AKTIVITI

Entry Warm Up Selepas seminggu bercuti

Entry Warm Up Selepas seminggu bercuti | Bukan takde langsung entry yang umi tinggalkan sepanjang umi bercuti.

Memang orang kata, orang lain yang raya orang lain yang excited bercuti panjang.NO..Bukan saja-saja umi nak cuti selama seminggu tu ye dek non.Company umi yang bagi cuti SHUTDOWN selama seminggu.Naik tepu, sakit tulang temulang ni semua.

Apa aktiviti yang umi lakukan selama seminggu bercuti tu?

Boleh dikatakan 1st day naik bercuti ni, umi mengalami MONDAY BLUES dimana kesihatan umi tidak terlalu baik.Nak kata makan limau berpuluh biji tu takdelah pulak.Mungkin kerana situasi cuaca sekarang ni yang menyebabkan umi mengalami lemah badan dan batuk-batuk.

Sepanjang umi bercuti tu takdelah pergi melancong kemana pun.Paling jauh umi ke Melaka.Tu je.Itupun memenuhi undangan majlis Cukur Jambul cucu pertama umi di sana.

cucu???

hahaha…macam kelakar kan, umi dah ada cucu saudara¬† tau.Dah dua orang pun.Cuma lagi satu tak sempat umi nak jengah dek kerana jauh sangat.Insyallah,bila dia balik ke Johor, umi akan jengah mereka.

Umi ke Melaka pada hari sabtu dan balik Ke Johor pada hari Selasa.Terus ke Kota Tinggi sebab alang-alang bercuti tu, balik jengah mak pulak..Kena adil dan saksama kan.

So, hari Jumaat umi dah bertolak balik ke Pasir Gudang semula.Sebelum mula kerja, nak kena settle dulu aktiviti mengemas rumah dan sebagainya.Unpack baju yang dibawa.

membasuh..

memasak..

semualah umi buat.Mungkin sebab tu kot badan umi sakit-sakit..Hari ni..umi gagahkan jugak badan ni untuk bekerja.Alhamdulillah…

Tunggu next entry yang umi nak ceritakan tentang percutian umi ni lagi ek..Kotlah ada yang nak baca

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *