Double Chin Dan Punca Ianya Terjadi - Kisahsidairy.com

Double Chin Dan Punca Ianya Terjadi

Double Chin Dan Punca Ianya Terjadi

Double Chin Dan Punca Ianya Terjadi | Tetiba pulak umi nak cerita pasal Double Chin ni.Korang tau ke apa itu double chin? Dan selalunya terletak di mana?
 
Macam kelakar la pulak bila umi nak bercerita pasal double chin ni.Ni semua gara-gara dak Naura pi cocok double chin umi semalam.Dah dia kata umi ada gemuk kat situ..Haishhh…Rasa nak marah je tau bila sebut pasal gemuk ni.Mana ada umi gemuk.Tau tak perkataan GEMUK tu sensitif?
 
Dah namanya budak kan, mana nak fikir benda-benda macam tu boleh jadi perkara yang negatif.As a parents, kita cakap jelah elok-elok supaya nanti takdelah dia mengejek orang pulak.Bercerita pasal double chin ni kan, umi sebagai seorang wanita, kalau nak, tak nak la benda tu wujud.Sebab bila ada double chin ni, rasa macam tak sesuai gitu.Tulah..sape suruh taknak jaga makan kan? Kan dah timbul BENGKAK sana sini.. 😛 
Tau ke double chin tu ape? eh..seriau lak pada yang tak tau apa itu double chin
 

APA ITU DOUBLE CHIN

Dagu ganda adalah lapisan lemak subkutan di sekeliling leher yang merosot dan menghasilkan kedut, sehingga pemiliknya kelihatan mempunyai dagu yang kedua. Ia adalah perkara biasa pada orang yang berumur tua atau gemuk. Seseorang berat badan purata boleh menanggung dagu ganda juga, bergantung kepada struktur tulang mereka, jumlah kulit longgar, dan jumlah sel lemak di rantau itu. Ia lebih kelihatan apabila rahang bawahnya diturunkan atau kepala dicampakkan ke bawah.
 
sumber : https://educalingo.com/
 
Dan bagaimana pula double chin ni terjadi?Umi ambil perkongsian dari facebook untuk umi share kepada korang punca terjadinya double chin ni especially kepada wanita.
 
 

5 PUNCA TERJADINYA DOUBLE CHIN KEPADA WANITA 


Dagu berlapis adalah lemak yang terkumpul dibawah bahagian dagu. Mesti ada segelintir daripada anda yang mempunyai masalah dagu berlapis kan? Alaaa jangan risau, masalah itu boleh diatasi. 


Wanita, terutamanya kalau tetiba tengok cermin nampak dagu berlapis, terus rasa keyakinan diri tak ada, lepastu mulalah dia nak kontrol makan konon diet. Hehehe. Jadi ke ? 


PUNCA DOUBLE CHIN INI TERJADI

Ada pelbagai punca yang menyebabkan keadaan ini terjadi. Antaranya :

1.Pernah gemuk dan pernah kurus.
Tidak semua orang yang gemuk mempunyai dagu berlapis. Tetapi biasanya mereka yang berjaya menurunkan berat badan akan mengalami masalah ini apabila telah kurus. Kulit di bahagian dagu akan mengeleber memberi efek berlapis di bawah dagu.

2. Peningkatan usia
Sebaliknya, peningkatan usia merendahkan kadar metabolisme kita. Lebihan lemak akan berkumpul di bawah dagu dan di rahang akibat kulit yang kurang elastik dan kesan graviti. 

Apabila meningkat usia, kebanyakan kita mudah menjadi gemuk dengan lebihan lemak berkumpul di bawah dagu, di rahang dan pipi. Ada sesetengah orang mempunyai otot pipi yang tebal dinamakan otot masseter yang berfungsi untuk mengunyah dan mengetap mulut. 

Semakin meningkat usia menyebabkan pipi ‘jatuh’ akibat isi pipi berkurangan dan otot pipi menjadi lemah serta lembik. Secara tidak langsung, ini menyebabkan dagu yang runcing berbentuk V, bertukar bentuk tebal dan besar menjadi bentuk U.

3. Gemuk (Obesiti) 

Salah pola pemakanan. Ini paling kena pantang. Jangan makan makanan yang berminyak dan berlemak. Paling penting, makan dengan betul dan secukupnya. Kurang makan makanan yang berminyak dan bergoreng. 

4. Genetik
Ada individu dilahirkan dengan otot pipi yang tebal, tetapi ada juga individu yang suka mengunyah gula getah atau mengetap gigi. Perbuatan ini boleh menyebabkan otot pipi menjadi tebal dan besar. 

5. Stress 
 Stress juga boleh menyebabkan otot otot kita semakin lemah dan tidak sihat menyebabkan punca double chin atau kulit mengendur.

Kita kena tahu dulu kenapa dagu berlapis ni atau double chin ni terjadi. Sebenarnya lapisan lemak di kawasan bawah dagu boleh terjadi kepada semua orang, terutama pada orang yang berbadan besar. 

 

Stress pun punca double chin terjadi? maknanya lepas ni umi tak boleh lebih stress la..Kena cool je..Tapi ada ke manusia yang sentiasa cool je ek..

Sekarang ni banyak je kaedah rawatan yang boleh kita gunakan untuk hilangkan double chin ni.Bagi umi tak de masalah pun kalau ada double chin.Janji sihat dan tidak memudaratkan..Cuma ada sesetengahnya bila ada double chin ni, bagi mereka kuranglah keyakinan diri kan?

Selalunya tudunglah yang banyak bantu umi untuk tutup double chin umi ni hah!! hahaha.

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

2 thoughts on “Double Chin Dan Punca Ianya Terjadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *