Himpunan Doa Penenang Hati yang boleh kita amalkan

Himpunan Doa Penenang Hati yang boleh kita amalkan

Himpunan Doa Penenang Hati yang boleh kita amalkan apabila kita rasa resah gelisah, sedih, marah, stress.Apabila kita ditimpa masalah, hati pun rasa tak tenang sampai kita rasa buntu nak buat apa.

Manusia memang tak lari dari ditimpa masalah.Kadang-kadang kita buntu untuk buat apa bagi menyelesaikan segala apa yang menimpa kita.

Kita sebagai umat islam percaya bahawa setiap masalah pasti akan ada jalan penyelesaiannya dengan izin Allah.Sebab tu setiap kali kita ditimpa masalah, mengadulah pada dia.Berdoa agar Allah swt memudahkan urusan kita.

Meringankan bebanan yang kita tanggung.Bila kita dalam keadaan hati yang tak tenang, berdoa kepadaNya.Semoga Allah swt tunjukkan segala jalan penyelesaian untuk setiap masalah kita tu.

DOa adalah senjata orang mukmin.Doa juga dapat memberikan kekuatan pada diri kita.

Dari kita buat sesuatu yang mungkar, baiklah ianya diisi dengan doa-doa ini supaya hati kita lebih tenang dan dipermudahkan Allah swt dalam setiap masalah yang kita hadapi.Jom kita mulakan mulai hari ini

Antara Doa-doa penenang hati yang kita boleh amalkan.Umi senaraikan Himpunan Doa Penenang Hati yang boleh kita amalkan.Doa-doa dibawah untuk rujukan umi juga.

DOA-DOA PENANG HATI YANG KITA BOLEH AMALKAN

Umi senaraikan 7 doa penenang hati dari Al-quran yang mudah dan pendek untuk kita amalkan

# DOA 1

اَللّٰهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ

(Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. Wa shamaatatil a’daa’.)

 

Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk & dari keberhasilan musuh

– Sahih Bukhari

# DOA 2

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث

(Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths.)

Maksudnya: Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan.

– Hadis Riwayat Tirmidzi

# DOA 3

للهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا

(Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla wa anta taj’alul hazna iza syi’ta sahla)

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.”

– Sahih Ibnu Hibban

# DOA 4

اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ

وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ

وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ

وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ

(Allahumma inni a’uuzubika minal hammi wal hazan. wa a’udzubika minal ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal.)

Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.

– Sahih Bukhari

# DOA 5

لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ

(Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntu minaz zholimin.)

Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.

– Surah Al-Anbiya’ Ayat 87

# DOA 6

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

(Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam millisani. Yafqahu qauli)

Maksudnya: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku.

– Surah Taha Ayat 25-28

# DOA 7

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

(Hasbunallah wanikmal wakil)

Maksudnya: Cukuplah Allah sebagai Pelindung kami 

– Surah Al-Imran Ayat 173

 

Sumber : Sirap limau

Doa-doa yang perlu kita selalu amalkan disaat hati kita tak tenang.

Berdoalah seikhlas hati supaya doa-doa kita diterima oleh Allah swt.Selalu berserah kepadanya dalam setiap pekerjaaan yang kita lakukan.

Apapun setiap masalah pasti akan ada jalan penyelesaiannya.Apabila kita ditimpa musibah, dahulukan dulu berdoa kepadaNya kerana Allah swt tahu apa yang kita sedang alami.

Himpunan Doa Penenang Hati yang boleh kita amalkan

Wa ufawwidu amri ilallah, innallaha basirun bil-‘ibad.

(Kuserahkan segala urusanku, hanya kepada-MU).

Semoga bermanfaat untuk semua

Jom Kahfi

 

Loading

3 Comments

  1. Banyakkan sebenarnya doa penenang hati ini, paling mudah, istighfar ajee..
    Kadang bila dah marah, setan duk tepi telinga, sampai apa doa ke segala apa lupa.. Allahukbar…

  2. TERIMA KASIH. SGT BERGUNA. SY SDG DITIMPA MUSIBAH BESAR DLM HIDUP. HANYA PADANYA KITA KEMBALI BERSERAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *