July 3, 2020
Jack ‘n Jill NIPS memperkenalkan NIPS Kurma hebat sebagai edisi khas Hari Raya

JACK ‘N JILL NIPS perkenalkan Nips Kurma Hebat Edisi Terhad

JACK ‘N JILL NIPS perkenalkan Nips Kurma Hebat Edisi Terhad| Selamat Menyambut Puasa untuk semua readers.Alhamdulillah kita sudah pun memasuki hari yang ke 7 berpuasa.

Semoga di bulan Ramadhan ni, kita akan sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan yang penting Semoga Wabak Covid 19 terhapus terus dari dunia ni.Semoga kita dapat jalani kehidupan seperti biasa.

Ok, untuk entry ni, umi nak bagitahu kepada peminat coklat tegar akan kewujudan EDISI TERHAD sempena bulan Ramadhan keluaran dari Jack ‘n Jill Nips.Apa tu? meh baca entry seterusnya.

Baru-baru ini  Jack ‘n Jill NIPS memperkenalkan NIPS Kurma hebat sebagai edisi khas Hari Raya

JACK ‘N JILL NIPS memperkenalkan Nips Kurma Hebat Edisi Terhad

Jack ‘n Jill NIPS meraikan semangat perpaduan yang dikongsi bersama dengan perisa baharu edisi khas yang begitu sesuai bagi sambutan Hari Raya ini. Jack ‘n Jill NIPS Kurma baharu ini akan memeriahkan lagi sambutan tahun ini dengan rasa coklat berperisa kurma lazat, disalut dengan kolongsong manis berwarna-warni. Alami kehebatan gabungan rasa karamel manis dan kurma bersama coklat yang kaya setiap kali anda menikmati kehebatan berbilang warna ini. Pastinya, sambutan Hari Raya anda kali ini penuh dengan sensasi hebat bersamanya. 

Jack ‘n Jill NIPS memperkenalkan NIPS Kurma hebat sebagai edisi khas Hari Raya

Keenakan rasa kurma menambah lagi kelazatan kekayaan coklat susu yang tentunya sukar dilupakan. Kemeriahan yang diberikannya umpama sebuah pesta – dengan lapisan rangup yang penuh dengan kelazatan coklat dan kehebatan rasa buah. Dengan versi kurma ini, kini terdapat lima variasi Jack ‘n Jill NIPS dengan empat perisa sebelumnya terdiri daripada pilihan kesukaan ramai: Kacang, Kismis, Kacang dan Kismis, serta Cookies & Crème. 

Kempen yang diberi nama We’re All In Eid Together #EidWithNIPS telah melancarkan edisi baharu Jack ‘n Jill NIPS ini. “Memang mustahil untuk tidak memberikan perhatian terhadap wabak penyakit yang kini melanda seluruh dunia. Kami berharap NIPS Kurma dapat sedikit sebanyak meredakan perasaan resah serta mewarnakan waktu yang suram ini. Kami sememangnya inginkan semua pelanggan-pelanggan kami terus meraikan saat-saat gembira bersama yang tersayang sambil bergabung tenaga menangani wabak penyakit ini,” ujar Emmanuel B. Puno, Naib Presiden Kanan (SVP) URC Snack Foods Indonesia, Malaysia dan Singapura. 

“Dengan NIPS Kurma, kami ingin membawa kembali kemeriahan serta gelak ketawa kepada masyarakat, apa lagi menjelang Hari Raya ini. Hubungan mesra harus terus terjalin – tak kiralah jika hanya menerusi panggilan telefon atau melalui aktiviti yang boleh dikongsi bersama – sewaktu detik penjarakkan social ini. Kami harap kempen NIPS Kurma ini akan membawa kembali saat-saat indah yang sebelum ini dikongsi bersama bagi menguatkan lagi jalinan mesra yang akan membantu semua mengatasi segalanya,” kata Puno. 

 

 

 

Jack ‘n Jill NIPS memperkenalkan NIPS Kurma hebat sebagai edisi khas Hari Raya

Coklat memang begitu sesuai dikongsi bersama rakan-rakan dan keluarga untuk menyambut Hari Raya dan juga sewaktu bulan Ramadhan. NIPS Kurma sesuai sekali dihidangkan sebagai penghujung manis setiap hidangan perayaan ataupun selepas berbuka puasa. Memang sesuai jika ianya dikongsi bersama dengan semua yang makan semeja. 

 

Jack ‘n Jill NIPS memperkenalkan NIPS Kurma hebat sebagai edisi khas Hari Raya

“Kami sangat teruja kerana telah berjaya untuk menambah variasi NIPS serta mampu memberikan masyarakat Islam di Malaysia sesuatu yang unik untuk menyambut kemeriahan perayaan ini. Kami ingin memberikan perisa yang akan menambah lagi kelazatan coklat dan juga berkaitan kepada sambutan Hari Raya. Dengan ini, saya rasa kami telah berjaya mencari rasa buah yang secocok dengan perayaan yang akan menjelang, untuk digandingkan dengan coklat yang akan memberikan kepuasan kepada pelanggan kami.” 

 

Di musim perayaan ini, tambahan lagi kemeriahan Hari Raya dengan Jack ‘n Jill NIPS Kurma baharu. Ceriakan hari anda dengan warna dan kegembiraan yang diberikannya. Nikmatilah saat-saat mesra bersama mereka yang tersayang dengan kemanisan rasa Jack ‘n Jill NIPS Kurma. 

 

Tonton Video Unboxing dari umi di bawah ini

Perisa terbaharu ini kini berada di pasaran – untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook Jack ‘n Jill NIPS

 

siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

View all posts by siti Rohaida →

31 thoughts on “JACK ‘N JILL NIPS perkenalkan Nips Kurma Hebat Edisi Terhad

  1. Wah..edisi terhad Nips filling kurma! kena cari ni. Bulan puasa ni kena cari juga coklat menarik macam ni…buat semangat anak-anak kecil berpuasa..lepas berbuka hulur Nips mesti seronok anak-anak.

  2. Alamak kena cari nih.. Selalu kitorg suka makan yg kismis tu.. Ada kurma ni msti sedap.. Thanks for the info

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *