Chillax Market Setiap Rabu di Educity Sports Complex Nusajaya

Chillax Market Setiap Rabu di Educity Sports Complex Nusajaya

Chillax Market Setiap Rabu di Educity Sports Complex Nusajaya | Korang pernah dengar tak pasal Chillax Market ni.Dan apa yang ada di Chillax market ni?

So, hari sabtu yang lepas  umi berkesempatan dengan Media lain menyertai Perasmian Chillax Market di Educity  Sports Complex di Nusajaya. Memang meriah bukan sahaja dengan Chillax Market, malah  terdapat juga pelancaran Educity Sports Carnival 2019 yang diadakan pada 12 dan 13 Oktober yang lepas.

Karnival Sukan EduCity menyediakan perkhidmatan sukan yang terdiri daripada lebih 6 jenis sukan luar dan dalam termasuklah futsal, bola jaring, bola keranjang, badminton, ping pong dan tarik tali. Program ini termasuklah pameran Auto Show Tournament dengan kerjasama X Johore Motorsport Scene. Setiap program yang dianjurkan melibatkan pelajar, kakitangan dan penduduk tempatan.

Chillax Market Setiap Rabu di Educity Sports Complex Nusajaya

Selit sikit gambar puan Blog di Chillax Market  ni.Bukti umi dah pun sampai ke Educity Sports Complex Nusajaya.

Chillax Market dan juga kerjasama bersama PUJB(Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd) menyokong usaha berterusan pelajar yang ingin membina pengalaman dalam bidang keusahawanan dan dalam masa yang sama menaik taraf hubungan sosail pelajar dengan Masyarakat setempat.

Chillax Market Setiap Rabu di Educity Sports Complex Nusajaya

 

 Chillax Market  ini juga  merupakan satu landasan untuk memperkenalkan usahawan-usahawan di kalangan pelajar di samping memupuk semangat keusahawanan dikalangan mereka. Peserta Chillax Market ini juga merupakan 44 peniaga kecil dan sedehana di Johor.

Umi menyaksikan Terdapat juga 15 gerai yang dikendalikan oleh pelajar dan kakitangan sebagai sebahagian daripada “Cabaran Keusahawanan yang Sebenar”. Pelajar perlu perlu membentuk entiti perniagaan, mengemukakan pelan perniagaan dan melaksanakannya dengan menjalankan perniagaan semasa karnival.

Usaha ini sangat-sangat membakar semangat para pelajar untuk terus membina satu pengalaman yang berharga dan berterusan untuk masa hadapan.

Pelancaran Chillax Market juga memperkenalkan maskot bagi Sukma 2020 iaitu Jimi (Harimau Malaya). Educity Iskandar adalah host kepada pertandingan bola jaring dan bola sepak untuk SUKMA 2020.

Pelancaran Chillax Market telah di lancarkan oleh  YB Sheikh Umar Bagharib Ali  pada hari itu.

Chillax Market Setiap Rabu di Educity Sports Complex Nusajaya

Di belakang tu korang boleh lihat para Panelist Sidang Media yang umi dah hadiri iaitu MD Educity Iskandar Malaysia, En. Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi. CEO PUJB iaitu Tuan Hari AShaari Kasnan.

Chillax Market Setiap Rabu di Educity Sports Complex Nusajaya

Sempat juga umi meninjau booth-booth yang ada di Chillax Market ni.Boleh lihat booth-booth yang ada di Chillax Market.

Chillax Market Setiap Rabu di Educity Sports Complex Nusajaya

Korang boleh lihat pelbagai jenis makanan dan craft yang ada di jual disini.

Chillax Market Setiap Rabu di Educity Sports Complex Nusajaya

Salah satu Booth makanan yang boleh korang rasa keenakkan masakkan asam pedas dan juga Nenas yang manis.Umi dah cuba..

Chillax Market Setiap Rabu di Educity Sports Complex Nusajaya

Chillax Market Setiap Rabu di Educity Sports Complex Nusajaya

 

Chillax Market Setiap Rabu di Educity Sports Complex Nusajaya

Ini juga antara booth jualan di sekitar Chillax Market.Memang korang patut cuba dan bawa keluarga datang ke sini tau

Chillax Market Setiap Rabu di Educity Sports Complex Nusajaya

Meriah kan? Bila Chillax Market ni diadakan.

Chillax Market beroperasi setiap hari rabu dari pukul 3 petang dan keatas.Jadi #BangsaJohor yang berdekatan dan tak pernah datang ke sini, apa kata bawa keluarga ke sini untuk sama-sama meramaikan dan merasai kenikmatan dan perkhidmatan booth-booth yang turut serta di Chillax Market ni.

Oh ya, Jika korang berminat untuk menyertai Usahawan Chillax Market ni, korang boleh terus hubungi talian 07- 233 9000 atau email ke : info@my-iib.com

 

 

Loading

1 Comment

  1. Seronok nengok, meriah..Jimi pun ado…
    Kalau Sis ko yang pergi, mau tak ingat nak balik sebab ada jual memacam tu hahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *