Drama Sweet Dreams gandingan Mira Filzah dan Ben Amir

Drama Sweet Dreams gandingan Mira Filzah dan Ben Amir | Actually lepas mengikuti cerita Setelah terlafaznya akad, umi sukalah tengok short video di IG arahan dari Michael Ang ni.

Tetiba tertengok pulak arahan terbaru dari Michael Ang jugak yang bakal menggantikan cerita Setelah terlafaznya akad ni.Nampak best..Cerita pun macam sweet² gitu..Tak caya cer baca sinopsis Drama Sweet Dreams ni

SINOPSIS CERITA SWEET DREAMS GANDINGAN MIRA FILZAH DAN BEN AMIR

Putri, diberi gelaran seperti Ratu Kelam Kabut atau ‘Minah Clumsy’ sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil. Habis semua tiang dan dinding dilanggar, malah sudah banyak kali dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang.
 
Bernasib malang atau dia memang punya masalah koordinasi fizikal tidak seimbang. Namun, beberapa siri kejadian malang tiba-tiba berubah dengan kemunculan seorang jejaka misteri yang sering menyelamatkannya. Tidak sempat mencium tanah, tubuh dia sudah disambut. Tidak sempat tergolek, tangannya sudah dipaut. Pelik, lelaki itu datang tanpa isyarat.
 
Qash Adam seorang pelukis selalu mendapat mimpi tentang kejadian buruk yang bakal menimpa. Kesengsaraan dialami pada zaman silam membuatkan dia kemurungan dan hidup dalam pengasingan. Anugerah yang dikurniakan membuat seluruh tubuh rasa terbeban.
 
Dihina, difitnah dan dicaci kerana dikatakan mempunyai kuasa magis membuatkan dia menolak sebarang bentuk hubungan dengan manusia. Dia tertekan, ini kelebihan atau satu sumpahan baginya. Mimpi yang datang bukan biasa-biasa. Ia datang dengan segunung tanggungjawab yang terlalu besar.
 
Namun, kemunculan seraut wajah dalam mimpinya meletakkan Qash dalam keadaan keliru. Banyak peristiwa lucu, pertelingkahan dan salah faham berlaku apabila si malang bertemu dengan si adiwira. Rahsia demi rahsia terbongkar.
 
Namun, sebanyak mana pun perbezaan antara Putri dan Qash, ada perasaan halus mengikat hati mereka berdua. Berkahwin dan kemudian bercinta tanpa tahu pengakhirannya.
 
 

Drama Sweet Dreams bermula pada 5 Ogos 2019

TARIKH TAYANGAN : 5 Ogos 2019
WAKTU SIARAN :  Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama – Astro Ria
PENULIS NOVEL : Acik Lana
PENULIS SKRIP : Nazri M. Annuar
PENGARAH : Michael Ang
PELAKON : Mira Filzah, Ben Amir, Sean Lee, Nina Juren, Yuna Rahim, Roy Azman, Yusuf Bahrin, Nazs Sally, PU Azman, Didi Astillah
 
 
Macam best je kan…Oklah..malam ni umi nak cuba layan episode pertama..Mana tau best kan..
 
Jarang nampak Ben Amir ni jadi pelakon utama..Rasanyalah..Makin handsome pulak berambut panjang…hehehe..Tetiba umi teringat dengan cerita Novel yang heronya bernama akashah…lama betul tak layan novel ek…
 

siti Rohaida

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *