jawatan kosong 2019

Jawatan Kosong Pembantu Am PBT Pengerang

Jawatan Kosong Pembantu Am PBT Pengerang.Bagi mereka yang mencari peluang pekerjaan sebagai pembantu Am PBT Pengerang ni boleh la cepat-cepat apply

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : KEMAHIRAN


KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA


TARAF JAWATAN : KONTRAK / 2


1. SYARAT LANTIKAN
a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c. Memiliki Kelulusan Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,218.00).
d. (Syarat Tambahan: Bagi tugas menyelamat, calon perlu memiliki Sijil
Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu
enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan
berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia). (Gaji permulaan ialah pada Gred
H11: RM1,264.15).


2. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian
Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


3. DISKRIPSI TUGAS
Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal
di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal
ke atas peralatan dan ruang kerja.


4. DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syaratsyarat skim perkhidmatan yang berkenaan yang berkuatkuasa serta pindaanpindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.


5. CARA MEMOHON

i. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan
Awam, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah
melalui Ketua Jabatan masing-masingmengikut Perintah Am 17 Bab A di
bawah peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat,
dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 dan hendaklah disertakan dengan
Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian
Prestasi Tahunan Terkini;


ii. Permohonan boleh dibuat melalui cara-cara berikut :
a) Muat turun Borang Permohonan Jawatan Kosong PBT Pengerang
di laman Web Pihak Berkuasa Tempatan Pengerang iaitu:
www.pbtpengerang.gov.my dan disertakan dengan Wang Tunai
Ringgit Malaysia Satu Sahaja (RM1.00) bersama-sama borang
permohonan semasa menghantar atau;


b) Pembelian borang melalui Kaunter Bersepadu PBT Pengerang
pada hari Ahad hingga Rabu dari jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang
dan hari Khamis dari jam 8.30 pagi hingga jam 3.00 petang
(kecuali cuti umum) dengan bayaran sebanyak Ringgit Malaysia
Satu (RM1.00). Bagi pembelian borang Melalui Kaunter Bersepadu
PBT Pengerang, Resit Pembelian borang perlu di lampirkan
bersama semasa menghantar borang permohonan.
iii. Sila sertakan sekeping gambar terbaharu berukuran passport, dan salinan
yang telah disahkan untuk semua dokumen seperti kad pengenalan, sijil
kelahiran, sijil-sijil akademik dan lain-lain dokumen sokongan;

iv. Permohonan yang lewat, tidak lengkap, tidak diakui sah atau tidak mengikut
syarat di atas akan ditolak;
v. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk
temuduga. Mereka yang tidak dihubungi dalam tempoh 3 bulan daripada
tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana
menghadiri ujian dan temuduga adalah ditanggung oleh calon-calon sendiri.
vi. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul
surat dan alamatkan kepada :

jawatan kosong pbt pengerang 2019
YANG DIPERTUA
PBT PENGERANG
NO. 7 JALAN KEMPAS 1
TAMAN DESARU UTAMA
81930 BANDAR PENAWAR
JOHOR DARUL TAKZIM.
(u.p: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
vii. Permohonan perlu dihantar dan diterima di Pejabat PBT Pengerang pada atau sebelum 14 November 2019 , Jam 12:00 Tengah Hari. Sebarang
permohonan yang diterima selepas tarikh dan waktu tersebut tidak akan
diterima dan diproses.

 

Maklumat atau borang boleh dapatkan di bawah ini ye

 

Borang jawatan kosong

Loading

1 Comment

  1. Semoga ada rezeki buat mereka yang sedang mencari kerja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *