Tahukah korang 17 November hari pramatang sedunia.Tahukah korang kadar kelahiran bayi pramatang di kebanyakkan negara.
Di 184 Negara kadar kelahiran pramatang berkisar antara 5% hingga 18 % daripada bayi yang dilahirkan.
Di anggarkan 15 juta bayi dilahirkan lebih awal setiap tahun lebih daripada 1 dari 10 bayi di seluruh dunia.
Komplikasi kelahiran pramatang adalah penyebab utama kematian kanak-kanak di bawah umur 5 tahun, menyebabkan kira-kira 1 juta kematian pada tahun 2015 di seluruh dunia.
Â
Faktor yang menyumbang kepada kelahiran awal termasuklah usia ibu ketika mengandung yang terlalu tua atau terlalu muda, komplikasi ketika kehamilan, kehamilan kembar serta amalan merokok, mengambil dadah dan minuman beralkohol ketika hamil.
Kesedaran tentang petanda kelahiran awal boleh mengurangkan komplikasi bayi pramatang melalui rawatan antenal dan dapat meningkatkan peluang untuk hidup bagi bayi pramatang.Sempena Hari Kelahiran Pramatang Sedunia, ketahui risiko anda dan dapatkan penjagaan antenatal yang optima.
Umi juga adalah antara ibu yang mempunyai anak Pramatang.Dilahirkan tidak cukup bulan tapi alhamdulillah kakak dalam keadaan yang sihat walafiat.
Â
Betul orang kata, sepanjang kehamilan kita kena jaga betul-betul pemakanan dan apa jua aktiviti yang kita lakukan supaya kita dapat melahirkan anak yang sihat dan cukup segalanya.
Tapi jangan disalahkan segala takdir yang datang kerana, jika kita dah usaha untuk berikan yang terbaik, tapi apa yang kita dapat tak seperti yang kita harapkan, itu hanyalah Ujian yang paling manis yang nak Allah swt berikan kepada kita.
Throwback entry semalam..Dah buat lupa plak nak publish..hahaha
Â
Â