Jadilah Orang Yang Memulakan

Jadilah Orang Yang Memulakan |Perkongsian Jumaat untuk kita sama-sama jadi yang lebih baik.

عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثِ لَيَالٍ يَلْتَقِيَانِ فَيُعْرِضُ هَذَا وَيُعْرِضُ هَذَا وَخَيْرُهُمَا الَّذِي يَبْدَأُ بِالسَّلَامِ

Daripada Abu Ayyub Al Anshari bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa dengan saudaranya (sesama muslim) lebih dari tiga malam. Keduanya saling bertemu, tetapi mereka saling tidak acuh satu sama lain (keduanya saling berpaling). Yang paling baik di antara keduanya ialah yang lebih dahulu memberi salam.” (HR Muslim No: 4643) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Seorang Muslim dilarang tidak bertegur sapa terhadap saudara seIslamnya melebihi tiga malam.

2. Kita boleh berbeza pandangan dan pendapat dalam pelbagai perkara, namun jangan sampai perbezaan itu menyebabkan kita tidak bertegur sapa.

3. Cara yang paling baik untuk mempertautkan semula ukhuwah adalah melalui ucapan salam.

4. Orang yang paling baik antara keduanya ialah yang terlebih dahulu menyapa saudaranya dengan Ucapan SALAM.

Semoga kita menjadi pemangkin hubungan ukhuwah sesama Muslim.

 

Insyallah..amin

siti Rohaida

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *