Flop Poppy One Night In JB 2019| Mesti ada di antara readers umi yang meminati lagu-lagu dari kumpulan Flop Poppy kan.Begitu jugaklah dengan umi ni hah.Memang minat dengang lagu-lagu Flop Poppy dari zaman sekolah lagi.Kalau korang ingat,lagu apa yang pernah meletop dan menjadi siulan korang dulu-dulu.Zaman korang bercinta mesti sukakan lagi ni kan.
Antara Lagu-lagu yang dulu pernah menjadi hits dan menjadi siulan ramai pendengar adalah menerusi lagi Cinta, AKu & Kamu, Masih dan Rest Of My Life.Kumpulan Flop Poppy ni telah wujud di Industri muzik tempatan sejak hampir 30 tahun lalu.Kumpulan ini membawa genre lagu romantis dan cinta yang pastinya akan melekat di hati peminat Flop Poppy itu sendiri.
Anggota asal Flop Poppy adalah Andy(Vokal dan Gitar) Megat (Gitar), Wandy( Bass) dan Bakri(Drum).
Untuk Warga Johor, ada berita baik bila Flop Poppy akan mengadakan “FLOP POPPY ONE NIGHT IN JB” pada 1 March 2019.
Flop Poppy One Night In JB
Flop Poppy telah mengadakan Sidang Media yang telah di adakan di Straits Hill Villa pada 6 Disember 2018, Flop Poppy bagi mengumumkan tentang Konsert mereka di Johor Bahru.Sempatlah umi melayan Live Showcase dari lagu-lagu hits album mereka.Memang layan habis
Sempatlah kami JDT Blogger melayan lagu-lagu yang pernah hits satu ketika dahulu.Dan umi pasti sampai sekarang pun masih lagi meminati lagu-lagu mereka.
Tak sabar nak tunggu konsert sebenar mereka.Harapnya boleh la nanti layan konsert mereka pulak.Sempatlah kami blogger-blogger berWefie dengan kumpulan Flop Poppy.
Jom layan Live Showcase dari Flop Poppy yang umi dah record kan untuk korang ..
Korang yang nak mengetahui lebih lanjut perjalanan konsert yang akan di adakan di Johor Bahru Nanti boleh la terus ke social media mereka seperti di bawah ni ye.
Sosial Media Flop Poppy One Night in JB 2019
Facebook Page Flop Poppy One Night In JB 2019,
https://www.facebook.com/floppoppyonenightinjb2019/
Instagram Flop Poppy One Night In JB 2019,
https://instagram.com/floppoppyjb?utm_source=ig_profile_share&igshid=10zqy0qawn4rc
eeee tak sabarnya nak tengok konsert ni..
seronok dapat tengok konsert rock legend ni.
kitorang adik beradik mmg minat gila..tapi adik aku no.2 la paling tegar.. sanggup redah konsert walaupun kat KL.. ni dia dah standby nak gi konsert JB..
ok..kena follow rapat page diorang ni
seronok mar,tengok showcase diorang hari tu pun rasa dah gamat dengan nyanyian latar belakang yang ramai
kena follow rapat page diorang ni..nanti melepas beli tiket..haru…
Assalamualailkum eda..bestnya dpt tengok live depan mata….