Happy Turns 4 Birthday My lil Princess

Happy Turns 4 Birthday My lil Princess | Alhamdulillah..Syukur bila melihat anak yang umi pernah kandungkan dulu dah semakin membesar.

Bila teringatkan pengalaman umi bersalin kan dia, Mulalah umi sedih.Mulalah rasa sebak sambil menaip.Tapi umi gagahkan juga jari ni menaip.Syukur diberi lagi kesempatan untuk umi terus menjaga Amanah Allah yang tak ternilai ni.

3 tahun umi menunggu khabar gembira untuk mengandung lagi.Walaupun sebelum awak lahir, umi dah pernah kandungkan janin yang hanya sempat bertahan selama 5 minggu.Mungkin abang dan juga mungkin kakak.Umi pun tak tahu.

Dan sebelum hadirnya kamu, datang seorang kakak.Sungguh manis orangnya.Baik dan amat penyayang kepada adik-adiknya.Walau kakak hanya pinjaman untuk umi jaga dia selama hampir 2 tahun.Umi bersyukur jugak sebab masih lagi boleh berikan dia kasih sayang .

Tibalah masanya kamu lahir ke dunia.Perjalanan untuk bawa kamu keluar dari perut umi terlalu banyak dugaannya.Tapi umi tetap gembira.Umi tetap menanti penuh sabar.

Tepat 39 minggu di dalam perut.tanpa rasa sakit atau rasa nak beranak, umi di bawa ke hospital.Itu pun sebab umi call Nenek Zai bagitahu yang perut umi rasa tak selesa.Terus malam tu nenek datang ke rumah dengan mama Eton.Mama Eton ambil kak Fiyah balik ke kampung manakala nenek pulak uruskan umi ke Hospital bersama dengan babah.

Sampai ke  Hospital Dalam pukul 1.30 pagi mungkin..Umi tak berapa nak ingat.Masuk bilik doc,doc check bukaan rahim umi.Bukaan dah membolehkan umi ke labour room.

Sampai ke Labour room, kena tunggu pakar dan sebagainya.Doc pakar bagitahu , ikutkan umi kena balik.Tapi disebabkan umi ni special kes, so, kena tunggu lagi doktor pakar jantung dan medic untuk buat keputusan.Bayangkanlah dari pukul 1.30 pagi hinggalah petang keesokkannya.Pagi tu memang dah beberapa rawatan yang umi dapat.Kena buat ECG, Xray dan sebagainya.Pinggang umi ni macam dah nak tercabut dah.Manakan boleh bila ibu yang dah sarat baring menelentang.Mesti nak mengereng kan.Tapi disebabkan umi pakai tali pinggang untuk dengar denyutan nadi kamu tu, umi redha jelah walau sesekali umi mengelat untuk mengereng.

Bila doc pakar bius kata ON..Dah boleh masuk operation, nenek pulak rasa berdebar-debar.Terima kasih kat nenek sebab dari hantar ke hospital sampai umi lepas bersalin.Dia jaga umi sampai tak balik rumah.Macam tu jugak babah.

3.20 minit petang lahirlah puteri umi yang dinamakan Nur Naura Auni Binti Ahmad Syahrizan.Alhamdulillah..Syukur dikurniakan baby yang sihat walau masa dalam hari ada lah jaundice..Umi pulak kena tahan wad untuk beberapa hari lagi.Sakit czer baru-baru memang takde.Tapi lama kelamaan..emmm… yang dah pernah ada pengalaman czer je tau macam mana kan.

Belek-belek gambar masa dia baby, rindunya…Nak suruh dia jadi baby balik la…dah tak de bau baby..Bau masam je ada..hahah

And now..dia dah 4 tahun.Tahun depan dah mula bersekolah.Umi nak buat homeschooling je, tapi memandangkan risau dia kurang bersosial bila di rumah, jadi umi hantar dia ke sekolah.Lagi pun ilmu homeschooling umi kurang nak buat dia jadi pandai.

siti Rohaida

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *