Iftar yang Pertama di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum
Tahun ketiga  bergelar isteri,dan tahun ketiga juga aku tidak pernah menyambut puasa bersama emak dan adik beradik yang lain.Apabila usia dan kehidupan meningkat,Segalanya telah berubah.
Tak dapat nak dikongsi bersama sama mereka.Timbul rasa kesedihan pulak.Selalunya kami apabila bersama memang riuh rendah jika nak dibandingkan dengan keluarga suami.Ini kerana keluarga belah suami tak ramai adik beradik.Sedangkan aku mempunyai 10 orang adik beradik dan antaranya masih kecil.
Keriuhan itu lah yang sangat aku rindui.Rindu untuk masak bersama,buat kuih bersama,pergi bazar bersama,
Selagi tak penuh meja tu memang x sah untuk kami.
Bersama ipar, adik dan anak saudara yang cukup kecoh
Selepas itu kami adik beradik akan berkumpul ramai-ramai …Begitu juga dengan sahur..mak memang rajin menyediakan makanan buat kami.Tidak ada istilah tiada makanan yang terhidang di meja walaupun sahur.Dan walaupun lauk itu hanya lauk sardin.Kami tetap puas.Seronoknya kami ketika itu
Dan apabila mereka menginjak dewasa,dan ada antara kami yang sudah berkeluarga,semuanya itu berlalu sepi.
Aku hanya merindui saat itu sahaja..Rasa nak balik kampung,tapi disebabkan hari ini bekerja,so terpaksalah dipendam walau jarak antara rumah dan kampung makan masa hnya 1 jam.
Mybe kalau aku dah beranak pinak,mungkin rasa sunyi itu dah tiada..Dan mungkin kerana aku belum mempunyai zuriat,aku merasakan kesepian itu.
Insyallah..hari hujung minggu nie aku balik kampung..Tak sabar rasanya menunggu saat itu.berbuka puasa dan bersahur bersama.Sekarang nie kena plan dengan adik beradik yang lain..Barulah kemeriahan tu ada.

Loading

11 Comments

  1. Insyaallah…hujung minggu nanti akan terubatlah rindu itu. Planlah dgn adik beradik lain, ajak mereka balik juge…

  2. sabar tau awak.. hujung minggu nanti balik lah kampung tau.. 🙂

  3. marhaban ya ramadhan kawan!

  4. SALAM RAMADHAN AKAK 🙂

  5. story hidup kita hampir sm.. tp cube la utk berbuka bersama wlpun satu hari jer…

  6. Salam Ramadhan… 🙂

    Kalau dapat bersama saudara sekeluarga alangkah meriahnya….biar satu hari pun akan dihargai… 🙂

  7. best kalau ramai2 =) sllu jugak blik puasa dn beraya kt kg sblah ayah..sbb ayah a.bradik ramai..mmg meriah sgt la..

  8. Selamat datang ramadhan. selamat menjalankan ibadah puasa selama sebulan penuh hinggakan lebaran datang memberi kebahagiaan.

  9. salam 3 ramadhan…sedih pulak baca cerita ni..tapi jangan sedih-sedih k..bila dah free nanti balik. nway kita nak balik kampung petang ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *