Its My Birthday!!

Its My Birthday | Alhamdulillah..syukur bila Allah swt masih pinjamkan lagi nyawa untuk umi di muka bumi ini.

And yes, i am officially 38 years old pada 30 mac 2019.Umi tak takut nak bagitahu orang yang umur umi 38 tahun.Biarlah mereka tahu, sebab bagi umi, usia bukan penghalang untuk kita buat itu dan ini.Yang penting apa yang kita buat tu, bukanlah benda yang tak betul.

Entry bebelan umi mungkin akan panjang lebar.Itu pun mengikut mood yang akan umi tulis..hahaha.

Alhamdulillah..Menerima wish birthday dari rakan-rakan, saudara mara dan juga adik beradik.Ucapan istimewa yang umi selalu tunggu-tunggu dari suami dan juga mak umi sendiri. Nak harapkan budak² ni, lambat lagi.. hahaha.

Terima kasih semua….

 

Bila bercerita pasal meningkatnya usia ni, terus terfikirkan, apa yang kita nak di peringkat umur sebegini. Apa yang umi nak dalam hidup umi di waktu umur yang baru ni.

Azam umi untuk umur yang baru ni.

Actually dah lama umi fikirkan apakah yang umi nak untuk tahun-tahun seterusnya, adakah masih dengan perkara lama, atau terus move on dengan perkara yang baru.Perkara yang lebih baik.Yang memberikan masa depan yang umi inginkan.

Di umur yang baru ni, Umi nekadkan hati untuk menjadi yang lebih baik.Kurangkan aktiviti sosial umi, nak menjadi isteri, anak, ibu dan umatNya yang lebih baik.Insyallah.

Nak perbaiki diri yang lemah, hanyut oleh duniawi.Moga Allah swt kuatkan hati umi untuk terus di jalanNya.

Permulaan yang baru, umi nak isi diri umi dengan perkara-perkara positif dengan membaca buku-buku ilmiah dan motivasi supaya umi dapat kekuatan untuk diri umi terus berdiri.

Orang nampak umi kuat, tetapi dalaman, hanya Allah swt sahaja yang tahu.Datuk Prof Dr.Muhaya ada kata di dalam bukunya, 

Nak mengadu biar pada Allah swt, jangan pada orang kerana kita tak tahu hati orang tu macam mana, adakah dia simpan rapi apa yang kita adukan kepadanya atau menjaja aduan kita kepada orang lain sehingga orang lain menyalah ertikan apa yang kita mengadu tu.

 

umi karangkan entry ini supaya entry ini dapat mengingatkan umi kembali jika umi terkeluar dari landasannya.Supaya umi beringat kembali apa yang umi dah azamkan pada tahun yang baru bagi diri umi ni.Insyallah..Moga Allah terus bukakan pintu hati umi untuk terus tetap ke arah yang lebih baik.

 

Dan last but not least, thanks to my husband for the gift…Umi dapat 2 hadiah duniawi tahun ni, satu dari babah dan satu dari Althea.Thanks babah, umi tau babah baca entry ni.

Thanks Althea untuk 400 points yang selamat umi tebus.

Bila babah berikan hadiah ni, umi dapat agak apa yang babah akan suruh umi masak.Ingat nak bagi intan berlian tadi…hahaha…Thanks babah..Nanti kita masak sama-sama eh

Loading

6 Comments

  1. Perghh periuk baru gitu…
    Noxxa aku pun masih juga aku guna walaupun….ermmmm
    Nak cari juga penganti tapi belum rasa nak curang hahahahahaha

  2. Happy belated birthday kak eda.. Semoga dipanjangkan usia dan kurniakan rezeki yang melimpah ruah. Semoga menjadi kak eda sentiaasa berada dalam rahmat Allah s.w.t . Ada maksud babah bg hadiah pressure cooker tu.. nak suruh umi masak sedap2 selalu.. hhaha

  3. Author

    hahaha… ni ler 1st time nak guna pressure cooker…

  4. Author

    thanks dilah.. dia bagi ada makna tu hah..tu pun dah bagi hint nak makan nasi beriani..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *