FAMILY,  food hunter

Dinner Birthday di Moonlight Cake House

Dinner Birthday di Moonlight Cake House | Hari isnin hari tu babah ajak pergi dinner..Nak ajak umi makan kek katanya.

Setiap kali birthday, kebiasaannya babah akan bawak ke Secret Recipes je.Tapi kali ni umi nak ubah selera sedikit la kan.So, umi  decide untuk ke Moonlight Cake House di Seri Alam.Dalam pukul 6.30 petang gitu kami gerak ke Seri Alam sebab kalau awal sangat umi puasa pulak.So, agak-agaklah masa untuk ke sana.

 

Nasib baik tak ramai orang, umi pilih meja yang berhampiran dengan cermin.Tapi tulah, tersalah pilih ,dapat pulak lighthing tak berapa nak cantik.Jadi gambar pun so-so jelah..ah.lantakkan dia.

Mula-mula kami order makan dulu sebelum turun ke bawah untuk order kek.Actually si anak dara tu dah nampak kek durian kat tepi kaunter, bila babah nak belikan, umi pulak say No sebabnya, kami berempat je.Siapa pulak nak makan sebanyak tidak tu.Umi suruh dia pilih yang slice tu jelah.Itu pun di ambikknya marshmallow yang ada di jual disitu.Geram ngan dak naura ni, bila beli tapi tak makan.

 

So,cepat-cepat naik semula dan tengok makanan dah ready atas meja.So, umi order menu ni je untuk dinner hari tu.Lupa pulak nama-nama setiap hidangan ni.Disebabkan bukan umi yang membayarnya.Selalunya time celebrate apa-apa pun, babah takkan bagitahu berapa harga yang dia bayar.So, kita layankan jelah sambil menikmati panorama malam depan Todays tu..hahah

Fettucuni apa entah umi dah lupa.Menu ni untuk umi.
Menu untuk nenek.ala-ala nasi ayam gituu
Untuk Dak Naura..Ada rabbit dalam pinggan dia.Dia makan nasi je, ayam sweet sour tu kalau dia makan, memang umi upah kek durian sebiji
Bila dah lama tak usik air manis, untuk hari tu umi minum Cuppocino yang sedap ni..Rasa teringin nak minum kopi lagi..

And last sekali 3 slice kek untuk 4 orang makan.Itu pun tak habis.So tapau bawa balik untuk dak Naura continue makan kat rumah.

 

Simple birthday celebration untuk kami sekeluarga.

 

Korang yang nak celebrate birthday disini pun boleh reserved awal tau.Siap ada alunan muzik birthday untuk korang nanti..alolo..babah kata sweet sangat..hahahah..

So, umi letak alamat di bawah ni untuk korang contact or terjah Cake house ni ye.

MOONLIGHT CAKE HOUSE SERI ALAM

Moonlight cake house di buka dari 9.00 pagi hingga 1.00 pagi 
 
Telefon :  073823434
Alamat : Block A2, G-01 & 1-01, Jalan Suria, Bandar Seri Alam, 81750, Masai, Johor
 
 
 

 

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *