BLOG

Jangan Merasa diri Kita baik walaupun..

JANGAN MERASA DIRI KITA BAIK WALAUPUN....

Jangan Merasa diri Kita baik walaupun..Itulah perkongsian yang ingin umi kongsikan pada hari jumaat ni.Ilmu kalau tak dikongsi apalah gunanya kan.

Lagi-lagi hari jumaat yang mulia ni, amalan sedekah tu bukan hanya pada sedekah wang ringgit, banyak perkara yang boleh dikatakan sedekah tak kiralah dalam bentuk apa pun.

Jom baca perkongsian hari jumaat ni yang umi dapat dari whattssap group sebelah tingkap kiri kanan.

Perkongsian Jumaat : Jangan merasa diri kita baik, walaupun… 

 

JANGAN MERASA DIRI BAIK
 
  •  walaupun kita solat cukup 5 waktu serta tepat pada waktunya.
  • walaupun kita bersedekah setiap hari malah lebih banyak nilai disedekahkan.
  •  walaupun hari hari kita memberi nasihat dan teguran kepada orang lain yang berbuat silap.
  • walaupun kita memakai jubah, berserban, bertutup litup dengan sempurna.
  • walaupun setiap malam kita berjaga untuk menunaikan solat Tahajjud, Witir, Hajat dan amalan sunat lain.
  •  walaupun hari hari kita ke masjid atau surau untuk beribadah dan menambah ilmu.
  • walaupun setiap saat kita update status berunsur nasihat dan dakwah di laman sosial.
  •  walaupun setiap masa kita menolong orang lain.
  •  walaupun setiap hari kita berkongsi tazkirah.
  •  walaupun kita seorang GURU…..
Pendek kata, JANGAN MERASA DIRI KITA LEBIH BAIK DARIPADA ORANG LAIN sebab kita takkan pernah tahu dimanakah dan bilakah  saat HATI kita benar benar IKHLAS melakukan amalan amalan soleh, menasihati orang serta beramal ibadah lain yang bakal diterima oleh Allah SWT. Kita tak tahu amal manakah yang Allah terima.

Apa yang penting, selalulah meletakkan diri kita dalam keadaan di mana…..  “aku sedang perbaiki diriku dan cuba bantu orang lain”….. untuk menjadi lebih baik. InshaAllah.
 
Allah hanya menerima hati hambaNya yg IKHLAS. Kadang-kala kita tak sedar sama ada benar benar wujud keikhlasan ataupun sekadar penuh riak dan hasad.

Nauzubillah…

Jadi, laksanakanlah sesuatu kebaikan hanya kerana mengharapkan REDHA Allah SWT, di samping kita memperbaiki diri sendiri dan jugak orang lain. Hanya Allah SWT  yang akan terus memberi kita PETUNJUK serta JALAN KEBENARAN.
 
 
Semoga Allah swt permudahkan urusan kita pada hari ini.
 
Jom Kahfi
 
 
Baca artikel lain :-

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

(4) Comments

  1. Sentiasa nak jadi terbaik dan baik buat diri sendiri aja.. Bila diri menjadi terbaik, maka sekeliling pun akan bertambah baik..Salam Jumaat Eda..

    Pstt memang takde header ek blog Eda ni?

    1. dia sembunyi jap..hahahah…header tak siap lagi oiii

  2. usaha mencari redha Allah kan Umi, kerana itu tiket untuk jalan ke syurga.
    semoga yang baik2 saja utk semua.

  3. Terima kasih atas peringatan ni kak. Sentiasa perbaiki diri menjadi lebih baik. InshaAllah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *