bagitau kat mana aku beli.Macam seronok sangat berbual pasal kambing ni kan..Maklum ler, ramai tau peminat kambing..Kambing perap ni aku beli dengan Kambing Golek Johor.Bukan sahaja mereka menjual Kambing perap,malah ayam perap dan sebagainya untuk majlis-majlis makan ni, memang diorang ada sediakan.Lagi satu, Mereka ada menyediakan Kambing untuk aqiqah.Paling senang okeh sebab korang hanya perlu bayar pada mereka.Mereka akan sediakan Kambing yang dah siap untuk di makan.Meh aku share sikit tentang mereka.

TENTANG KAMBING GOLEK JOHOR

Kambing Golek Johor ( No Perniagaan : JM0799704-H ) mula beroperasi awal tahun 2015 di johor bahru. Kami menyediakan perkhidmatan katering kambing golek, kambing panggang dan kambing perap untuk majlis perkahwinan, pertunangan, aqiqah, hari jadi, majlis keramaian dan sebagainya.

Hidangan istimewa yang amat menyelerakan ini dipanggang 100% menggunakan arang kayu berkualiti dan akan di masak di tempat majlis anda berlangsung. Kemudian, ianya akan dipotong secara professional di dihidangkan berbuffet kepada para tetamu.

Perapan kambing sehari sebelum majlis kami buat dengan resipi istimewa ini akan menghilangkan bau hamis kambing dan ianya amat sedap dan menyelerakan dihidangkan kepada para tetamu untuk apa jua majlis.

Kambing yang kami gunakan juga adalah dari kambing yang berkualiti diimport dari New Zealand, Australia dan juga di ladang ternakan tempatan. Kami menjaga kualiti hasil masakan tersebut agar ianya dapat memberikan kepuasan kepada para pelanggan.

Kawasan yang kami akan hidangkan adalah di sekitar Johor Bahru, Skudai, Kempas, Tampoi, Kulaijaya, Larkin, Pasir Gudang, Permas, Tiram dan Kota Tinggi. Namun kami juga boleh ke mana-mana lokasi. Ianya tertakluk kepada jarak dari pusat kami di johor bahru. Sekiranya terlalu jauh, caj tambahan akan dikenakan.

 

So,orang-orang Johor yang ingin menggunakan perkhidmatan dari Kambing Golek Johor ni,just  call je no yang aku letakkan di bawah entry ni.

 

Korang jugak boleh dapatkan info dan testimoni dari blog mereka di bawah ni :-

Website : http://www.kambinggolekjohor.com

Instagram : https://www.instagram.com/kambinggolekjohor/

Facebook : https://www.facebook.com/kambinggolekjohor/

No telefon : 011-3773 5976

 

 

 

siti Rohaida

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

28 thoughts on “Kambing Golek Johor Sedap

  • November 7, 2018 at 1:32 pm
    Permalink

    Kita peminat kambing, hari2 mkn kanbing kalu boleh. Dah try kambing perang ni.. Eh.. Kambing perap ni, mmg best, must repeat okeh!

    Reply
    • November 12, 2018 at 8:09 am
      Permalink

      kah²..perang ek.. husband kita pun peminat kambing jugak…tu yang masakkan untuk dia

      Reply
  • November 7, 2018 at 1:56 pm
    Permalink

    Nampak sedap kambing ni tapi saya kalau kambing makan juga cuma kuantiti sedikit. Suami yang suka kambing ni. Saya cuit2 ajer. Hehehe.

    Reply
  • November 7, 2018 at 3:19 pm
    Permalink

    hey hey..kita peminat kambing tau…melting giler tgk kambing golek tu..hehe..boleyla try bila balik johor nnt

    Reply
  • November 7, 2018 at 4:09 pm
    Permalink

    Bac entry ni smbil telan air liur hahaha. Nampak sedap kambing golek tu, ok balik johor nanti boleh la try oder.

    Reply
  • November 7, 2018 at 4:09 pm
    Permalink

    Uihhh, siapa je tak gemar kambing golek ni kan? kitorang satu family suka makan kambing golek. sedap kot. siap bertambah kalau pergi makan kambing golek

    Reply
    • November 12, 2018 at 8:11 am
      Permalink

      hahaha…kurang gemar, tu yang masakkan untuk husband je..cuit sikit boleh la

      Reply
  • November 7, 2018 at 6:07 pm
    Permalink

    I always like mutton.. especially the tender one.. so yummy.. haven’t really try the johor one.. looks great here..

    Reply
  • November 7, 2018 at 7:25 pm
    Permalink

    Oh first time hearing about this. I have not try this before, but it look delicious. must try it when we go Johor the next time.

    Reply
  • November 7, 2018 at 9:17 pm
    Permalink

    Perghhhh tengok pun tahu sedap walaupun Mimi tak makan kambing. Yang minat dan suka kambing memang akan suka dan nak beli. Confirm tak cukup satu kan

    Reply
  • November 7, 2018 at 10:10 pm
    Permalink

    Sedapnya kambing golek dalam airfyer hehehe kita tak pernah cuba bestnya kalau dapat pos ke sini boleh juga kita cuba hehehehe kita memang suka makan kambing ni wakakakka..

    Reply
  • November 8, 2018 at 7:50 am
    Permalink

    Uiksss sedapnya kambing golek ni yg penting leh masak sendiri ekekek..tp kte selalu nak makan kambing golek mesti nak sos black paper hehhe

    Reply
  • November 8, 2018 at 9:39 am
    Permalink

    Wah!! Sedapnya.. AM memang meminati makanan berasaskan kambing.. kisah la sup ker, grill ke, goreng ker asal kambing mmg AM pilih dulu.. pembuka selera tue..

    Reply
  • November 8, 2018 at 11:53 am
    Permalink

    Kalau dekat ni mau jugak kita order kak. Suami kita pun suka dengan kambing ni. Kita ni biasa-biasa je.
    Suami kita kalau dengar je kambing, lagi-lagi kambing perap gini, memang happy ler dia..

    Reply
  • November 8, 2018 at 11:55 am
    Permalink

    Terkeliur betul tengok kambing golek ni. Nak sediakan pon mudah. Aduh teringin tiba2 teringin nak makan kambing. Terus rasa nak pg cari ni.

    Reply
  • November 8, 2018 at 12:52 pm
    Permalink

    kambing golek ni sentiasa menjadi permintaan ramai tanpa mengira tempat. kalau di majlis kahwin memang kena serbu org ramai hehe

    Reply
  • November 8, 2018 at 5:26 pm
    Permalink

    Sedapnya sis. Senang gila rupanya kalau masak pakai air fryer ni. Dah siap perap terus masukkan set masa je. Boleh cuba nnti.

    Reply
  • November 8, 2018 at 10:45 pm
    Permalink

    kadang orang kata, nak hilang bau hamis kambing tu, cara sembelih dan lapah kambing pun akan mempengaruhi..

    uik kak, air fryer kalo guna, memang keluar bunyi ek? kena take note ni sebab esok nak try goreng ayam pakai air fryer hosmet ku..takut terpanik tanpa sengaja…hahaha

    Reply
  • November 8, 2018 at 11:06 pm
    Permalink

    i suka kambing jugak and first time dengar ni kambing golek…interesting…

    Reply
  • November 10, 2018 at 10:13 am
    Permalink

    Sedapnya…senang la masak dengan air fryer ja kan…nampak perapan dia pun sedap…adui..telan ailio

    Reply
  • November 11, 2018 at 12:19 pm
    Permalink

    Kita peminat kambing juga memang xboleh lepas tengok kambing. Metsi terliur tau.

    Reply
  • Pingback:Resepi Ayam Bakar Air Fryer ala Kenny Rogers - Kisah si Dairy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *