BLOG

Disember Sudah Sampai Ke Penghujung Tahun 2020

Disember Sudah Sampai Ke Penghujung Tahun 2020

Disember Sudah Sampai Ke Penghujung Tahun 2020 | Bila hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan.Pejam celik pejam celik sampai dah kita ke penghujung tahun 2020

Tahun 2020 yang dinantikan oleh semua orang.Tahun yang sentiasa diucapkan oleh kita akan menjadi tahun yang luar biasa.

Umi masih ingat lagi masa zaman sekolah, selalu sangat kita memegang perkataan WAWASAN 2020.Timbul cerita kereta terbang dan sebagainya, tentang betapa majunya nanti Tahun 2020.

Tetapi sebaliknya kita diuji dengan kedatangann wabak pendemik Covid-19 yang telah meragut sebanyak 360 kematian.

Dah lebih 9 bulan kita terpaksa mengharungi pahit getir kehidupan apabila ada rakan-rakan yang dijangkiti wabak ini, dan ada juga kehilangan kerja dan punca pendapatan.

Ye.. dan inilah tahun yang kita nanti-nantikan.Penuh derita dan penuh ujian dari Allah swt kepada kita.

Kun Fayakuun = Jadilah, maka terjadilah apa yang dikehendaki. Tiada hal yang sulit bagi Allah, tiada hal yang mustahil untuk tidak terjadi jika Allah menghendaki terjadinya sesuatu dan atau tiadanya sesuatu.

Musibah datang dan pergi dalam hidup kita,bagaimana kita menghadapinya terletak pada diri masing-masing.Tapi perlu kita tau bahawa musibah yang datang dari Allah swt itu adalah sesuatu perkara yang Allah sendiri nak uji umatnya.Melihat sejauh mana hambanya menangani musibah yang mereka dapat.

APA ITU MUSIBAH

Musibah adalah sesuatu perkara yang berlaku tidak seperti yang kita harapkan. Sesuatu yang biasanya tidak disukai. Sebagai contoh, jika kita bekerja di pejabat, kita dimarahi oleh pegawai atasan, itu adalah salah satu bentuk musibah. Jatuh motor? Juga salah satu jenis musibah. Musibah tidak semestinya berlaku kepada diri kita sahaja, tetapi musibah juga berlaku kepada orang yang kita sayangi dan orang di sekililing kita. Contohnya seperti penyakit Coronavirus yang kini sedang melanda dunia.

Tapi apa yang pasti, semua orang akan mengalami musibah, tetapi dalam bentuk yang berbeza dan sesuai dengan kekuatan diri masing-masing. ALLAH menyebut di dalam surah Al Baqarah: ayat 286 yang antaranya bermaksud ” ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..”

Jadi, perkara pertama yang perlu kita letakkan dalam kotak minda kita apabila ditimpa musibah adalah ianya datang daripada ALLAH dan pasti kita akan dapat menghadapinya.

doa dilanda musibah

Musibah sememangnya tidak dapat diduga oleh manusia. Ianya boleh datang pada bila-bila masa. Oleh itu, kita perlu sentiasa mempersiapkan diri untuk sebarang kemungkinan sekiranya musibah datang melanda diri kita. Antara perkara yang perlu sentiasa kila lakukan untuk memberikan kita kekuatan sebelum menerima musibah adalah:

Memperbanyakkan doa agar diberikan kekuatan untuk menghadapi sebarang jenis musibah dan ujian. Berdoa juga agar sekiranya berlaku musibah, musibah yang datang adalah sesuatu yang boleh kita hadapi.

Memperbanyakkan doa agar diri sentiasa teguh walaupun diuji dengan musibah. Bina keyakinan dan redha dengan qadak dan qadar yang telah ditetapkan.

Sama-sama kita berdoa agar kita pendemik Covid-19 ni berlalu pergi.Semoga Tahun  hadapan memberikan sinar yang baru untuk kita semua.Disember Sudah Sampai Ke Penghujung Tahun 2020:(

 

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

(3) Comments

  1. Betul ramai yang terkesan dengan pandemik COVID 19. Semoga cepat lah virus ni berlalu pergi dari Malaysia dan seluruh dunia.

  2. kerajaan dah dapat vaksin tu, hopefully tahun depan dah hilang isu covid ni

  3. Ye.. moga segera hapus Covid 19… AMIN…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *