Jamuan Hari Raya Mentrade Marine Equipments

Jamuan Hari Raya Mentrade Marine Equipments | Jamuan raya yang pertama kalinya di adakan di Kilang umi.

Actually kalau dulu, rajin buat potluck je.Tu pun di rumah dengan kawan-kawan office.Yang datang pun tak ramai.Tetapi memandangkan salah seorang bos ni, nak sangat buat Jamuan raya bagi menjamu staff yang ada, maka kami sebulat suara untuk mengadakan Jamuan tu pada jumaat syawal yang terakhir.

Alhamdulillah, tahun ni company ada hulurkan sedikit sumbangan untuk kami merealisasikan jamuan raya tu.

Company umi ni kecik je, staff pun tak sampai 100 orang.So, kami pakat-pkatlah sape yang nak bagi sumbangan.Nak harapkan duit company 100% tak mungkinlah kan sebab ekonomi company ni pun tak berapa lebat macam beberapa tahun lepas.

Tapi untuk mengeratkan lagi hubungan antara production dan office, maka terjadilah jamuan raya ni.Walau sederhana, tapi meriah.

Tugas umi sediakan nasi himpit dan perkakas untuk digunakan pada jamuan raya tu.

Dapatlah deko² sikit majlis kami tu.Insyallah kalau ada lagi tahun depan, kita buat yang lebih cantik lagi..hehehe.

Pagi tu, semua ambil tugas masing-masing untuk siapkan itu dan ini.Ambil mana-mana makanan yang di tempah dari luar.

Selepas solat jumaat, barulah operasi membakar  ayam dan sate.Itu of courselah tugas-tugas lelaki kan.Tapi kami yang perempuan ada jugak menyibuk.

Walau sederhana tapi bagi umi ia tetap meriah.Yang penting kerjasama.Sesebuah company tu, kalau takde kerjasama antara satu sama lain, memang takkan ke mana pun.

Sikap bermasam muka, tak puas hati tu, umi rasa semua ada pada setiap tempat.Tapi bila adanya majlis-majlis seperti ini, mereka akan tolak tepi semua sikap tu dan dari situlah timbulnya sefahaman bila kita sentiasa ada sifat bekerjasama kan.Semua boleh settle, kenapa nak gaduh..Dan mungkin itu berpunca bos kecik kami tu nak buat makan-makan macam ni.

Belum habis semua di bakar, umi dah berapa kali repeat sate daging dengan kambing tu.

Kami tolong jugak, tolong Wefie.Ni antara staff melayu wanita yang ada di company umi tau.Tapi rasanya semua dah berpunya…hehehe.

Dan part yang paling best.adalah Ni hah!! durian oh durian.. Sebelum umi beli durian di Entry Durian Oh Durian, umi dah dapat makan di sini dulu…Oklah kan umi makan sorang,Sebab masa tu dak Naura masih tak sihat lagi.So, bawak balik bau jelah untuk dia…

Puas makan walaupun semua kecik², tapi isinya memang mantap.Ramai dok bedal ni je dari makanan lain.

Alhamdulillah.. semua happy.Last but not least boss besau turun dengan bos umi.Sporting tau dia pakai baju kurung hari tu.

Boss paling besar yang pakai baju putih dan baju kurung kuning tu boss umi..hehehe..Sorry ye..kena tampal dengan icon muka umi tu.Entah macam mana boleh buat muka pulak..hahahah

 

Itu jelah story tentang Jamuan Hari raya yang pertama kalinya di buat di Company umi..Alhamdulillah..Moga company umi banyak dapat job lepas ni..amin

 

oppsss…

siti Rohaida

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *