HA : Mewarna Menggunakan Cotton Bud

HA : Mewarna Menggunakan Cotton Bud | Lama tak share Homeschooling Activities ni.Hari ni umi nak share aktiviti yang umi buat bersama dengan Dak Naura malam tu.

 

Salah satu cara umi nak ambil perhatian dan ajar dia mewarna dengan lebih teratur dan nampak lebih cantik.Actually bukan tu je tau, Mewarna ni ada juga kepentingannya kalau kita ajar mereka dari kecil.Yelah..Walaupun kadang kala umi bagi dia pegang phone, tapi tak bermakna umi nak kasi dia pegang phone berjam-jam.Umi akui, umi bukanlah hebat dalam mengajar anak² ni dari rumah atau dari awal lagi.

At least, umi cuba nak buat yang terbaik untuk dia.Hah!! umi ada sebutkan kepentingan aktiviti mewarna ni kepada anak-anak kita dari sejak mereka kecil kan.

Kalau korang nak tahu, aktiviti mewarna ni memang menjadi aktiviti yang mampu membuatkan anak kita fokus.Jika di dalam umur 2 tahun mungkin kita akan dapat melihat bentuk atau garis-garis sahaja.Namun ianya akan berkembang dengan sendirinya.Dari pembacaan umi di teratakmukmin, kepentingan aktiviti mewarna ni banyak.Jom kita lihat apa kepentingan-kepentingan yang baik untuk anak-anak kita

 

KEPENTINGAN AKTIVITI MEWARNA KEPADA KANAK-KANAK

KEMAHIRAN BERFIKIR

Sewaktu mewarna anak-anak akan berfikir warna apa yang ingin digunakan, padanan warna, cantik ke titdak, ini menggalakkan anak-anak untuk berfikir dengan lebih kreatif lagi. Masa nilah kita bagi peluang kat mereka untuk menentukan warna apa yang mereka nak gunakan dalam lukisan mereka tu.

KEMAHIRAN SOSIAL DAN EMOSI

Jika anak-anak mewarna bersama adik beradik yang lain, ia akan melatih anak-anak bersikap sabar dalam menunggu giliran untuk mendapatkan warna yang dikehendaki, selain dapat membantu anak-anak belajar mematuhi peraturan dan arahan.

ANAK LEBIH FOKUS

Ya anak akan lebih fokus, disebabkan mereka akan asyik dengan mewarna sambil memikirkan untuk menjadikannya lebih cantik, ini dapat membantu anak bila masuk ke alam persekolah kelak.

 

So, umi sehabis baik untuk berikan yang terbaik pada dia.Memang lah kalau nak buat aktiviti mewarna ni, mental umi ni kena tebal.Apa taknya, warna bersepah-sepah.Dok calit sana sini. Lain yang disuruh lain yang dia buat.Haduii..Tapi demi nak berikan yang terbaik tulah, kita ibu bapa kena sabar.

 

Umi dah sediakan bahan untuk melukis ni siap-siap..Kalau cakap dengan dia dahulu, memang tak menyabau ler dia jadiknya.Sampai umi nak masak pun tak boleh..Jadi bila dah prepare semua bahan, barulah panggil dia buat

Ada jugak tu yang umi tolong.Gambar last setelah siap kerja dia, umi lupa nak snap.Setiap kali ada aktiviti yang dai buat, umi tampal dekat dinding.Nanti senang dia naka tengok balik hasil kerja dia.

 

Kalau korang nak buat aktiviti mewarna ni boleh la ambil bahan-bahan di bawah ni. 

BAHAN MEWARNA UNTUK ANAK-ANAK MENGGUNAKAN COTTON BUD

 

 

 

siti Rohaida

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *