Entry Hot sepanjang Tahun

Assalamualaikum

Hai korang☺Entry santai je hari ni.Tapi lebih kepada nak tekankan kepada peniaga dan founder Produk di luar sana betapa pentingnya blogger untuk pemasaran produk mereka.

Oklah..berbalik kepada cerita entry ini.Alhamdulillah..Entry Khasiat dan Kelebihan Cuka Epal sentiasa dicari orang.Padahal Entry itu di terbitkan pada tahun 2014.Sehingga sekarang,orang mencari entry ini untuk info kepada mereka.

Ada beberapa orang yang email bertanyakan tentang cuka epal ni,Mana yang boleh aku jawab ,insyallah aku akan jawab.Cuma untuk memberikan nasihat tentang produk yang mana yang perlu diambil itu,di luar bidang kuasa aku.Aku cuma menyampaikan kepentingan dan khasiat produk itu sahaja.

Pembaca yang memberi email bertanyakan tentang produk Cuka Epal.
Kalau korang tengok entry Khasiat dan Kelebihan Cuka Epal pun,ramai yang memberi komen bertanyakan tentang itu.
Apa yang aku nak tekankan kepada Founder Produk di luar sana.Pentingnya blogger bagi membantu mempromosikan produk korang tau.Tak salah untuk berhabis duit untuk blogger ni jika pulangannya lumayan kan.Rata-rata pengguna akan mencari kelebihan dan kekurangan produk tersebut di carian Google.Korang perlu tahu sebenarnya banyak tau kelebihan blog dalam promosi dan pengiklanan. Ada dua sebab yang menyokong aku berkata demikian iaitu

Google -adalah salah satu cara untuk orang mencari maklumat.Nak tahu apa yang di cari didalam carian google tu.Even korang nak makan kat mana pun akan cari di google kan.Ini kan pulak produk-produk yang baru korang launching tu.

Bayaran Hanya sekali- Of course lah untung sangat-sangat kan.Korang hanya perlu bayar sekali dan produk korang tu orang akan nampak di carian google bertahun-tahun lamanya sampai kiamat.Tugas blogger adalah memberikan info kepada orang diluar sana tentang produk dan servis itu melalui blog.Korang hanya perlu membayar blogger sekali sahaja dan entry akan kekal dan takkan langsung di delete.And sebab tu aku cakap bila orang cari produk yang korang jual tu,ia akan sentiasa ada.So,tak perlulah berkira kan kalau nak membayar blogger.

Apa yang aku nampaklah kan,ada sesetengah founder produk or servis ni,memang sedikit kedekut tau nak membayar dengan harga setimpal dengan apa yang blogger dah buat.Blogger ni pun ada life jugak tau.Ada  bil² utiliti yang harus dibayar untuk setiap bulan.So,apalah sangat takat korang bayar tu.Berbaloi dengan apa yang blogger ni dah buat.

Hah..nampak tak betapa tugas blogger ni penting untuk korang yang menjual produk dan servis ni..Hah…kalau korang berkenan nak menggunakan khidmat blogger,jangan segan silu lah kan hubungi aku eh…

Email : sitirohaida81@gmail.com
Facebook: siti rohaida yusof
Instagram: aida_yusof81

ï¿«Thanks for Reading kisahsidairy.comï¿©

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Loading

16 Comments

  1. betul tu kak eda.. share dekat blog ni kira iklan yg kekal sampai bila2 kan.. padahal sekali bayar jer pada blogger. memang berbalaoi2..

  2. hehehe
    betul
    macam saya ada satu entry pasal Ketumbit…sampai sekarang jadi antara entry hot sepanjang tahun..hahaa

  3. rasa berbaloikan menulis bila entri kita sentiasa dalam carian orang

  4. Setuju !
    Blogger penting tau dalam aktiviti pemasaran………
    rugi tak guna perkhidmatan blogger..hehe~

  5. the power of blogger. hehe.. bayar sekali tapi entri melekat di google selamnya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *