Family Time di Jusco Bukit Indah

Actually, hari tu adik-adik ada datang rumah.So, ingat nak spend masa together dengan mereka.Umi pun cakap dengan babah nak bawa mereka ke mana.

Sebelum tu, jumaat lepas balik kerja, kakak request nak main kat tasik layang-layang.So, dengan berbaju kurung, umi bawak budak-budak ni terus ke sana.Lepas dah main kat playground,main belon sabun tu semua, moh ler balik sebab umi pun dah rasa berlengas je.Apa tidaknya, balik kerja, tak sempat masuk rumah lagi dah ajak umi ke sana.So, nak tak nak umi layankan jugak budak-budak.Pukul 6.45 dah gerak balik sebab dah petang sangat.Risau pulak kang nyamuk gigit bebudak ni.

Malam tu umi pun bincang dengan babah nak bawak diorang pergi mana keesokkan harinya.Babah memang request nak pergi ke Dinasour park.Cuma umi jelah risau kang hujan, sayang pulak tak dapat nak meninjau apa yang ada kat sana tu.Musim hujan kan,..risau tu jelah..Terus umi fikir nak bawak mereka tengok wayang jelah.Hah..wayang lagi…hahaha…padahal banyak lagi tempat boleh pergi.Wayang jugak yang jadi pilihan umi.

Takpelah dik non, kita layankan jelah planning umi ni.Malam tu jugak booking tiket wayang melalui online.Disebabkan ada budak-budak,so umi pilih cerita animasi je.Kang kalau tengok aquaman kang, bebudak ni bosan pulak.Tapi yang tak bestnya, cerita yang umi pilih tu takde pun dekat tebrau.Yang ada di Jusco Bukit Indah je.Babah kata On..so kita  apa lagi..On jelah kan.

So, pagi selepas sarapan, sempat umi mengemas rumah bagai. Pukul 11 jugak kami bertolak ke sana.Sebelum masuk ke pawagam, tiket yang umi dah booking tu 3.45pm.So, ada masa lagi nak berjalan-jalan dan makan-makan.

Bila bawak budak-budak ni, kena pastikan diorang kenyang dulu.Kang ada pulak keluar muncung sedepa, merengek bagai nak rak pun ada.Kalau dekat food court ni biasalah, nak kena bersabar nak mencari tempat kosong untuk duduk.Makan pun tak boleh lama, sebab tak sampai hati nak duduk lama-lama sedangkan ramai lagi yang sedang menunggu untuk makan.

Umi dah ready nak masuk panggung dengan bebudak ni.Sebelum ni pun kemahin tak menyabo diorang.Siap request nak beli popcorn sorang satu..kopak umi ko weh..hahaha.

 

Masa ni pun dah ramai yang masuk.Tapi kali ni ramai mak pak yang bawak anak-anak kecil.Nasib baiklah kan pawagam yang jenis Family Friendly ni.Ada member umi tanya apa tu Family Friendly..Bukan semua sama ke?

Maksud Family Friendly ni anak-anak kita bebas bertanya kenapa dan mengapa.Selalunya kalau kita masuk pawagam kan kita tak boleh bising.Tapi bila kat sini bukannya kata boleh bising,maknanya taulah bila bawak budak-budak..Mereka suka bertanya.Selain tu, tak kisahlah anak-anak tu boleh menjerit ke ,berlari ke sana sini ke.Ala,.macam kita layan anak kita tengok tv kat rumah je lah.Nak bergerak sana sini pun boleh.

tu jelah bila kita pilih yang family friendly.Masa umi tengok cerita Ralph Breaks The Internet hari tu, rasanya semuanya ok je.Tapi bila tengok cerita Spiderman ni, separuh jalan je diorang dah mula bosan.

Tapi umi nak mengulas sedikit la cerita ni.Kalau untuk tontonan budak-budak mybe cerita ni terlalu panjang.Terlalu meleweh orang kata sampai budak-budak cepat bosan. kalau nak bagi bintang pun, umi just bagi 3 bintang sahaja.

So, melayan ler anak-anak berkejar dalam panggung ni.Dah macam-macam ragam umi tengok mak pak melayan anak.Tapi nasib baik budak bertiga tu tak main turun naik..Kalau tak macam nak jadi singa pun ada.

Keluar dari tengok cerita spiderman tu, ada pulak merchandise dari Beary Christmas.Kakak Fiyah dah menyanyi lagu jugak tu kat telinga umi. Tapi umi cakap kat dia, barang tu mahal, umi tak cukup duit.Dia request just nak tengok-tengok dan bergambar je…fuh…nasib baik..Dari beli anak patung bear yang harga RM60 ke atas tu, baiklah umi belanja anak-anak makan.

 

 

Kakak Fiyah

Adik Naura

Keluar pawagam dalam pukul 6 lebih.Babah plan nak makan kat Kampung Melayu.So, plan solat dan makan kat sana terus.

Loading

6 Comments

  1. tak pernah try tgk wayang kat pawagam jenis family friends ni..duk baca je experience orang…maybe one day nnti ada anak, boleh la cuba gak..hehe

  2. Ana belum cuba bawa syafi tgk wayang lagi sebab takut dia cepat bosan. Nanti dah besar sikit boleh lah outing bawa ke wayang. Ana pun bertahun2 tak masuk wayang.

  3. Sesekali spenf time dengan anak anak memang best dan menyeronokkan

  4. rasa masa ternampak ko post gambo ni kan aku pun ada meronda aein bukit indah 4 beranak hari yg sama..hahaha

  5. dulu sebelum kawen rajin pegi sini smpai hantaran pon beli sini.hahaha.. rindulah hai lama tak jejak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *