July 7, 2020

Filem Frozen 2 Terbaik untuk ditonton

Filem Frozen 2 Terbaik untuk ditonton | Filem Frozen 2 memang umi dan anak-anak nantikan selepas kewujudan Frozen beberapa tahun lepas

Disebabkan dak Naura memang sukaaaaa sangat dengan watak Elsa, ana dan Olaf, jadi untuk filem kedua Frozen, mestilah kena tengokkan.Sebelum keluar lagi di pawagam, dak Naura dah mintak umi bawak dia menonton cerita ni.Umi pun seriuslah excited sebab umi pun suka dengan watak-watak yang ada dalam Frozen.

Semasa di Melaka, umi dan babah dan decide nak bawa mereka ke pawagam di Mahkota Parade.Kebetulan kami dapat early bird tiket dengan harga RM6 seorang, so terus je ONN..

 

Sebelum masuk pukul 12.30 tu sempat dok pau umi macam-macam budak berdua ni.Nak taknak umi layankan jelah..

review filem frozen 2

Sempatlah terbaring, tertiarap sementara tunggu turn masuk.Umi pun sempatlah berehat.Rehatkan otak sikit dari melayan budak berdua ni..hahaha..Nasib baik tempat luas dan tak ramai orang, jadi umi takdelah risau diorang berlari-lari kat situ.

review filem frozen 2

Bila dah start tu kakak lebih banyak bertanya itu dan ini.Macamlah umi dah khatam cerita ni.Macam mana umi nak bagitau apa terjadi lepas tu.So, umi suruh kakak fokus je tengok dulu.Kat hotel nanti baru boleh ulas cerita tu balik.

Manakala adik pulak, excited mengalahkan dekat rumah.Bab menyanyi, ketawa macam pawagam tu dia punya.Aduii..Tepuk dahi umi.Takpelah dik, takde orang nak marah.

review filem frozen 2

Yang best dalam cerita ni adalah Olaf yang senantiasa buat kitorang tak berhenti berdekah.

Yang belum tonton tu, wajiblah bawa anak-anak.Walaupun ada tayangan yang perlu ditonton oleh anak-anak.Boleh je bagitau mereka perbuatan yang salah dalam cerita ni.Sebab tu kita ibubapa kena guide anak-anak bila tonton cerita omputeh ni kan.

Yang penting umi dan anak-anak terhibur sangat.Sampai rasa nak pi repeat lagi cerita ni.Insyallah..nanti ada masa kita pergi lagi ye..hahahah..

And dak Naura sampai sekarang membuat percubaan menyanyikan lagu Into The Unknown tu.Walaupun kadang tak keluar butir bahasa english tu, takpelah..umi maafkan..hahaha

Apapun umi nak bagi 10 bintang pada cerita ni.Memang best..Bab ketawa,kelakar, sedih semua ada.Tak caya pergi tengok..hehehehe

 

siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

View all posts by siti Rohaida →

One thought on “Filem Frozen 2 Terbaik untuk ditonton

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *