kadar tol sempena cuti hari raya 2019

Kadar Tol Sempena Cuti Raya AidilFitri 2019

Kadar Tol Sempena Cuti Raya Aidilfitri 2019 | Selain berita mengenai penerimaan BSH fasa kedua, Harga Tol sempena cuti perayaan pasti dinanti-nantikan?

Begitu juga dengan umi.Nak tahu jugak perkembangan tentang harga tol sekarang kan

Menteri Kerja Raya Baru Bian telah mengumumkan 23 lebuhraya di negara ini bakal memberikan diskaun tol sebanyak 10 hingga 33% kepada pengguna kenderaan Kelas 1 pada hari pertama sambutan Aidilfitri minggu depan, iaitu pada 5 Jun 2019 (Rabu). Diskaun berkenaan akan berkuatkuasa bermula pukul 12 tengah malam hingga 11.59 malam hari yang sama.

Berikut adalah kadar diskaun tol di 23 lebuhraya yang terlibat :

  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) – 33%
  • Lebuhraya Grand Saga (GSSB) – 30%
  • Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) – 20%
  • Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) – 20%
  • Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) – 20%
  • Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) – 20%
  • Jambatan Pulau Pinang – 20% (kenderaan Kelas 2 sahaja)
  • Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 – 20%
  • Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) – 20%
  • Lebuhraya Pantai Baru (NPE) – 20%
  • Lebuhraya BESRAYA – 20%
  • Lebuhraya MEX (Maju Expressway) – 15% (semua Kelas kenderaan)
  • Lebuhraya Grand Sepadu – 15%
  • Lebuhraya Shah Alam (Kesas) – 10%
  • Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) – 10%
  • Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) – 10%
  • Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) – 10%
  • Lebuhraya Kajang SILK (SILK) – 10%
  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) – 10%
  • Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 – 10%
  • Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) – 10%
  • Lebuhraya Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JKSB) – 10%
  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Selangor (LATAR) – 10%

Laporan Bernama turut menyebut, tiga lagi lebuhraya hanya menawarkan diskaun di plaza tol tertentu; Plaza Tol Ampangan bagi Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) dengan 10%, 20% di Plaza Tol Perling dan Lima Kedai di Lebuhraya Laluan Kedua (LINKEDUA), 10% di Plaza Tol Pulau Indah di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) bagi trafik keluar sahaja. Ia adalah untuk semua Kelas kenderaan bermula pukul 6 pagi pada 5 Jun hingga 5.59 pagi pada 7 Jun 2019.

 

So, laluan korang terlibat ke tidak??

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *