FADHILAT SURAH YAASIN

Assalamualaikum
Salam jumaat untuk korang.Apa yang aku nak kongsikan ini adalah bertujuan untuk Refreshkan balik diri aku dan juga memberi peringatan pada diri aku sendiri..Dan pada itu,tak salah untuk aku share dengan korang.Kita sama-sama ingat mengingati sesama kita.Insyallah
mungkin ramai tak tau kelebihan membaca yaasin.Termasuk juga aku.kita hanya tahu membacanya di majlis-majlis doa,di tempat-tempat tertentu dan setiap malam jumaat kan..
BACALAH YASIN (Tapi wajib bertajwid dan mengikut adabnya). RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan”, iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

http://jpnperak.edu.my/portal/modules.php?name=News&file=article&sid=24


KERBERKATAN YAASIN (DR FATMA ELZAHRAA)

a) Untuk Keselamatan Diri Yang, Susah Menjadi Senang..

Ayat 1-9 : Untuk keselamatan diri

Ayat 9 : Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.

Ayat 12 : Merupakan Jantung Yaasiin – Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13-35 : Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22-23 : Untuk menjaga aQidah Memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 : Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.

Ayat 29 : Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah/aniaya kita.Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.

Ayat 30 : Untuk keinsafan, Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati – beramal dengannya).

Ayat 32 : Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik… Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam dan lain-lain.

Ayat 33-35 : Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam.Tanaman akan subur.

Ayat 36 : Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 : Adalah untuk menetapkan hati-aQidah diri sendiri… Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 : Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39 : Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 : Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 : Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal – Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 : Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45-48 : Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 : Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.

Tiupan pertama – Datang dengan tiba-tiba
Tiupan kedua – Hancur
Tiupan ketiga – Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.

Ayat 50 : Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ayat 58 : Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ayat 76 : Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.

Ayat 76 : Jika hati rasa sedih,sebak atau pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada,bacalah ayat tersebut.

Ayat 78-79 : Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: “dia berkata, siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?” Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.

Ayat 82 : Untuk Hajat – Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tersebut sehingga 40 hari. Caranya : Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut,Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat.
Wallahu A’lam. Yang penting sesuatu itu yang hendak kita lakukan dengan .. innamal a’maalu binniat.. dan ikhlas melakukannya.

sumber : http://tazkirahjumaat.blogspot.com/

Loading

14 Comments

  1. mmg bayk kelebihannya

  2. sharing is caring
    tq

  3. Thanks for sharing…leh diamalkan pada bila2 masa juga. Sebab besar fadhilatnya.

  4. tq atas perkongsian ini yer, bagus sgt !

  5. Semuanya sudah dijelasakan hanya terpulang masing-masing utk memilih mana yg mahu…

  6. Peringatan yang baik aida..semoga amalan kita mendapat ganjaran yang sebaiknya..ameen

  7. Kalu selalu dibaca Surah Yassin ni memang boleh hafaz… alhamdulillah banyak fadhilatnya. t. kasih.

  8. terima kasih kepada tuan blog kerana memberi info yang sangat manafaat kepada semua orang termasuk mat jo

    p/s: baru tau semua nie, sebelum nie tahu baca je

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *