Hasil Perjumpaan umi dengan Doktor

Hasil Perjumpaan umi dengan Doktor | Sekadar coretan hati dan bukan untuk menagih simpati.Moga dapat disimpan kenangan di sini untuk tatapan anakanda nanti.

9 OGOS 2019

Semalam, umi ada appointment dengan doktor di HSA , oh ya, umi ada tulis di entry Appointment di HSA pagi ni.Setiap kali pergi ya, umi akan membuat echo chardiology bagi melihat keadaan jantung umi.Memang setiap kali appointment, setiap kali tu lah umi akan buat.Sejak umi lahirkan Naura, umi tak pernah lagi missed untuk appointment dengan doktor.

And semalam, memang hati umi ni berdebar-debar bila nak tahu keputusan dari doktor, samada keadaan yang sama, lebih elok atau sebaliknya.

Bila masuk ke bilik doktor, umi dah rasa dup dap dup dap jantung umi.Risau kalau² ada berita yang umi tak boleh nak terima.

And yes, ada berita baru yang umi kena hadap.Yang perlu umi hadam, yang perlu umi tabah.Masa tu kalau lah mak ada kat sebelah…Fuh!!.. kuat tak kuat umi dengar apa yang doktor cakap.

Injap Bengkak? Pernah dengar?? Umi tak pernah dengar selain dari Jantung bengkak. Kalau nak tahu, umi ada satu saluran injap yang tak normal dari dulu lagi. Ia lebih teruk selepas umi bersalinkan Naura.And selepas tu umi rasa cepat penat, tak boleh stress sikit pun.Kalau stress atau penat, jantung umi akan berdegup laju.Sampai umi terpaksa duduk dengan tenang.

Tapi umi tak pernah salahkan atas kelahiran dia.Ya Allah, demi Allah.. Umi tetap bersyukur kerana umi dapat membuka mata-mata yang mengatakan itu ini sebelum umi mengandung.Umi tetap bersyukur kerana dengan kehadiran puteri umi tu, umi dapat kegembiraan yang lebih selepas kehadiran kakak.

Umi tak pernah salahkan dia di atas penyebab penyakit umi kerana penyakit umi tu, umi dah dapat dari kecil lagi.Seriously dia bukan penyebab.Sebenarnya umi tak berapa nak kuat untuk menulis entry ni, tapi umi rasa kat sini tempat umi meluah.Tempat umi boleh berkata-kata seakan blog ni je faham keadaan umi.Biarlah orang nak baca..umi tak kisah.Sebab umi tau blog ni public. Sesiapa boleh baca.Umi tak halang.Cuma umi mintak sedikit doa dari kalian yang membaca untuk mendoakan umi terus sihat.Ajal maut di tangan tuhan, mungkin umi terlalu memikirkan kemungkinan yang akan terjadi.Tetapi sebagai hamba dia, kita sentiasa kena bersedia dengan KEMATIAN.

Di saat umi mencoret kenangan di sini pun, air mata ni tak henti-henti untuk mengalir.Tak henti-henti memikirkan apa yang akan terjadi kepada dia…Allahu… sungguh umi tak kuat.Sungguh umi tak ready untuk semua tu.

Umi saja schedule post entry ni di waktu malam supaya orang tak baca.Supaya orang tak perasan tentang entry ni.

 

Apabila Allah kata dah sampai masa Tiada istilah “tunggu dulu”

Yang pergi tetap akan pergi,

buatlah pelbagai cara pun,

malaikat maut tidak akan berganjak sebelum sempurna tugasnya 

Cuba kau lihat langit biru,

Cuba kau lihat pokok-pokok

yang tumbuh menghijau

Cukup cantik ciptaan-Nya?

Cukup Sempurna kejadiannya?

Tapi akhirnya ia akan musnah jua

dan begitulah jua dengan kita semua

Akhirnya akan mati.

 

Umi tau, ada orang lebih lagi dugaannya.Ada orang lebih teruk dari umi.Tapi umi tetap hambanya yang lemah.Yang sentiasa rasa kekurangan.Yang sentiasa rasa tidak sempurna.

Sekarang, doktor akan buat kekerapan 6 bulan sekali check up.Maksudnya bulan 2 tahun hadapan umi akan jumpa doktor lagi.Moga ada peluang untuk umi kembali sihat.Kembali bertenaga dan kembali ceria.Kalau umi dapat kumpulkan kekuatan, alangkah baiknya.Tapi setiap kali tulah, umi sentiasa berfikir, sentiasa bersedih. Umi tak perlukan sesiapa kerana Cukup Allah Bagi umi.Mereka hanya memandang sinis, mereka hanya pandai berkata, tetapi yang menanggung, umi sendiri.

Tidak ada sekelumit pun rasa simpati untuk diri ini? 

siti Rohaida

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *