PRODUK REVIEW

Chunky Peanut Butter dari Nutasty

Chunky Peanut Butter dari Nutasty | Eat Clean and Get fit bagi mereka yang ingin sihat.Nak diet wajib dapatkan peanut butter dari Nutasty ni.

 

Actually umi memang sukakan dengan rasa semulajadi dari Chunky Peanut Butter ni.Masa mula-mula buat Intermittent Fasting, boleh baca di entry umi di SINI apa itu IF ye.Rajin lah umi join #eatcleanmalaysia di IG.

Umi target nak kurus dalam 55kg, tapi bila ramai yang tegur umi kurus macam sakit, jadi umi tak jadi nak terlalu kurus.So far sekarang ni umi lebih kepada jaga makan.Itu jelah walaupun kekadang tu sapu je apa yang umi rasa nak makan.

Bila umur dah makin lanjut ni, tahap kesihatan kita pun kita kena jaga.Tu belum lagi manapouse.Sebab perempuan ni kira bernasib baik kerana setiap bulan mereka mengeluarkan darah kotor.Jadi bila dah manapouse, dah takde keluar darah kotor, masa tulah pelbagai jenis penyakit kalau tak dijaga, akan keluar.So,umi beringat sendiri.Lagipun umi ada sejarah “Sakit jantung berlubang”

sejarah sikit pasal penyakit yang umi hadapi ni.

Actually umi ada penyakit ni since kecik lagi.Masa sekolah kerap pengsan masa perhimpunan.Bab bersukan memang dikecualikan.Sama jugak kalau perhimpunan.Kadang segan jugak dengan kawan² sebab selalu dapat duduk.Sampailah umi dah menengah, kerap sangat sakit,then buat check up kat hospital,diorang decide untuk buat pembedahan.And umi buat pembedahan pada tahun 1996.Masa tu orang dah nak PMR dah pun.

Lepas tu monthly checkup dan menjadi yearly check up.Bila dah habis je sekolah, terus tak pergi dah.Sampai lah umi kawen and pregnant kan Naura Auni.Doc sahkan umi masih lagi ada masalah tu.UPSET!! and yes.. hidup mesti diteruskan.So, kelainan selepas melahirkan Naura Auni, umi cepat penat.Cepat rasa stress.

Life must go on!! walaupun ada cerita kisah suka dan duka sehingga sekarang, umi tetap kuat!! and yes demi NUR NAURA AUNI dan anak umi selain dia iaitu NUR AWFIYAH.Kalau korang tak tau cerita pasal siapa Nur Awfiyah, boleh cari kat blog umi.Umi rasa cerita dia paling banyak berbanding adik dia tau.

 

Eh..dah termelalut dengan cerita sedih pulak.Sebab tu umi malas nak start menulis cerita-cerita macam ni, mesti akan jadi panjang lebar.

Ok..berbalik pada cerita Nutasty tadi.Biasanya orang yang diet atau yang mengamalkan IF ni, akan mencari makanan yang tidak langsung berkaitan dengan GULA. Of course, gula adalah sebab kita gemuk.Pengambilan berlebihan akan menyebabkan banyak penyakit.

Chunky Peanut Butter dari Nutasty

Dan… Chunky Peanut Butter dari Nutasty 100% adalah homemade dan tidak mengandungi gula tambahan.Memang betul-betul rasa kacang kosong.

So,umi beli Chunky Peanut Butter dari Nutasty ni.Actually dia ada dua perasa iaitu cocoa dan juga peanut butter.

So, dah guna peanut butter yang takde gula ni, roti pun kena lah tukar jugak.Umi sekarang ni dah bertukar dari roti putih kepada roti wholemeal.Sekarang ni pun masih mengamalkan lagi roti ni.

Chunky Peanut Butter dari Nutasty

Setiap pagi umi akan ambil breakfast roti dengan chunky peanut butter ni.

Chunky Peanut Butter dari Nutasty

 

Kalau malam, agak-agak lapar umi ambil lagi sekeping roti.And actually apa yang umi suka dengan Chunky peanut butter ni, kita masih lagi boleh rasa kacang yang tak dimesin halus.Itu yang umi suka tu.

 

Hah…Korang yang nak try Peanut butter atau pun cocoa dari Nutasty ni boleh dapatkan di IG dan Facebook mereka.Ada jugak agent² yang jual.just type #nutasty je.Confirm korang akan jumpa

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *