aktiviti homeschooling

HOMESCHOOLING AKTIVITI : Mewarna Bekas Telur

HOMESCHOOLING AKTIVITI : Mewarna Bekas Telur| Sebenarnya banyak lagi aktiviti-aktiviti Homeschooling yang umi buat, cuma tak sempat umi nak ceritakan di blog.

So, umi ada masa sikit nak share dalam blog.Mungkin pada kita aktiviti-aktviti macam ni tak nampak apa kebaikkannya kan.Tapi itu di mata kita, tapi untuk anak-anak di awal tumbesaran mereka banyak.So, kita cuba praktikkan aktiviti seperti ni untuk motor halus dan motor kasar mereka.

Lagi pun, nak ajar anak-anak menulis atau membaca setiap hari pun boleh mendatangkan kebosanan.Lama-lama anak tak enjoy kan nak belajar.So, kenalah banyakkan aktiviti-aktiviti yang merangsang motor halus dan motor kasar mereka ni.Umi pun belajar jugaklah kan tentang perkembangan motor halus dan kasar anak-anak ni

Baca Juga [ Senarai Aktiviti Motor Halus kanak-kanak]

Orang kata anak sorang senang kita nak handle, tapi kita kena banyak masa bermain dengan dia.Lainlah kalau dia ada adik beradik yang lain.umi suruh je dia buat dengan adik beraik dia yang lain.

Untuk aktiviti ini, bahan-bahan yang umi perlukan adalah :-

  • Bekas Telur yang dah siap umi gunting kecil-kecil tu
  • Water color
  • Bekas color
  • Paint brush
  • dan juga air

homeschooling aktiviti

Kemudian, korang letakkanlah warna apa yang anak-anak suka.Umi biarkan dia buat sendiri.

And then barulah start mewarna bekas telur tu.Kemahin ler dak Naura nak mewarna kan.Tapi sentiasa tak puas hati sebab umi siap dulu.

homeschooling aktiviti

Memang saja suruh dia comot-comotkan tangan dia.Tak payah nak pakai sarung tangan pun.Jenis Naura ni dia tak boleh kalau buat sorang-sorang.Lepas tu kalau lama-lama dia akan cepat bosan.Sebab tu umi kena involved jugaklah kan aktiviti dengan dia.

aktiviti mewarna bekas telur

Tak puas hati lagi, ajak umi sama-sama siapkan satu bekas telur..Sabau je ler umi ko nak oii..

mewarna bekas telur

Muka happy sebab dapat siapkan dia punya.Last sebenarnya lepas siap mewarna, umi letak nombor di bekas telur tersebut.Kesemuanya umi buat adalah 10 biji.Lepas tu suruh dia susun balik mengikut huruf 1-10..Hah..gitu ler aktivitinya

Kalau korang nak tau, hasil pembacaan umi, ada sebenarnya kelebihan bila kita buat aktiviti ni tau.Jom baca apa dia kelebihan dan kebaikkan mewarna daripada warna air

KELEBIHAN DAN KEBAIKAN MEWARNA DARIPADA WARNA AIR

1. Fine motor skill

Dengan mewarna air, sebenarnya ia merangsang pengerakan dan bagaimana untuk mengawal pengerakan tangan dan jari untuk menghasilkan lukisan. Untuk menghasilkan seni. Dari segi mata kasarnya, orang dewasa memandang ia sangat mudah dilakukan.

Tetapi ia memberikan impact yang besar pada kanak-kanak yang baru mengenal dunia kan.

2. Recognition

Permulaan untuk kanak-kanak mewarna air mungkin boleh didedahkan dengan satu bahagian sahaja iaitu mewarna bekas kulit telur. Kemudian boleh perkenalkan dengan bentuk-bentuk ataupun gambar-gambar untuk diwarnakan.

Misalnya mewarna gambar pokok. Ada daun, batang dan buah kan. Daun akan diwarnakan dengan warna hijau. Batang pokok dengan warna coklat dan buah dengan warna merah ke kan. Daripada situ, ia mengajar mereka tentang jenis-jenis warna dan juga bentuk-bentuk pokok itu sendiri kan.

3. Eye-Hand Coordination

Ini lebih kurang terkait dengan point di nombor 1 iaitu untuk kemahiran motor kanak-kanak. Mata dan tangan akan berkordinasi apabila mewarna. Pasti ia akan berpusat di otak kan.

Secara tidak langsung, ia membantu untuk mengawal mata dan tangan untuk membuat kerja.

Ini antara intipati penting mengapa mewarna dapat membantu kanak-kanak. Sebenarnya banyak aktiviti-aktiviti untuk membantu anak-anak kita. Cumanya kalau disekolah, terhad dalam masa yang singkat kan. Mengikut jadual yang diberikan oleh guru.

Sumber : Azeni ahmad

Nampak tak impak dari aktviti mewarna tu.Umi cuba yang terbaik untuk berikan pada naura supaya dia tak bosan dan yang paling penting tidak terlalu terdedah kepada handphone semata-mata.

Budak besar macam ni, pantang lepa tau.Sekejap umi kat dapur, dia dah pandai nak ambil dan bukak handphone umi.Haishhh…

Tunggu nanti umi update aktiviti lain ye.

 

Loading

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *