Cuba Pula Safi Balqis White Trilogy

Assalamualaikum
Emmmm…Berpaling tadah pulak dengan si Olay tu…tulah taknak sponsor aku lagi..dah berpaling tadah kepada yang lain.ececehhh..alasan..

Masa jalan-jalan kat watson hari tu,memang aku cari olay.sebabnya krim kat rumah tu dah habis..Takde masa nak pi beli..Tapi tuari disebabkan kerajinan tengahari keluar ke pusat bandar,singgah jap kat Watson.kalau dah masuk situ,satu jam pun aku rasa tak cukup..Belek punya belek…letak….belek lagi…letak lagi..Lepas tu fikir-fikir semula,terus ambil hat ni!kebetulan masa tu Olay memang takde Less langsung..Duit yang ada pun ala-ala cukup tak cukup je..emmm..Beli mana yang mampu jelah…
Safi Balqis White Trilogy

Malas pulak aku nak letak watermark.Hah..sape yang ambil tanpa kebenaran tu sendiri tanggung..lagipun gambar tak secantik mana,pakai handphone cikai je.
Masa dok belek-belek tu,ternampak la Safi Balqis White Trilogy ni.Harga pun not bad..Bila dah kepupusan duit,at least aku mampu lagi nak beli ni..Actually masa lepas sekolah dulu,aku ingat lagi pakai safi yang tutup warna hijau tu..Masa tu main bedal je..Mana nak tengok apa yang terkandung dalam krim tu pun..hahaha..Main belasah je.
Krim pelembab mesti ada dan wajb ada untuk aku..Sebab aku tak berapa nak suka pakai foundation atau apa-apa BB Cream and whatsoever…hahaha..So,sebab tulah aku memerlukan Krim pelembab ni yang mempunyai perlindungan SPF ni..Boleh la cover muka aku dari segala kekotoran.
Pelembab muka Safi Balqis White Trilogy ini mempunyai SPF20PA++ iaitu untuk ia mencerah dengan efektif dan memastikan kulit dilindungi dari Sinaran UV.Ia juga memberi kelembapan dan keselesaan agar kulit terasa lembut,halus dan bermaya sepanjang hari.
Safi Balqis White Trilogy  dengan formulasi Arbutin,Nano biowhite dari kiwi bertindak menerusi 3 lapisan kulit untuk aksi pada kulit wajah.
  • Memudarkan pigmentasi
  • Menyamaratakan tona kulit
  • Melindungi dari Sinaran UV
  • Mencerahkan kulit
  • Melindungi dari radikal bebas
  • menghidratkan kulut
  • Mengekalkan lembapan
  • Melembutkan kulit
  • Menghaluskan Kulit
  • Melicingkan kulit
Safi Balqis White Trilogy

Sistem White Trilogy diuji secara saintifik untuk mencerah menerusi 3 lapisan kulit* untuk hasil pencerahan yang sempurna dan selamat dalam**:
  • 3 Minit                  – Bertindak pada lapisan luar kulit untuk memulakan proses pencerahan secara semula jadi
  • 3 Hari                    – Mula mengurangkan pembentukan melanin pada lapisan dalam kulit
  • 3 Minggu              – Kulit menjadi cerah sempurna hasil pencerahan jauh ke dalam lapisan kulit.


BAGAIMANA TINDAKANNYA?SAFI BALQIS White Trilogy bertindak mencerah wajah secara menyeluruh menerusi 3 lapisan epidermis kulit dengan 3 bahan utama:

Safi Balqis White Trilogy

Arbutin
Arbutin berkesan merangsang sel-sel kulit, memulihkannya agar tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya seterusnya memastikan proses pencerahan berlaku dengan sempurna.
Nano BioWhite
Partikel nano bertindak meresap jauh ke dalam lapisan kulit untuk menghalang pembentukan melanin punca tompok hitam dan kulit kusam.
Ekstrak Kiwi
Kiwi bertindak sebagai antioksida dan mengelupas kulit dengan lembut untuk menghasilkan sel-sel kulit baharu. Kandungan semula jadi pada Kiwi yang kaya dengan Vitamin C (2 kali lebih tinggi daripada lemon) membantu memastikan proses pencerahan berlaku secara lembut dan selamatHasilnya kulit menjadi lebih mulus dan cantik….ececehhh..So far aku suka gi watson sebab dia ada bekalkan trial..So kita boleh rasa,bau dan pegang produk tu..Sebab tu lah aku pilih safi ni.By the way..harga dia aku tak ingat..tapi tak habis lah RM20 kalau beli ni..
So far pada kulit aku ianya memang lembut untuk apply kat muka.Muka rasa licin,nak sapu foundation atau bedak pun senang..Lepas ni aku nak beli set Rangkaian Safi Balqis White Trilogy ni pulak…

Untuk Maklumat lanjut tentang produk korang boleh terus melayari website Safi di sini
website : http://safi.com.my/
facebook : https://www.facebook.com/SAFI.MYInstagram : https://instagram.com/safimalaysia/

Loading

2 Comments

  1. produk safi balqis tak ngam ngan kulit muka fae. stop pakai dah.

  2. Saya dah guna safi Rania gold sebab dah masuk three series kan.. alhamdulillah memang serasi produk safi dgn kulit sy..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *