i’m Back

Assalamualaikum
Hai korang.emmm..walau tak berapa nak sihat kebelakangan ni,namun tetap juga nak menggagahi untuk update blog.Tapi bila dah bukak blog,terus hilang idea nak menulis.
Dari hari Khamis hari tu lagi aku tak sihat,Dan hari khamis tu jugak la,aku ada appointment dengan doktor.Aku diberi cuti selama dua hari.Sebab masa hari khamis tu aku ada dipakaikan machine kat dada aku ni.Machine tu bertujuan untuk mengesan kadar perjalanan jantung aku samada normal atau pun tdak..Uffttt…Kalau korang selalu baca pasal masalah jantung aku ni,pasti tau tujuannya untuk apa.
Ingat lepas operation jantung pada tahun 1996 dulu,aku dah takde la penyakit tu kan..Actually operation tu untuk penyakit Jantung berlubang dan injap sempit,Tapi jangan tanya aku selanjutnya sebab aku dah tak ingat.Last follow up pun tahun 2001 seingat aku.Lepas tu terus dah tak follow up…
Benda nilah yang tergantung dengan aku 24 jam..

Sambil menonton cik Cinderella dan En.Tengku benda ni menemani aku,Nasib baik anak-anak takde kat rumah,
Kalau tak naya jugak aku nak letak macam tu je..
Tunggu result bulan dua nanti..Penuh dengan debaran jugak ni.Harap² takde apa² yang seriuslah hendaknya kan.
Ni pun bertambah pulak demamnya.Sakit kepala bagai nak rak..Telan panadol pun tak hilang jugak..huisshhh..Jangan darah tinggi naik sudah la..

Loading

8 Comments

  1. harap semuanya baik2 belaka dan semoga mommy cepat sihat

  2. salam ida.moga allah permudahkan segalanya untuk ida. doa banyak banyak yer. 🙂

  3. Ya Allah kakak…semoga cepat sembuh yer…patut la lama tak nampak kat blog…maaf tak tau 🙁

  4. harap takde pape kak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *