Hari Autism Sedunia 2 April 2019

Hari Autism Sedunia 2 April 2019 | Seperti yang korang tahu, hari ini adalah Hari Autism Sedunia. Setiap tahun kita akan menyambut dan memperingati tentang Autism,Tapi sejauh manakah kita tau tentang Autism ni.

Actually, ramai di antara rakan umi yang mempunyai anak autism.Tapi kita tak tahu macam mana nak berdepan dengan mereka kan.Bagaimana kita sebagai sahabat dan juga orang awam membantu mereka menghadapinya.Sebab tu kita sebagai rakan dan juga orang awam, kena tahu apa itu Autism.

 

APA ITU AUTISM

Kalau korang nak tahu, Autism ini adalah gangguan pertumbuhan tumbesaran seseorang dalam jangka masa panjang yang memberi kesan dalam pemikiran  kanak-kanak dan dalam proses informasi.Ia berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-2 orang dalam 1000 dan ia terjadi 4 kali lebih kerap di kalangan kanak-kanak lelaki.Gejala-gejala ini selalunya berlaku sebelum kanak-kanak itu berumur 3 tahun tetapi ianya masih belum pasti lagi.

 

TANDA DAN GEJALA PERMULAAN BAGI ANAK AUTISME

Kita boleh lihat tanda dan gejala Autisme dengan melihat kepada 3 Faktor.Dan faktor tersebut adalah.

 

KOMUNIKASI

Ianya boleh lihat dari Komunikasi anak yang lambat, tidak normal atau tidak boleh bertutur.Bahasa tanpa lisan yang tidak normal contohnya kurang pergerakkan anggota badan.Anak-anak ini kurang cerdas semasa bermain dan kurang upaya bergaul atau berbincang dengan orang lain.

TINDAK BALAS SOSIAL

Selain itu adalah tidak balas sosial di mana anak-anak  ini hilang tumpuan dan kurang mimik muka.Mereka juga tiada kesedaran perasaan terhadap orang lain.Suka bersendirian tanpa berkongsi pengalaman dengan orang lain dan suka bermain sendirian.

KOMPLIKASI

Seseorang yang menghidap autism akan mendapat gejala yang berlainan mengikut umur masing-masing.Pada peringkat awal kanak-kanak ia bersifat Hiperaktif dan panas baran.Pada peringkat akhir kanak-kanak mereka ini suka menyerang dan mencederakan diri sendiri.Peringkat remaja dan dewasa pula mereka mengalami kemurungan dan epilepsi.

 

Dan itu serba sedikit info yang umi kongsikan daripada pembacaan umi di Portal Myhealth.Umi selalu mengikuti 2 keluarga autism iaitu Artis Zarina Zainuddin dan juga Adamsautismfamily.

Umi memang kagum melihat ibubapa yang mempunyai anak Autisme ni.Mereka begitu tabah dalam menangani anak Autisme.Mereka adalah antara insan-insan yang Allah swt pilih untuk diberikan ujian yang semestinya Allah swt akan balas dengan sesuatu yang baik yang kita sendiri tak jangka dan tidak seperti kita yang biasa.

 

Sebagai seorang ibu, umi dapat merasakan penat lelah menjaga mereka.Nak berdepan dengan anak-anak yang agresifnya lebih dari biasa ni bukan mudah.Jadi kita sebagai orang luar, kalau tak dapat nak membantu, at least berikan sokongan kepada mereka.Kerana umi percaya mereka tak perlukan wang ringgit pun.Mereka cuma perlukan sokongan.Tak perlu berkata-kata andai kita tidak di dalam situasi mereka.

 

Marilah sama-sama kita menyokong HARI AUTISME SEDUNIA. 

 

 

siti Rohaida

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *