Garis Panduan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam tempoh PKPB

Garis Panduan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam tempoh PKPB

Garis Panduan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam tempoh PKPB | Lagi sehari kita akan berjumpa dengan syawal.Ramadhan akan pergi dan tak tau bila akan kembali lagi .

Syahdu bila mengingatkan Ramadhan tahun ni berbeza sangat dengan ramadhan yang lepas-lepas di mana kita boleh meraikan dengan bersolat terawih di masjid, mengunjungi tempat-tempat ibadah, berkumpul bagi sesuatu perkara yang baik.

Walaupun begitu, walaupun ramadhan kali ini berbeza, tetap ada keistimewaannya sendiri dimana kita lebih bermuhasabah diri semasa tempoh PKP ni.Banyak amalan-amalan yang boleh kita lakukan di rumah jika kita tidak ke masjid kan?

Bertambah sayu bila hari raya tahun ni kita terpaksa berhari raya di rumah tanpa pulang ke kampung halaman seperti selalunya kan?Lagi yang berada di negeri lain nak pulang berhari raya di kampung.Sebagai rakyat kita kena patuhi seruan kerajaan bagi membendung penyebaran wabak Covid-19 ni supaya dapat kita putuskan rantaiannya.

Dan salah satu perkara yang kita buat adalah #kitajagakita .

So, untuk hari raya tahun ni marilah kita sama-sama ikut garis panduan yang Kerajaan dah tetapkan supaya kita sentiasa berwaspada dalam menangani wabak ini.

Aspek kepatuhan, disiplin dan tanggungjawab sosial dalam kalangan individu pastinya perkara paling utama bagi mengekang berlakunya gelombang baharu bagi penularan wabak COVID-19.

Masalah paling dibimbangkan adalah berkaitan ketidakpatuhan terhadap SOP terutama dalam pergerakan dan amalan jarak sosial.

Langkah-langkah untuk meraikan hari raya Aidilfitri di rumah:

Seperti yang dinyatakan di atas, had maksimum dibenarkan adalah 20 individu bagi sebuah rumah. Namun ia perlulah bergantung kepada keluasan rumah.

Jangan kerana ingin cukupkan 20 individu sehingga terpaksa bersesak dan bersempit. Maka ia sudah tentu akan meningkatkan risiko penularan wabak COVID-19.

 

Garis Panduan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam tempoh PKPB

Selain itu, berikut antara perkara yang perlu dititikberatkan:

  1. Setiap rumah perlu mempunyai gel pembersih tangan di pintu masuk.
  2. Jika boleh sediakan tempat daftar nama dan nombor telefon tetamu, ini dapat memudahkan proses pengesanan jika wujud kes positif.
  3. Elakkan berjabat tangan, salam mahupun berpelukan.
  4. Pastikan wujud amalan jarak fizikal. Sentiasa menjaga jarak selamat walaupun ketika melayan tetamu.
  5. Pemakaian topeng muka disarankan apabila menerima tetamu.
  6. Amalkan budaya membasuh tangan dengan betul sekurang-kurangnya selama 20 saat.
  7. Menjaga kebersihan rumah.
  8. Sebaiknya gunakanlah pinggan dan cawan pakai buang. Cuci semua peralatan hidangan dengan teliti setelah melayani tetamu.
  9. Hindari daripada menghidangkan makanan secara buffet dan dibiarkan terdedah. Jika boleh sediakan makanan berbungkus.
  10. Jika terdapat ahli keluarga daripada kumpulan berisiko seperti individu lebih berusia, kanak-kanak atau individu dengan masalah kesihatan, elakkan daripada menerima tetamu.
  11. Hadkan bilangan tetamu dalam rumah.

Selesai aktiviti berziarah, pastikan tetamu mencuci tangan atau sekurang-kurangnya menggunakan gel pembersih tangan sebelum beredar pulang.

Individu yang perlu mengelakkan berziarah semasa sambutan hari raya Aidilfitri:

  • Individu yang tidak sihat
  • Sesiapa yang tergolong dalam kes yang disahkan atau berkemungkinan besar positif COVID-19
  • Individu yang sedang menunggu hasil ujian pemeriksaan COVID-19
  • Individu yang sedang menjalani proses kuarantin atau pengasingan diri

Jika anda tergolong dalam senarai 4 individu di atas, jangan sedih. Pelbagai cara boleh anda lakukan untuk tetap meraikan hari raya ini. Bagaimana?

Dalam kemajuan teknologi ini, anda masih boleh berhubung dengan ahli keluarga melalui teknologi secara maya seperti Zoom, Facetime, Skype atau gunakan sahaja panggilan video WhatsApp.

Sentiasa amalkan penjagaan diri

Semasa beraya dalam tempoh PKPB ini, pastikan anda sentiasa mengamalkan penjagaan kebersihan diri dengan kerap membasuh tangan untuk tempoh 20 saat dengan sabun dan air.

Pastikan juga anda menutup hidung dan mulut semasa bersin dan batuk dengan kain atau tisu. Jangan lupa membasuh tangan selepas itu dan elakkan daripada kerap menyentuh muka.

Beraya tidak salah tetapi kita masih perlu berganding bahu untuk memastikan tiada berlakunya gelombang baharu jangkitan COVID-19. Jangan pula lepas ini ada kluster raya!

info : hellodoktor

Sebelum tu, umi nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN..

Loading

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *