Dating dengan JDT Bloggers di Nyonya Leaf Jusco Tebrau

Dating dengan JDT Bloggers di Nyonya Leaf Jusco Tebrau | Entry santai bagi memberikan mood menulis umi pagi ni.

Tengah Scroll gambar, nampak gambar dengan si juju dan uyul lepas kami habis event Marrybrown.Boleh Baca entry umi DISINI semasa Program CSR di HSI baru-baru ni.

So, lepas habis je program ni, umi, juju dengan uyul dah decide nak pi minum-minum sambil update blog.Cadangan je nak update blog.Mulanya nak ke Mcdonalds terdekat situ je.Tapi tukar plan sebab tak mungkin bila dah bertiga tu akan update blog kan..hahaha..Jadi kami decide ke Aeon Tebrau.Nak ajak yang lain, masing-masing ada kerja lepas tu.So, yang free kami tiga orang jelah kan..So, sampai ke Aeon Tebrau kemahin masing-masing menuju ke TGV Cinema.Kengkonon nak tengok movie,Sekali tengok tiket dah RM22, moh ler kita makan je dengan duit tu.

Terus ingatan umi pada kopi melekat.Jadi umi ajak mereka untuk lepak-lepak di Nyonya Leaf.Budak berdua tu menurut perintah kakak dia je..hahahha…

Sambil ngopi-ngopi sambil bersembang.Sembang diorang ni memang tak ingat dunia.Sampai orang sebelah menyebelah pun heran kenapa ketawa sampai menangis..hahahah..Nak tunggu makanan tu pun bukan main dah hebat ketawa..Nak² juju..hahah..mampus kena kecam.

Bila makanan sampai, senyap sekejaplah sebab masing-masing fokus ambil gambar.Bila ko dah hidup dalam dunia blogger, setiap apa yang terjadi, ko mesti nak rakamkan.Tapi bukan untuk tujuan memviralkan tak tentu pasal.Just nak simpan je dalam handphone.Bila makan, bukan ko yang makan dlu tau,tapi kamera yang makan dulu.

Sampai anak-anak pun dah tau dah apa akan umi buat bila makanan sampai.haduii..

Nak kata makanan yang kami pesan tu heavy tak jugaklah sebab masing² dah kekenyangan jugak makan kat HSI .So, makanan yang kami order ni untuk di kongsi bersama-sama.Sharing is caring.Sebab takut nak makan banyak sangat sampai tak boleh nak berjalan kang.

Masing-masing sibuk dengan Socmd masing-masing.Umi pulak tolong amikkan gambar dari atas..hahah..Jangan tertipu. sebab kami bukan order yang tu je.Itu sebahagian..Dapat minum Kopi Ais tu memang sedap giler..Nak² pulak time panas☻ kan.Eh..

Ok yang ni betul..NI je yang kami order.Serius cukup dah ni.Tu pun bersembang sampai pukul berapa pun tak hengat..

Banyak nau bergambar sampai umi tak tau mana satu nak upload,Last² muka bertiga je nilah yang masuk dalam blog.

Ni baru 3 orang berjumpa, kalau dah semua geng² JDTBLOGGER berjumpa, tak taulah jadi apa kat kedai tu.

Last but not least sebelum berundur diri.

Umi tak pasti pukul berapa kitorang bergerak balik.Sebab sebelum umi balik tu, sempat menyinggah solat dan masuk BO..sorang² pun layan jugak umi naura ni.Dapat sehelai pun jadik ler dah alang² masuk tu.

Sampai rumah siap boleh amik dak Naura kat school dia.Ni kalau tau umi dia tak kerja, pergi ke lain, mau banyak tanya.Eh..tapi umi pi keje jugak ni.Tapi keje tempat lain ler..

Oh ya..nanti ada satu perjumpaan dengan geng² JDTBlogger yang lain..Nanti umi update pasal tu pulak..

Loading

5 Comments

  1. jumpa bertiga pun dah meriah kan. apatah lagi ramai-ramai.

  2. Best bila jumpa geng sealiran dengan kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *