Dah Cuba ke Pizza Cheese Durian? - Kisahsidairy.com

Dah Cuba ke Pizza Cheese Durian?

Dah Cuba ke Pizza Cheese Durian?

Dah Cuba ke Pizza Cheese Durian? | Bunyi macam pelikkan,bila pizza ada perasa durian.Hah..Itulah Menu terbaru dari Pizza Hut Malaysia

Dah namanya musim durian, timbullah segala jenis makanan yang berperisa durian.Terbaru yang umi try masa food Review di Ikea adalah Mochi Durian..Memang sedap giler weh!! Hah..apa lagi, baca entry umi sebelum ni,Yes, Ikea tengah buat Promosi Merdeka Madness Special.Banyak menu makanan yang best² patut korang cuba..

Tapi pelikkan bila Pizza hut ada keluarkan menu terbaru mereka iaitu Pizza Cheese Durian.Actually masa hari sabtu hari tu, umi bawa anak-anak makan luar.So, kakak sudah semestinya pilihan dia adalah spaghetti.Ingatkan nak makan yang ringan² je memandangkan lepas tu nak pergi ke kenduri kahwin.

 

SEDAP KE PIZZA CHEESE DURIAN NI?

So, bila nampak menu pizza cheese durian tu, babah tanya kat umi samada nak rasa ke tidak menu terbaru tu.Tapi umi taknak la sebab dalam pakej yang kami ambil tu, memang dah ada pizza.Umi pun macam tak yakin ditambah pulak rasa pelik bila pizza dengan durian.Babah di sokong pulak oleh adik umi untuk order  pizza cheese durian tu.So, untuk dapatkan harganya lebih murah, umi gantikan dengan side dish Pasta dengan pizza hut.So, cuma tambah RM15 sahaja .Kalau tak harga pizza cheese durian tu dalam RM40 something la.Umi add on Pasta Aglio Olio untuk kakak sebab dia memang minat tu.

Bau durian pun dah semerbak tau.Walaupun umi pening lalat dengan bau durian, tapi i is redha jelah.Dah ada orang mengidam kan.So, menu apa lagi yang umi order.

Pizza tuna..Tak ingat dah nama panjang dia..Janji Tuna,

Aglio Olio untuk kakak share ngan adik-adik dia.Itu pun tak habis sebab masing² sibuk dengan belon dan aiskrim.

Tak ingat entah apa nama dia.Yang ni confirmlah habis sebab budak-budak suka.

Yang umi nak cerita lebih kat entry ni adalah pasal Pizza Cheese Durian ni.And yes, mula-mula memang umi tak setuju lah kan bila babah nak order pizza ni, siap tanye waitress tu samada ramai tak customer yang order dan feedback diorang? And dia kata ramai yang order and mostly chinese.

So, tu yang umi order jugaklah.And bila sekali rasa, weh!! Sedap kot!! memang kena pulak dengan pizza tu.Dalam diam umi makan 2 slice pizza cheese durian…hehehehehe

Memang terasa durian yang padat dalam cheese tu tau.Bukan dalam pizza tau.Atas pizza yang ada cheese tu.Kiranya dia combine sekali dengan cheese…Memang muai jugaklah rasa dia.

Korang kenalah cepat-cepat cuba menu terbaru dari pizza hut ni tau.

 

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

One thought on “Dah Cuba ke Pizza Cheese Durian?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *