Darah Tinggi?

Assalamualaikum
Alhamdulillah,diberikan lagi kesihatan yang lebih baik dari semalam walaupun keadaan hari ni tak membolehkan aku drive ke tempat kerja.Bukan apa,masih lagi rasa macam melayang-layang je badan ni.Nak sambung MC,MC pun dah habis.uihh…Dahsyat kan,
Apa kena mengena tajuk entry aku dengan cerita aku hari ni.Start dari hari selasa tuari sakit kepala yang berterusan menyebabkan aku terpaksa jugak gagahi diri ni pi klinik.Ikutkan hati nak je makan panadol dan tidur.Tapi disebabkan perlu mc untuk bukti kenapa aku tak datang kerja hari rabu lepas,terpaksalah jugak kan.
Bila sampai klinik,doktor check tekanan darah,tup-tup doktor kata darah awak naik.140/90..Omaiiii…terkejut den..awat la boleh pulak naik macam tu kan.Selama aku pregnant,takde lah pulak naik.Ni dah bersalin,dah ok semua,datang pulak satu penyakit.Tapi Doktor tu takdelah bagi aku pil turunkan darah ke hape ke..Cuma bagi ubat pengaliran darah je..ok..aku terima
Meh serba sedikit aku share tentang penyakit darah tinggi ni.
Tekanan Darah Tinggi
Hypertensi atau Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak di rawat.Di Malaysia,kajian kesihatan dan Morbiditi kebangsaan lll menunjukkan penyakit ini adalah 32.3%.
Tekanan Darah.
 Jantung kita bekerja seperti sebuah pam yang mengecut dan rehat,Tekanan darah dalam dua bacaan contohnya 140/75.Orang cakap satu bahagian atas badan,dan satu lagi bawah.
  • Tekanan sistolik-nombor yang di atas(dalam contoh ini 140)
  • Tekanan diastolik-nombor yang bawah(dalam contoh ini 75)
Tekanan Darah Abnormal
Apa pula penyebab Darah Tinggi ni
  • Penyakit buah pinggang
  • Ubatan seperti steroid,ubat antiradang bukan steroid
  • Faktor keturunan 
  • Alkohol dan merokok boleh meningkatkan risiko komplikasi hypertensi(termasuk penyakit jantung dan strok/angin ahmar)
Tanda dan Gejala
  • Selalunya ,hypertensi tidak menunjukkan tanda dan gejala.
  • Kadang-kadang pesakit mungkin mengalami tanda-tanda yang tidak spesifik seperti pening atau sakit kepala.
  • Periksa tekanan darah anda  secara berkala di Klinik kesihatan berdekatan.Doktor akan menasihatkan anda tentang kekerapan untuk memeriksa tekanan darah.
Ada banyak lagi info tentang darah tinggi yang boleh korang baca..Boleh dapatkan info kat sini
Harap penyakit ni berkurang lah hendaknya.Risaukan anak-anak yang kurang perhatian umi dia 2-3 hari ni.Nasib baik nenek dan makcik2 tolong tengokkan.
Terpaksalah bergantung pada ubat dua-tiga hari ni.Nak pulih sepenuhnya..huwaa…Ada pulak entry yang hanya di draft sahaja tanpa di publish..dah terlambat nak post..blog ke laut lately ni…

Loading

4 Comments

  1. Kena banyak berehat tu… mudah2an tekanan darah kembali normal… aamiin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *