BLOG

JDT Blogger Get Together di GBW Hotel JB

JDT Blogger Get Together di GBW Hotel JB

JDT Blogger Get Together di GBW Hotel JB | Sesekali berjumpa dalam satu majlis hanya untuk kami semua, memang gamat.Gamatnya dengan game yang disediakan tulah.

Cerita beberapa bulan yang lalu yang umi lupa sangat nak update.Dapat cabutan bertuah dan sebagainya semuanya ada di galeri phone dan juga ig story.Rupanya gambar banyak yang sudah di delete..Aigo!!

Sebelum banyak lagi gambar kena delete dek budak berdua tu, meh la umi story sikit apa yang kami buat di Grand Blue Wave Hotel Johor Bahru pada 8 ogos 2020 hari tu.Uih..punyalah lama kan umi peram entry ni.

Actually ni adalah gathering kami selepas beberapa tahun memang tak buat gathering bersama-sama dengan ahli JDT Bloggers.

Sebelum tu umi tepek link entry-entry gathering kami tahun-tahun yang lepas untuk kenangan umi.

Misi Potluck JDT Blogger di Tasik Layang-layang Pasir Gudang. Entry ini adalah 1st gathering kami masa mula-mula JDT Blogger ditubuhkan.

Selepas tu ahli JDT Blogger makin ramai dan makin meriah.Alhamdulillah dapat kenal dengan mereka semua ni.

Kemudian gathering kami yang kedua kami buat di rumah SIS LIN yang merupakan Pengerusi baru bagi JDT Blogger untuk kali ini.Pun meriah sebab dapat lagi kami berkumpul sambil makan-makan.Memang suka makan ek dak-dak JDT Blogger ni.hahaha..

And paling latest adalah di Grand Blue Wave Hotel pada Ogos bulan yang lepas dengan Tema kami We Go Together.Alhamdulillah, rezeki jdt blogger semakin murah dengan tajaan untuk luck draw kami tu.

Untuk event kami di GBW hotel, kami ambil celebration package di GBW Hotel  yang bagi umi tersangatlah murah.Untuk dewasa RM30 dan kanak-kanak RM15.Tapi makanan memang berbaloi sangat-sangat.Kalau korang nak buat celebration apa-apa ke, memang umi recommend untuk buat kat sini.

Dibawah ni antara mereka yang dapat hadir untuk ke majlis kami pada petang tu.Sayangnya ada yang tak dapat join.Mybe next time boleh arrange untuk semua dapat berkumpul bersama kan.Barulah syok.

JDT Blogger Get Together di GBW Hotel JB

kredit photo : Sis Lin

Dan guest jemputan kami hari tu Cik Lily Putih.Pertama kali berjumpa secara berdepan dengan cik lily ni.Selalunya bertegur sapa melalui social media je.

JDT Blogger Get Together di GBW Hotel JB

Hai kak Lily..entah bila dapat jumpa lagi kan?

Dan mereka di bawah ni adalah partner umi yang duduk semeja

JDT Blogger Get Together di GBW Hotel JB

Antara menu yang dihidangkan pada petang itu

JDT Blogger Get Together di GBW Hotel JB

Lengkap dengan segala pencuci mulut ye untuk RM30 tu.Tak ke berbaloi

Memang happening gila dengan ada game dan juga lucky draw yang dinanti-nantikan.

JDT Blogger Get Together di GBW Hotel JB

Game yang diaturkan oleh suzie cukup meriah dengan pelbagai aksi tu..

And last sekali Luck draw yang terbesar yang buat kami gelak tak hengat apabila kami kena cari kerusi siapa yang bertuah untuk penginapan di Tanjung Puteri Golf resort.

JDT Blogger Get Together di GBW Hotel JB

Yeah inilah dia orang yang bertuah.Mak tak bertuah, anak yang bawa tuah..hahaha…Rupanya bawah kerusi dak Yash ni hah..Aduiii comel betul budak sorang ni tau.Umi geram dekat pipi dia tu.hahah

Alhamdulillah..itulah sedikit sebanyak bingkisan cerita event JDT Blogger d GBW Hotel.

Umi ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada penaja-penaja kami pada petang tu.Dan terima kasih kepada ahli JDT Blogger yang dah bertungkus lumus untuk menyiapkan event kami pada hari tu..

U are the best…

 

 

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

(3) Comments

  1. Hahahaha aku punya sampai dah ke bawah dah draft nyaa, tak siap juga nak post hahaha sebab habiskan review semua barang yang dapat tu dulu, supaya senang nak tag letak linknya.. ngajin kang malam siapkan laaa hehehehe

  2. Walawehhh, bestnyerrr..
    Halah, halah.. next time kena join… Macam macam gaya dan aktiviti wooooo.. Moha JDT Blogger terus success.. AMIN

  3. haha.. maknya tak bertuah. Anak yang bawa tuah.. i loike… so lepas ni kalau ada event yang ada lucky draw i nak bawa dak yashlah..kikikiki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *