Duit Rosak? Nak Tukar Di mana? - Kisahsidairy.com

Duit Rosak? Nak Tukar Di mana?

Duit Rosak? Nak Tukar Di mana?

Duit Rosak? Nak Tukar Di mana? | Duit rosak ni ada pelbagai jenis kategori.Yang mana tiap² kategori tu ada nilainya.

 

Cerita pasal duit rosak, sebenarnya kejadian dua minggu lepas buat umi hukum budak dua orang tu.Kakak jumpa duit umi bertabur kat dalam bilik.Datang si adik, dok berebut nakkan duit tu.Akibat dari perebutan tu, jadilah duit ni terbelah dua.Terus Koyak!! 

Terus koyak hati umi tau anak bertuah.Masih elok di simpan di dalam purse umi belum dapat di tukar.Umi masih memikirkan bila gaknya umi nak ke Bank Negara untuk tukar duit tu.Lepas tu fikir kalau tukar duit tu, dapat ke dengan Nilai asal atau macam mana?

So, umi google untuk memastikan bila umi nak tukar, di mana agaknya bank yang boleh menerima duit yang rosak ni.So, umi kongsikan di blog ni hasil dari pembacaan umi di blog ohbulan.com

DI MANA NAK TUKAR DUIT ROSAK

Sebelum korang nak tukar duit yang rosak ni, korang kena pastikan jenis kerosakkan yang ada pada duit tu.Duit rosak boleh je di tukar di mana-mana bank dan Bank Negara.Tapi kenal pasti dulu jenis kerosakkan duit korang tu.Sebab ada sesetengahnya yang tak boleh ditukar di bank-bank biasa. Kena tukar di BNM sahaja okeh.Hah..apa je jenis kerosakkan pada duit yang perlu kita tau tu?

KEROSAKKAN PADA DUIT SYILING

~KAKIS

Sebahagian atau keseluruhan permukaan duit syiling rosak teruk atau terkakis secara kekal akibat tindak balas kimia

~BERLUBANG

Terdapat sekurang-kurangnya satu lubang yang ketara pada mana-mana permukaan duit syiling

~KEMEK

Duit Syiling yang kemek akibat keteukan, tetapi tidak relai

~PECAH

Duit syiling yang pecah kepada beberapa bahagian

~POTONG

Duit syiling yang dipotong dengan menggunakan objek tajam seperti pisau atau gunting

~TERBAKAR

Kerosakkan akibat terbakar yang menyebabkan rupa duit syiling berubah menjadi kusam

~KOTOR

Perubahan pada warna duit syiling disebabkan haus, lusuh dan kotor, contohnya duit syiling berwarna hitam.

~SYILING GANJIL

Rupa bentuk duit syiling yang ganjil berlaku semasa proses penempaan

KEROSAKKAN PADA DUIT KERTAS

 

Malaysian Coin juga turut menyenaraikan jenis-jenis wang kertas rosak yang boleh ditukarkan di bank.

~Kotor / Lusuh 
Kekotoran yang menyeluruh atau tompokan yang terdapat dipermukaan wang kertas.

~Lembik 
Lipatan berlebihan yang menyebabkan kerosakan pada struktur atau tekstur wang kertas.
~Renyuk 

Lipatan secara rawak yang banyak meliputi keseluruhan wang kertas yang (Pengecutan menyebabkan keadaan visual wang kertas itu terjejas teruk (termasuk Wang Polimer) pengecutan wang polimer akibat terlalu terdedah kepada kepanasan).

~Conteng 

Wang kertas yang mempunyai perkataan, tanda-tanda, simbol, lukisan yang dilakarkan di permukaan wang kertas dengan sengaja.

~Luntur Warna 

Luntur warna pada sebahagian atau keseluruhan wang kertas seperti telah dibasuh atau terkena bahan kimia.

~Koyak 

Wang kertas yang terkoyak sebarang saiz atau dari mana-mana hala yang melebihi saiz 5mm pada mana-mana bahagian wang kertas.

~Berlubang 
Wang kertas yang mempunyai sekurang-kurangnya satu lubang yang saiznya melebihi 5mm (lubang dawai kokot dan lubang jarum boleh diterima).


~Ubah suai 

Bahagian-bahagian wang kertas yang sama dicantum semula dengan menggunakan pita perekat atau glu.

~Lipatan bucu 

Lipatan bucu yang kekal dan tidak boleh dipulihkan, yang menyebabkan panjang atau lebar wang kertas tersebut berkurang melebihi 5mm.

~Terbakar / Di makan Anai-anai

Kerosakan yang disebabkan terbakar atau dimakan anai-anai pada mana-mana bahagian yang melebihi saiz 5mm.

~Cantuman Wang kertas

Wang kertas sama yang terpisah kepada beberapa bahagian dan hanya beberapa bahagian dicantumkan; atau beberapa bahagian daripada wang kertas yang berlainan yang dicantumkan.

~Hilang ciri-ciri 

Salah satu atau lebih ciri keselamatan didapati hilang atau rosak apabila diperiksa secara manual (visual)

 

 

So, lepas ni umi dah tau duit umi di kategori yang mana, boleh la umi pergi tukar.Dah tak payah pergi jauh². Bank berdekatan pun dah boleh pergi.

 

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *