Hantar Anak Belajar Bahasa Inggeris Di KLC Language Centre

Hantar Anak Belajar Bahasa Inggeris Di KLC Language Centre

Hantar Anak Belajar Bahasa Inggeris Di KLC Language Centre |Impian umi dari dulu lagi nak anak pandai berbahasa Inggeris.Bukan untuk sesiapa, tapi untuk masa depan dia jugak sebab bagi umi bahasa inggeris tu penting apabila dia di alam pekerjaan kelak.

Bukan nak kata kat sekolah takde belajar bahasa Inggeris, cuma mungkin tak cukup pembelajaran yang diajar pada tahap yang lebih bagus.Sebab di Sekolah je dah banyak matapelajaran yang diajar dan bahasa inggeris hanya digunakan dalam masa  30-60 minit sahaja sehari.

Sebab tu umi hantar anak belajar bahasa inggeris di KLC Language centre Seri Alam ni.Kalau dulu umi selalu jugaklah amalkan tips-tips ni supaya anak faham bahasa inggeris dengan mudah.Tapi tulah kan, terdedah jugaklah banyak pada gadget.

Kena ambil inisiatif lain untuk mengajar dia secara lebih terang.Ye, impian umi memang setinggi gunung.Umi tahu macam mana susahnya bila kita tak pandai berbahasa inggeris.Nak berhadapan dengan orang, nak baca semua kertas kerja atau sebagainya dalam bahasa inggeris.Sebab tu umi nak anak umi pandai berbahasa inggeris.

Lagipun Auni mempunyai minat untuk berbahasa inggeris dari awal lagi.Memang di rumah umi akan bercakap dalam bahasa inggeris sikit-sikitlah.Bahasa inggeris yang umi guna tu pun biasa-biasa je.Janji dia faham.Tapi umi nak dia lebih advance berbahasa inggeris.

Sebab tu umi mencari kelas bahasa inggeris di sekitar Pasir Gudang ni.So, bila umi search di Facebook umi ternampak KLC Languange Centre.Terus umi ke website tu untuk lihat samada ada cawangan berhampiran dengan umi ke tidak.

ENGLISH MADE EASIER

Sekiranya anak anda tidak mahir dalam bahasa inggeris, KLC ada teknik untuk menguasainya seperti PRO

Hah!! sebab tu umi teruja sangat nak tau lebih lanjut tentang KLC ni.

So, umi buat temujanji untuk bawa Auni dan Awiyah untuk Assessment class di KLC Language Centre Seri Alam.Untuk 1st time ni mereka berdua kena masuk Assessment class dulu untuk Teacher menilai tahap english budak dua orang tu.Bukan diorang je kena join assessment class tu, umi pun kena join..hahah..Tapi serius seronok.

Kalau dulu main bedal je nak guna ayat itu dan ini, bila join 1st class tu barulah tau kaedahnya macam mana.

Auni lah yang paling teruja untuk join kelas ni.Sebab umi ada bagitau kan yang Auni ada sedikit minat untuk belajar berbahasa inggeris berbanding dengan kakak.

So, masa mendaftar tu adalah pertanyaan-pertanyaan yang ditanya oleh consultant bernama Fynn tu.Cara macam mana kita ajar anak kita kat rumah.Apa kelemahan-kelemahan yang ada pada anak-anak ni dalam bahasa inggeris.Di tanya apa yang kita nak untuk anak kita bila dia datang ke kelas Bahasa Inggeris di sini.

Auni diberikan buku cerita untuk dia baca.Tapi tulah, sepatah pun tak keluar dari mulut dia.Yelah, dia tak berapa pandai membaca lagi dalam bahasa inggeris.Selalunya umi yang baca dan terangkan pada dia.

So, sebelum kelas bermula pada pukul 2.00 petang tu, umi diberikan penerangan la serba sedikit apa yang mereka boleh bantu supaya Auni dan fiyah boleh berbahasa inggeris dengan pro.Umi diperkenalkan dengan step pertama dalam kelas ini iaitu Program Master Key.

KLC language centre ni sesuai untuk anak-anak yang berumur 3-14 tahun.Menurut penerangan oleh Cik Fynn, terdapat dua kategori yang disediakan iaitu Program Master Key dan juga Program Tressure Box.

Untuk anak-anak yang baru nak belajar ni mereka akan letakkan di bawah program Master Key terlebih dahulu la.Kira ini adalah peringkat awal anak-anak belajar bahasa inggeris.

KLC Language Centre ni banyak cawangan mereka di seluruh Negara.Korang boleh tengok nanti dekat web.Jadi umi nak terangkan serba sedikit tentang progam Master Key yang sesuai untuk Auni dan Awfiyah attend.
 
 

PROGRAM MASTER KEY UNTUK ANAK-ANAK BERUSIA 3-14 TAHUN

Melalui program ini, kanak-kanak boleh membaca secara intuitif tanpa menghafal kosa kata dan meningkatkan kemahiran membaca dan pemikiran mereka.Kanak-kanak akan membaca dengan sendiri serta meningkatkan  keyakinan mereka dalam  membaca dan bercakap.Selepas menyertai program Master key, kanak-kanak akan dapat “membaca dengan melihat” dan “mengeja dengan mendengar”.

Apa yang best bila anak-anak di ajar belajar di KLC Language Centre di dalam program Master Key ini adalah :-

  • 4 murid dalam satu kelas untuk mendapatkan perhatian yang sepenuhnya.
  • Program boleh dihabiskan dalam masa 5 bulan
  • Kaedah pembelajaran yang 6 kali lebih berkesan daripada biasa.

Bila sebut pasal kelas, umi suka cara mereka yang tidak menerima ramai pelajar dalam satu masa kelas.Jadi bila tak ramai pelajar dalam satu kelas, bolehlah cikgu fokus untuk mengajar sorang-sorang supaya mereka lebih faham.

Ni antara kelas yang ada di KLC Language Centre Seri Alam :-

Kelas pun nampak ceria je kan?

 

Kalau ikut mood Auni ok je dia dalam kelas, tapi ikut mood Awfiyah, dia jenis cepat sangat bosan dalam kelas.Tapi yang umi teruja bila dari awal sampailah akhir kelas, dia bersemangat betul nak belajar.umi perhatikan je dari luar.

 

SEBAB MENGAPA KITA PERLU HANTAR ANAK KE KLC LANGUAGE CENTRE

Antara sebab kita kena hantar anak-anak untuk mendalami bahasa inggeris seperti pro adalah apabila mereka :-

  • Tidak berkeyakinan uintuk bercakap menggunakan bahasa inggeris
  • Tidak suka bahasa inggeris.
  • Tidak boleh berkomunikasi menggunakan bahasa inggeris.
  • Tidak fahamn bahasa inggeris
  • Teragak-agak ketika bercakap bahasa inggeris
  • Mempunyai loghat yang pekat
  • Tidak boleh menghafal perkataan bahasa inggeris

Dan sebab itulah umi perlu hantar mereka belajar di sini.Lepas pada assessment kelas tu, mereka diberikan penilaian tahap bahasa inggeris pada Auni dan Fiyah.Mereka nak tahu samada Auni dan Fiyah boleh ingat tak apa yang diajar di dalam kelas

Nampak tak Auni yang lebih teruja.Semua dia dapat jawab dengan baik.Kakak pun sama semangat tau.

Apa yang umi nampak suasana kelas dan cara cikgu disini mengajar memang best.Pandai cikgu ambil hati anak-anak murid yang membuatkan mereka langsung tak bosan sepanjang berada dalam kelas.

Habislah satu hari kelas assessment mereka pada hari tu.Insyallah lepas ni dah boleh masuk program Master Key pulak..

Auni kemahin taknak dah ke sekolah.Nak pergi kelas yang ni je dia kata.Amboi kemain lagi ek.

Thanks Teacher Nurul untuk kelas hari tu.Next time kita jumpa lagi ye.

Untuk korang yang nak  menghantar anak ke sini, boleh la Walk in sendiri ke KLC Language centre di cawangan berdekatan dengan korang.Atau korang yang berada di Pasir Gudang boleh hantar anak korang ke KLC Language Centre Seri Alam atau Permas.

 

 

Address

KLC Language Centre Seri Alam

No 8 Jalan Lembah 19, Bandar Seri Alam,

81750 Johor Bahru

Web :https://www.klceducation.edu.my/

Loading

8 Comments

  1. Bagusnya program camni!!! Moga istiqamah dan berjaya berbahasa Inggeris kedua duanyaa… Saya pulak tertarik nak berbahasa mandarin… muahahaa

  2. Cantik kelas dia. Budak2 pon seronok nk belajar. Yelah sekolah ni masa pendek. At least hntar ke sini die lebih fokus

  3. Seronok diorang belajar bahasa inggeris ye

  4. best dapat belajar bahasa inggeris dari kecik..kalo time sekolah tutup ni, diorang beroperasi jugak tak?

  5. Waaa menarik kelas macam ni buat kids seronok nak belajar dengan persekitaran yang sempoi jer. terbaik!

  6. Kesahnya sama dengan anak jiran Sis pun ada hantar anaknya sini, ternampak post dia hrtu.. bagus didik dari kecil belajar BI ni…

  7. Boleh tahu monthly fees?

  8. Author

    untuk keterangan lanjut puan boleh contact person incharge KLC ni sebab setiap kelas berbeza harganya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *