Assalamualaikum
ihsan dari google
Alhamdulillah…Anak ummi membesar dengan sihat dan cergas…Makin lama makin banyak keletah yang buat ummi dan babah makin tak senang duduk.
Alhamdulillah..Hari ni genap Nur awfiyah 9 bulan…Dah makin membesar anak ummi dan babah ni.Lama jugak ummi tak update pasal Nur awfiyah.Sejak sejak Nur awfiyah bakal dapat adik ni,memang mood ummi ke laut.Dulu rajin jugak upload gambar dia kat facebook..La ni memang jarang sangat sangat.
Alhamdulillah…Walaupun lambat proses pembesaran seperti orang lain,ummi tetap bersyukur bila melihat Nur awfiyah sentiasa sihat.Walaupun,anak anak lain yang sebaya nur awfiyah dah pun pandai merangkak dan tumbuh gigi,tapi tak pelah..asalkan dia sentiasa sihat dan ada jugak perkembangan pembesaran walaupun lambat.Ummi dan babah sentiasa bersyukur.
Hari ni,kamu dah pun menginjak ke 9 bulan,rasa tak sabar pulak ummi nak tunggu kamu setahun.Terima kasih kerana memberikan ummi dan babah kasih sayang yang tak terhingga.Kamulah penawar hati ummi dan babah..Ummi dan babah sayang kamu ketat-ketat…

By siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

26 thoughts on “Happy 9 monthsary Nur Awfiyah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *