Food Review : Revert Cafe & Bakery Taman Air Biru Pasir Gudang

Assalamualaikum

Entry Jeruk!!..Hari selasa lepas aku and the geng nak mencuba satu tempat cafe yang menghidangkan makanan-makanan Western dan Dessert.Asyik makan nasi je kan,sekali sekala tu pekena jugak tekak omputeh..Katanya!!!
Revert Cafe And Bakery terletak di Taman Air Biru Pasir Gudang Johor.Ini adalah cawangan kedua selepas Dessert Queen.Aku pernah tulis cerita pasal Dessert Queen.Nak baca Entry ni,Makan-makan di Dessert Queen
Signboard besar Untuk Revert Cafe And Bakery
 
revert cafe
Menu yang ada di Revert Cafe And Bakery
 
Lunch selasa lalu,kami berempat ke sana dan pada hari selasa ada potongan RM3 for Pasta deals
Of course la ambil peluang untuk menikmati pasta kegemaran aku.

Meh tengok apa yang kami order untuk hari tu:-

revert cafe
Chicken Parmigiana
revert cafe taman air biru
Creamy Pasta With Salmon
(Ni pilihan aku)
revert cafe pasir gudang
Chicken Chop
makanan western sedap
Fish and Chips
 
Masa tu tak order dessert kerana kekenyangan..Alhamdulillah…Next time boleh repeat pergi Revert Cafe & Bakery ni.
So far bagi aku not bad la..Harga pun boleh tahan..Dessert tu yang tak menahan..Kalau ikut hati nak side order je..Tapi taknak melayan nafsu makan yang bergelora sekarang ni.
Sesiapa yang teringin nak makan Western boleh la menyinggah di sini.
Alamat
Revert Cafe & Bakery
No.8 Jalan 9/23 
Taman Air Biru
Pasir gudang
Hotline : 012-2501526
Lagi bagus kalau korang call dulu,pesan mana yang korang nak makan waktu lunch.Jadi taklah lama menunggu kan.macam tulah yang kitorang buat masa tu.,
Sebelum tu belanja gambar Wefie kitorang sebelum makan!!
Geng Officemate..Ni ada lagi yang tak ikut kitorang masa lunch tu..

Loading

7 Comments

  1. nampak sedap-sedap semuanya. Tekak western bolehlah menyinggah sini 🙂

  2. nampak sedaplah semua menu dia
    murah dak? lama tak makan western

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *