Dinner di Dapur Mutiara Nibong Taman Daya - Kisahsidairy.com

Dinner di Dapur Mutiara Nibong Taman Daya

Dinner di Dapur Mutiara Nibong Taman Daya

Dinner di Dapur Mutiara Nibong Taman Daya | Kalau bab dinner ni kekadang boleh bawak bergaduh.Kadang dok fikir gak kat Johor ni, mana tempat makan yang best.

Memang orang kata tempat banyak tempat makan best kat Johor ni.Nak yang western, makanan kampung semuanya ada.Pendek kata, kalau ada duit tu, nak masuk mana-mana kedai pun boleh.Tapi bagi umi sebagai rakyat marhaen ni, tak mampu nak masuk kedai-kedai mahal.Lagi pulak bawak anak-anak yang ramai.Mak anak 3 la katakan..Eh..Sekarang ni dah naik sikit level.Mak anak 4. Tapi sebelum kejadian makan-makan ni, umi masih mak anak 3.Tepuk poket sendiri la ye.

Walau hakikatnya yang keluar dari perut umi cuma seorang 🙂 .Yang rapat dengan umi je tau kenapa umi cakap umi ada anak lain selain dak Naura tu.

Oklah..malas nak bercerita panjang.So, masa habis food review di Renaissance Hotel, umi terus ke Bandar Dato Onn.Sebab dah janji dengan kakak nak bawak dia jalan-jalan.Dapat makan-makan pun ok.Umi malas nak naik Aeon Mall tu walau Aeon tu dari rumah dato Onn boleh jalan kaki je.

Lepas maghrib terus ajak diorang cari makan.Tekak memang nak makan nasi.Lagilah kalau tekak makyong a.k.a adik umi tu.Memang nak makan nasi je kerjanya.So, cari punya cari sampailah kami ke Taman Daya.Nampak menu menarik je kat situ.Sebab umi bayangkan ada Miangkham dan makanan-makanan yang belum pernah umi cuba.Ni bukan food review yang ko nak cuba semua 😆 

So, sampailah kami ke Restoran Dapur Mutiara Nibong di Taman Daya.Takdelah jauh sangat dari Dato Onn.Restoran Dapur Mutiara ni menyediakan makanan Pantai Timur .Makanan Thailand pun ada jugak.Cuma malam tu tak bernasib baik sebab menu yang umi nak tu takde.So, apa yang umi dan anak-anak order?

Nasi goreng daging tak silap umi ni kepunyaan Babah la kot.Tak berapa nak ingat la pulak since cerita ni akhir bulan sept yang lepas..hahaha

Tomyam kelapa ni babah yang request.Nak juga try Tomyam kelapa ni.

Umi punya menu Mee Celup.Nyaris-nyaris nak tulis Mee Kolok.Nasib baik teringat nama Mee ni..hahahaha

Dan dua mangkuk mee Sup ni untuk anak-anak.Diorang memang suka makan mee sup ni.

Rojak petis ni sedap namatik!! nyaris-nyaris nak order lagi buat makan kat rumah.Kalau ikut nafsu makan, memang semuanya nak bedal.Tapi tekak dan perut ni tak boleh terima dah.Mau merangkak balik naik kereta.

Murah kat sini lah berbanding dengan tempat yang umi makan dekat Dato Onn tu.Tu pun umi tak letak lagi makanan yang adik umi makan.Entah lupa nak snap ke atau dah terdelete.yang Hado ni jelah umi tepek dalam blog ni.Total semua sekali RM75.Bagi korang mahal ke murah.Tu belum masuk air tembikai, laici 2 dan satu lagi air babah, umi tak ingat babah order ape.Umi minum air masak je…

Kotlah korang ada di kawasan situ-situ jugak kan, nak cari kedai makan seafood, boleh la try makan kat sini.Waze jelah kedai tu eh…hehehe

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

2 thoughts on “Dinner di Dapur Mutiara Nibong Taman Daya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *