HADIS

Ganjaran Solat Berjemaah di masjid – Kongsi Hadis

Ganjaran Solat Berjemaah Di Masjid | Salam Jumaat semua.Hari ni jom kita lihat  kongis hadis mengenai GANJARAN SOLAT BERJEMAAH DI MASJID

 

عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةُ الرَّجُلِ فِي جَمَاعَةٍ تَزِيدُ عَلَى صَلَاتِهِ فِي بَيْتِهِ وَصَلَاتِهِ فِي سُوقِهِ بِضْعًا وَعِشْرِينَ دَرَجَةً وَذَلِكَ أَنَّ أَحَدَهُمْ إِذَا تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ ثُمَّ أَتَى الْمَسْجِدَ لَا يَنْهَزُهُ إِلَّا الصَّلَاةُ لَا يُرِيدُ إِلَّا الصَّلَاةَ فَلَمْ يَخْطُ خَطْوَةً إِلَّا رُفِعَ لَهُ بِهَا دَرَجَةٌ وَحُطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةٌ حَتَّى يَدْخُلَ الْمَسْجِدَ فَإِذَا دَخَلَ الْمَسْجِدَ كَانَ فِي الصَّلَاةِ مَا كَانَتْ الصَّلَاةُ هِيَ تَحْبِسُهُ وَالْمَلَائِكَةُ يُصَلُّونَ عَلَى أَحَدِكُمْ مَا دَامَ فِي مَجْلِسِهِ الَّذِي صَلَّى فِيهِ يَقُولُونَ اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ اللَّهُمَّ تُبْ عَلَيْهِ مَا لَمْ يُؤْذِ فِيهِ مَا لَمْ يُحْدِثْ فِيهِ

Dari Al A’masy dari Abu Solih dari Abu Hurairah katanya; Rasulullah SAW bersabda: “Solat seorang lelaki dengan berjamaah melebihi dua puluh tujuh darjat dari solat seseorang yang dikerjakan di rumahnya dan di pasar. Hal demikian itu kerana bila salah seorang diantara mereka berwuduk dengan memperelokkan wuduknya, lalu mendatangi masjid dengan tidak ada tujuan lain yang mendorongnya kecuali untuk solat, maka tidaklah ia melangkah satu langkah, kecuali akan ditinggikan darjatnya dan langkah seterusnya dihapus kesalahannya, hingga ia masuk masjid, Jika dia telah memasuki masjid, maka dia akan dikira dalam keadaan solat selagi dia berada di tempat solatnya, dan para malaikat akan mendoakannya selama dia masih berada di tempat yang ia gunakan untuk solat: “Ya Allah, rahmatilah dia, Ya Allah, ampunilah dia, Ya Allah maafkanlah dia, ” selama ia tidak melakukan gangguan dan belum berhadas.” (HR Muslim No: 1059) Status: Hadis Sahih

 

PENGAJARAN DARI KONGSI HADIS TENTANG GANJARAN SOLAT BERJEMAAH DI MASJID

Pengajaran:

1. Solat seorang lelaki berjamaah di masjid dibanding solatnya di rumah lebih utama pahalanya dengan dua puluh tujuh kali ganda.

2. Lelaki yang menyempurnakan wuduk mengikut tatacara yang sempurna lalu keluar dari rumah atau tempat dia berada untuk menuju masjid melaksanakan solat berjamaah, maka setiap langkah akan mengangkat satu darjat, dan langkah seterusnya akan menghapuskan satu kesalahannya sehingga ia memasuki masjid.

3. Seorang Muslim akan sentiasa dikira dalam keadaan solat ketika berada di dalam masjid (pahala berterusan) selama dia menanti pelaksanaan solat berikutnya (contohnya selepas solat maghrib, dia terus menunggu untuk solat isya mungkin sambil membaca al-Quran, wirid atau mendengar kuliah).

4. Para Malaikat akan mendoakannya selama dia masih berada di tempat solatnya (masjid) dan selama masih berwuduk dan tidak menggangu orang sedang beribadat. Malaikat berdoa untuknya:

اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ اللَّهُمَّ تُبْ عَلَيْهِ

‘Ya Allah rahmatilah dia. Ya Allah ampunilah dia,
Ya Allah maafkanlah dia

5. Ibn Hajar: doa malaikat untuknya akan terhenti apabila wuduknya batal atau dia melakukan gangguan terhadap orang yang sedang solat, sama ada melalui perbuatan mahupun ucapan ( seperti tidak menganggu solat orang lain dengan menguatkan suara ketika berbual, berzikir atau membaca al-Quran).

 

sumber : tele/kongsihadis

Banyak sebenarnya ganjaran yang kita sendiri tak pernah tau kan.Apa kata mulai Jumaat ni, kita khususnya orang lelaki, menjadi tetamunya pada setiap hari jumaat.Tapi kalau boleh, janganlah jumaat je kan…

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *