INFO

i-SINAR Di kreditkan Secara Berkala Dengan Pendahuluan RM10,000

i-SINAR Di kreditkan Secara Berkala Dengan Pendahuluan RM10,000 | Umum mengetahui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan perincian dan kelayakan akses ke Akaun 1 bagi kemudahan i-Sinar.

Itulah yang telah dikhabarkan oleh KWSP kepada ahli-ahlinya yang terkesan dengan Pendemik Covid-19 ni.Kita sendiri tahu ramai yang dibuang kerja akibat sesetengah company yang tak boleh nak survive dalam menghadapi wabak ini.

i-SINAR Di kreditkan Secara Berkala Dengan Pendahuluan RM10,000

 KWSP telah mengambil langkah untuk memperluaskan skop i-Sinar yang merangkumi ahli yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan. i-Sinar akan memberi manfaat kepada 2 juta ahli yang layak dan dianggarkan sejumlah RM14 bilion akan tersedia untuk ahli yang layak.

Ahli yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020. Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat. Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan.

Secara umum, ahli yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.

Ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1), akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.

Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 (Akaun 1), akan mempunyai akses 10%. Walau bagaimanapun, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.

Contoh kita boleh lihat dibawah ni macam mana pengiraan pengeluaran yang dibolehkan kepada ahli yang layak.

Ahli yang memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan. Caruman baharu akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan yang diterima telah digantikan semula. Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70% bagi Akaun 1 dan 30% bagi Akaun 2.

Untuk menentukan amaun yang diperlukan untuk permohonan di bawah i-Sinar dan memastikan kelangsungan hidup semasa krisis, ahli digalakkan untuk mendapatkan nasihat kewangan melalui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP dan/atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Maklumat lebih lanjut serta butiran terperinci mengenai kelayakan i-Sinar serta terma dan syarat akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Sumber: KWSP

Semoga kita dipermudahkan untuk terus menjalani kehidupan ini.Banyak yang terkesan dengan kehadiran wabak ini, sama-sama kita berdoa agar wabak ini cepat lenyap dari mukabumi ini.

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

(2) Comments

  1. Waaa template baru, putih bersih, no more pink ek hehehehe.,
    Moga apa yang di beri kerajaan ini dapat membantu mereka yang memerlukan..

  2. Nak kena hadam ni dan berkira kira perlu ke tidak. Harap membuat keputusan yang terbaik. Semoga kelonggaran ni memberi manfaat untuk mereka yang memerlukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *