Dugaan Sebelum Hari Raya

Dugaan Sebelum Hari Raya | Apa pun umi tetap bersyukur kerana dugaan yang Allah swt bagi pada umi hanya sekecil zarah kalau nak dibandingkan dugaan umat Nya yang lain.

Tapi bilamana dugaan itu datang bertimpa, kekadang hati rasa tak tenang, tak terfikir dek akal kerana budget yang diperuntukkan untuk hari raya terpaksa dibahagi dengan kereta kesayangan.

Nampaknya dia pun nak beraya jugak nampaknya.Nak jugak bertukar apa yang patut.Yelah, kereta yang kami guna tu dah lebih 10 tahun lamanya.Memang patut pun ada part² yang tak boleh digunakan lagi.

Pagi tu lepas siap kemas² barang yang nak di bawa ke rumah MIL, umi terus masukkan ke dalam kereta.Bila umi nak hidupkan enjin, beberapa kali jugak, tapi tak berjaya.Terus call babah tanya kenapa. Dah cabut kunci pun macam tu jugak.Last² babah call kan jiran sebelah rumah kami.Boleh je umi panggil, tapi segan la pulak.Biar lelaki dengan lelaki..hehehe..

ALLAH TIMPAKAN UJIAN SUPAYA KITA BERSABAR

 

Nasib baik jiran kami tu mekanik.Jadi bernasib baik lagilah umi bila dia tolong tengokkan.Dibagi kata dua samada Fuel pump rosak ataupun satu lagi umi dah tak ingat dah.

Umi dah down gila masa tu sebab semangat nak keluar dah tu.Bernasib baik lagi umi sebab jiran offer untuk guna kereta dia.Nasiblah dia ada dua kereta.Terima kasih jiran.Bersyukur umi dapat jiran yang baik.Nama laki bini pun sama…hahaha.

 

“Dari Saad bin Abi Waqqash dia berkata: Aku pernah bertanya, ‘Wahai Rasulullah! Siapakah orang yang paling berat cubaannya?’ Baginda menjawab: ‘Para nabi, kemudian orang-orang soleh, kemudian yang sesudah mereka secara berturut menurut tingkat kesolehannya. Seseorang akan diberi ujian sesuai dengan kadar agamanya. Bila dia kuat, akan ditambah cubaan baginya. Kalau dia lemah dalam agamanya, akan diringkankan cubaan baginya. Seorang mukmin akan tetap diberi cubaan, sampai dia berjalan di muka bumi ini tanpa dosa sedikitpun’.”

Hadis Riwayat al-Bukhari

Jadi hari tu kami guna kereta dia untuk angkut barang² yang nak di bawa.Petang tu baru tau yang kereta kami tu Fuel pump rosak.Terpaksa tunggu besok sebab hari minggu tak bukak kedai Spare part.

Keesokkan petang barulah siap kereta kami tu.Melayang jugaklah RM300 untuk kereta.

Actually umi tak membeli sangat untuk raya ni, sebab kami simpan duit untuk ke Terengganu raya ke-2 untuk hantar adik umi bertunang.Hah..yang tu nanti umi ceritakan di lain entry.

Alhamdulillah…Umi sentiasa bersyukur atas rezeki dan nikmat yang diberikan.Walau dugaan kecil melanda kami, semuanya dipermudahkan.

 

Loading

1 Comment

  1. InsyaAllah mungkin Allah dah sediakan yang lebih baik untuk Eda sekeluarga ..
    InsyaAllah ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *