EGO

Ego?? Apa Tanda-tandanya

Ego?? Apa Tanda-tandanya | Bercakap pasal EGO ni, Semua orang ada EGO masing-masing.Takde yang terkecuali.Betul ke tidak?

Tetiba teringat satu cerita ni dulu, kerana EGO, manusia boleh berpaling tadah, kerana EGO jugak kita boleh kehilangan orang yang kita sayang kan?

Kerana Ego juga umi pernah kecewa..hahaha…dah takmo cerita lah pasal yang sedih-sedih ni.MOVE ON!!!

APA ITU EGO?

EGO tu dalam perkataan lain adalah TAKKABUR. baca hadis kat bawah ni.

الكبر بطر الحق وغمط الناس

“Takabbur itu ialah MENOLAK KEBENARAN dan MERENDAHKAN MANUSIA..”

(Hadith Riwayat Muslim)

Dah baca?

Jadi korang faham kan apa maksud ego yang sebenarnya.

Tujuan umi sharing ni hanyalah untuk mengingati, bermuhasabah diri umi sendiri.Siapa lagi yang nak ingatkan kita kalau bukan kita sendiri.Orang-orang disekeliling kita.. 

So, kita cerita satu persatu tentang EGO,SOMBONG dan TAKKABUR ni untuk kita renung sendiri samada ianya membawa kebaikkan atau keburukkan.

TANDA-TANDA EGO ADA DALAM DIRI KITA

Umi huraikan sedikit dalam bentuk point supaya umi faham tentang ego ni.Cuba untuk tidak menuding jari pada sesiapa bila berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

TAK BOLEH TERIMA TEGURAN

Orang yang ada sifat EGO ni, memang jenis orang yang susah nak terima teguran nak² bila dia buat dosa.Dia akan rasa yang dia langsung tak bersalah dan anggap dia sahaja yang betul.Tak boleh terima teguran orang lain dan akan anggap orang tegur dia tu salah.Dia tetap pertahankan kesalahannya walau jelas dia memang bersalah.

Umi ada satu contoh yang umi copy paste dari artikel Tarbiah sentap pasal EGO ni, contoh apabila kita tegur orang yang EGO ni,

“Tutup aurat tu wajib. Marilah kita menutup aurat. Allah memerintah kita semua dalam surah annur supaya tutup aurat. Bagi lelaki, pusat hingga lutut. Bagi wanita, semua anggota tubuh kecuali muka dan tapak tangan.”

Lepas tu dia akan jawab:

“Apa salahnya tak pakai tudung? Apa salahnya nak free hair? Rilex sudah. Sekarang ni dah moden. Ni hak aku untuk tak pakai tudung. Tak payahla nak paksa-paksa. Kau ingat, orang yang pakai tudung ni baik sangat ke??! Aku dah jumpa ramai orang yang pakai tudung tapi perangai takde akhlak dan biadap. So, janganla judge aku ni jahat hanya kerana aku tak pakai tudung! Jangan pandang luaran la oi!!”

And then kita tanya balik:

“Erm… Ada tak dalil dari ayat quran dan sunnah yang membenarkan untuk kita tak tutup aurat?”

Dia jawab:

“Ayat quran tentang tutup aurat tu untuk zaman arab tu. Zaman tu sebab padang pasir, kena la tutup rambut semua takut kotor. Sekarang ni dah moden bla bla bla bla…..”

Terus rasa lari topik kan?

Tapi, tulah. Bila kita ego, kita akan cuba usaha untuk mempertahankan dosa dan kesalahan yang kita buat walaupun kita takde hujah quran, sunnah dan kata-kata ulama’. Kita just ikut akal je, pastu rasa diri hebat dan tak boleh nak dengar teguran orang lain. 

TUDING JARI PADA ORANG LAIN

Perkara yang kerap sangat berlaku di sekeliling kita bila sesuatu perkara terjadi.Kita selalu menuding jari ke arah orang lain sedangkan orang tu tak bersalah pun.Dah namanya EGO, mana nak mengaku silap sendiri. Orang lain je nampak silap.Kita jelah yang selalu betulnya.

Contohnya bila ada orang tegur kita :

Cukup-cukuplah buat dosa, ko kena berubah.Tak boleh buat macam ni.

 

Lepas tu kita balas balik kat kawan yang cuba memberi teguran tu

“Weyh, kau tegur hikmahla sikit! Nak tegur pun agak-agakla.  Macamla kau takde dosa. Kau ingat kau tu baik sangat ke?? Nak tegur orang tengokla diri tu dulu bro….”

So, kawan tu jugak disalahkan.Kesalahan diri tak nak mengaku tapi menuding jari kat orang pulak.Macam kita ni malaikat pulak tak pernah buat salah.Macam ni lah sejenis manusia yang EGO nya di tahap kritikal.

Tegur salah, tak tegur pun salah.Pelik kan orang macam ni.

 

SUKA BANDINGKAN SATU DOSA DENGAN DOSA YANG LAIN DAN PERTAHANKAN DOSA YANG ADA

Part yang ramai orang buat termasuk umi.Bila orang tegur kesalahan yang kita buat, terus bandingkan dosa yang kita buat dengan orang lain buat.

Pernah tau hamba Allah ni cakap kat umi, kalau seorang penjenayah tu nasihatkan kita, lepas tu kita pandang serong pada dia, atas apa yang dia buat.Sebenarnya kita sedang diberikan UJIAN oleh ALLAH. Mana tau ALLAH tu datangkan penjenayah tu sebagai malaikat yang menasihati kita.Dan penjenayah tu sebagai asbab je perantaraan kita dengan ALLAH.Sebab tu bila orang nasihat, walaupun dia tu penjahat, kita terima nasihat tu dari sudut yang positif.

Contoh yang sekarang ni tengah popular umi share lagi ye tentang KPOP la..Jangan kecam umi pulak ye.

 

“Janganla dengar kpop dan janganlah tengok video kpop tu. Joget-joget, seksi, lepas tu lirik dia semua ada unsur yang tak elok, mengajak pada pergaulan bebas, cintan cintun bagai. Cukup-cukuplah…”

Lepas tu mereka jawab:

“Apahal kau attack kpop je? Sikit-sikit kpop salah. Abis tu, drama melayu, artis melayu semua tu kau tak tegur??”

Aduh. Kita nak tegur dia pasal kpop sebab dia memang suka tengok kpop dan layan drama korea. Sebab tu kita tegur dia pasal kpop. Lepas tu dia bandingkan dosa dia dengan dosa yang lain. Saya tak cakap pun drama melayu yang bukak aurat bagai tu tak salah. Mereka pun salah.

Contoh lain, bila kita tegur:

“Cukup-cukuplah tengok drama melayu mengarut-ngarut tu. Cintan cintun, pergaulan bebas, aurat semua dalam tu. Dah dah la tu… Dosa kot..”

Mereka jawab:

“Ala, kau dengki dah kenapa? Habis tu, orang yang tengok drama English, movie-movie bagai tu kau tak nak tegur?!”

Aduh.. Sejak bila kita cakap tak nak tegur?

Ataupun, contoh lain, kat asrama misalnya:

“Janganlah mencarut. Mencarut tu dosa…”

Lepas dia jawab:

“Ala, senior mencarut  boleh? Takkan kitorang tak boleh? Tegurla senior jugak!”

 

Sepatutnya kita kena syukur bila Allah hantar orang untuk tegur kita. Bukan ego dan membandingkan dosa yang kita buat tu dengan dosa orang lain. Seolah-olah dosa yang kau buat tu tak salah, dosa yang orang lain buat tu salah.

Lagi satu, jangan anggap orang yang tegur kita tu tak tegur orang lain. Sepatutnya kau kena rasa beruntung bila orang tu tegur kau dulu. Sebab dia tahu kau ada harapan nak berubah. 

 

Banyak lagi tanda-tanda ego tu ada pada diri kita.Dah hujung-hujung usia ni, apa lagi yang kita nak.Cuba untuk MOVE ON!! Jadi yang LEBIH BAIK.Insyallah. 

Teguran lembut seseorang tu boleh buatkan kita lebih hargai diri sendiri.Lebih ingin jadi yang lebih baik.Insyallah…

Nak baca lebih lanjut pasal tanda ego boleh baca di page Tarbiah sentap.

 

xoxo

Umi Naura | Fiyah

 

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *