dua bentuk dugaan dalam kehidupan
tazkirah jumaat

DUA BENTUK DUGAAN DI DALAM KEHIDUPAN KITA

DUA BENTUK DUGAAN DI DALAM KEHIDUPAN KITA|Perkongsian ini adalah dari pembacaan umi di dalam buku NASIHAT BUAT HATI dari penulisnya HABIB ALI ZAENAL ABIDIN.

Kita ni sebagai umatnya kadang kala tak sedar bentuk dugaan bagaimana yang kita hadapi.Kadang-kadang kita tak tahu hakikat dugaan yang dikirim oleh Allah swt  itu adalah yang tidak baik dan tidak menyenangkan kita.Tetapi ia tidak benar kerana ujian dan dugaan adalah segala bentuk cubaan yang datang kepada kita sama ada kita rasa senang atau susah.

Apa yang ditulis oleh HABIB ALI ZAENAL ABIDIN ini, dugaan datang kepada kita dalam bentuk keadaan yang berbeza.Ia datang dalam bentuk gembira dan derita.

Menerusi ayat dari surah AL-Anbiyak ayat 35 :

Akan kami uji kamu dengan keburukkan dan kebaikkan

Sudah jelas bahawa dugaan itu ada dua bentuk.dan apakah yang kita perlu lakukan ketika Allah swt menguji diri dengan kegembiraan dan kedukaan.

ADAKAH KITA BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIH KEPADA ALLAH SWT KETIKA DIRI DIBERI KEGEMBIRAAN? DAN APABILA DIRI DIUJI DENGAN KEDUKAAN, ADAKAH KITA MERAYU AMPUN DAN BERTAUBAT PENUH PENGHARAPAN?

Katanya lagi, ramai daripada kita kembali menadah tangan memohon ampun dan menyatakan diri sedang diuji oleh Allah swt hanya selepas diri diuji dengan kedukaan.Sedangkan ketika dianugerahkan kegembiraan, mereka tidak pernah mengucapkan terima kasih lalu berwaspada dengan apa yang diberikan kerana bagi mereka, kegembiraan itu bukan ujian.Jangan salah faham dan jangan menyangka dugaan hanya datang dalam bentuk musibah kedukaan.Ingat, bahawasanya ia datang dalam bentuk nikmat kegembiraan.

Oleh kerana itulah, kita kena pohon keampunan daripada Allah swt pada saat diri di duga dengan ujian penuh kedukaan.Mungkin kita diuji sebegitu kerana dosa silam kita.Kita perlu berdoa mudah-mudahan ujian itu dapat menghapuskan dosa dan membawanya pergi.

Jangan dilupa juga, ucapan terima kasih dan berwaspada pada saat diri diuji dengan kegembiraan.Mungkin kita diuji sebegitu kerana Allah swt mahu melihat apakah diri akan riak dan sombong.Semoga kita  tidak tenggelam dalam ujian itu sekali gus lulus dan mendapat ganjaran yang besar di akhirat kelak.

 

SEBENAR-BENAR DUGAAN DARI ALLAH SWT

Dari surah Al-Imran ayat 186 :- Allah swt berfirman

Wahai Manusia, kamu pasti akan di duga (oleh Allah) melalui harta dan diri kamu.

 

Mengapa dalam ayat ini Allah swt mendahulukan ujian dalam bentuk harta sebelum ujian nyawa,sedangkan nyawa lebih berharga daripada segalanya.Apakah ia membawa maksud harta itu lebih penting daripada nyawa kita sendiri? Tidak 

Allah swt mendahulukan harta daripada nyawa dalam ayat ini sebagai pemberi isyarat bahawa melalui harta,manusia sebenarnya banyak diuji.Di uji dengan kesenangan juga diuji dengan kekurangan.Semua daripada kita tidak akan terlepas daripada dugaan pada hartanya, banyak atau sedikit, kaya ataupun miskin.

Di sebalik ayat ini, jelas kepada kita bahawa ujian melalui harta dan wang begitu mudah berlaku, tidak seperti ujian pada nyawa.Kerana harta, segala perkara yang berkait dengannya akan di catat oleh Allah swt.

Dari mana asal harta, bagaimana mendapatkannya. siapa yang memakannya, dan dimana dilaburkannya.Kesemua itu akan dihitung dan di catat satu per satu.

Jikalau baik pengurusan awal dan akhir hartanya. maka baiklah natijahnya, jikalau sebaliknya, maka tunggu sahaja pembalasan daripada Allah swt.

 

Berbeza pula dengan nyawa, tidak semua daripada kita diuji dengannya.Tidak semua daripada kita diuji dengan luka, sakit ataupun terbunuh.Boleh jadi seseorang itu mati meninggalkan dunia tanpa sedikit pun terluka atau sakit.Berbeza tingkat perbezaan antara dua dugaan ini.Dugaan melalui harta lebih mudah menimpa diri, maka bermula dari hari ini, berjaga-jaga dalam menguruskan harta kita.

Sentiasa berwaspada dengan harta yang dimiliki.Jangan pula lupa tanpa segan silu menganggap kesemua rezeki dan harta yang ada pada kita itu nikmat pemberian Allah swt.Boleh jadi ia milik orang lain yang belum kita lunaskan. Jangan menyangka bahawa semakin kaya seseorang itu, maka dia sedang dirahmati dan dikasihi oleh Allah swt.

 

Dan jangan lupa pula melihat mereka yang miskin itu dengan pandangan yang hina.Jangan menyangka bahawa mereka miskin kerana mereka dijauhkan oleh Allah swt daripada rezeki dan RahmatNya.Mungkin sahaja si miskin itu lebih disukai dan disayangi oleh Allah swt berbanding mereka yang kaya raya.

 

Sekarang, mungkin ada dalam kalangan kita yang tertanya-tanya, antara kaya dan miskin yang mana lebih baik dan mana yang lebih mulia?Hakikatnya,jawapan itu ada pada permulaan ayat al-quran tadi

SEBENARNYA ORANG YANG PALING BAIK DAN PALING MULIA BUKAN DILIHAT PADA NILAI KAYA ATAUPUN MISKIN, TETAPI IA DILIHAT PADA SEJAUH MANA KEFAHAMAN MEREKA DALAM MENYINGKAP MANA SATU UJIAN YANG MENJADIKAN MEREKA BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIH KEPADA ALLH SWT

Jika si kaya ego dengan hartanya, maka dia durjana.Sebaliknya jikalau dia mencari rezeki yang halal dan pemurah, maka dia akan beroleh rahmat daripada Allah swt.JIkalau si miskin terus bersangka buruk dengan kesempitan hartanya, maka dia juga durjana.Sebaliknya jikalau dia terus menersu bekerja kerana Allah swt dan bersangka baik padaNya, maka dia juga akan beroleh rahmat daripada Allah swt.

 

Insyallah..Dalam keadaan mana pun kita, selalulah bersyukur dan tidak riak dengan apa yang kita ada.Daripada riak itulah kita akan tergolong di dalam sifat-sifat orang yang durjana.Apa pun bersederhana dalam setiap perkara.Sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada pemberi rezeki.

 

salam ramadhan ke-5

 

 

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *