Jadikan Pengajaran dalam Drama Insan Terpilih

Jadikan Pengajaran dalam Drama Insan Terpilih | Drama Insan Terpilih yang ditayangkan di TV3 pada minggu lepas adalah KISAH BENAR si Hussien Gila.

Walaupun umi tak berkesempatan menonton di TV, tapi dapat  jugak umi menonton di Youtube.Niat hati memang nak menonton sabtu tu, tapi disebabkan umi ada hal malam tu, jadi umi menonton di Youtube.

Drama Insan Terpilih adaptasi dari Kisah Benar Hussien Gila.

Perkongsian ini diceritakan oleh salah seorang Jemaah sebuah surau di Klang, Selangor Darul Ehsan. Telatah Husien Si Orang Gila ini selalu buat jemaah surau terkejut sehingga kematiannya dirasai. Patutlah dah lama tak nampak Hussein, rupanya dia dah pergi meniggalkan dunia yg fana ini. Dia di gelar Husein gila sebab dari zahirnya kita lihat dia tak seperti orang biasa atau normal.

Dia selalu ada di surau-surau. Kerja dia mengutip benda-benda kotor di karpet surau dan dimasukkan ke dalam poketnya. Pernah jemaah surau bagi dia penyapu tapi dia tak nak. Katanya, rugilah kalau aku pakai penyapu kalau satu aku kutip guna tangan 10 ganda ALLAH SWT bagi aku. Jadi jemaah tak bleh nak kata apa-apa.

Kata-kata yang dilemparkan oleh Firdaus dalam cerita  Insan Terpilih ni membuatkan ramai yang mengalirkan air mata.

Bayangkan kehidupan realiti sebenar Hussien tu.Tak pernah meminta-minta dengan orang.”aku ada tangan, ada kaki boleh jalan-jalan cari makanan yang orang buang, membazir berdosa” . Bayangkan betapa dia tak pernah meminta-minta dengan orang.Pada dia semuanya pembaziran.Setiap kali nak azan, dia akan pastikan semuanya siap di dalam surau. Nak buang taik cicak pun gunakan tangan je.Banyak pahala kata dia.

Allahu… serius banyak pengajaran dalam cerita ni yang kita sebagai orang sekeliling perlu ambil iktibar dari cerita tersebut.Bila di ajak solat, dia akan kata, Orang gila tak wajib solat. Jadi kita yang sihat tubuh badan ni, macam mana ye? 

Memang berjaya watak yang dilakonkan oleh Syazwan Zulkifly ni.Umi paling sedih bila last episode tu.

Semoga menjadi iktibar buat kita smua yang masih hidup dan mencari-cari kesempurnaan di dunia persinggahan ini. Allah SWT pandang nawaitu kita, hati kita, ketulusan dan keikhlasan serta keimanan, ketaqwaan, keislaman, ketaatan dan kesetiaan kita.

Bukan pada rupa, warna kulit, status, harta, pangkat, darjat, kepuraan zahir batin. Muhasabah diri sendri dan untuk saudara seislamku untuk sedar daripada khayalan yang samar dan kembali kepada janji kita yang nyata kepada Allah SWT yang HAQ.

 

Nak tengok videonya ?

Jom tengok kat youtube ni

Apa yang kita dapat dari menonton cerita ni?

Kita seorang hamba Allah yang diberikan pinjaman atas dunia ni.Kena sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan.Bagaimana nak bersyukur.Ikut yang diperintahkan dan tinggalkan apa yang dilarang.

Moga kita sentiasa bermuhasabah diri dalam setiap perkara yang kita lihat.Jadikan ianya iktibar untuk kita terus menginsafi diri.Bukan kita yang terbaik, tapi semoga kita mampu menjadi yang terbaik.

Ya Allah Sucikanlah hati kami dan fikiran kami, perbaikilah akhlak kami dan perbaikilah amal perbuatan kami dengan perbuatan yang baik”

 

 

 

1 thought on “Jadikan Pengajaran dalam Drama Insan Terpilih

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.