Cerita Ahad lepas…Mulanya entry nie aku nak update semalam..Tapi tak berkesempatan.Sibuk membaca tentang MH370 tu..Melihat dan membaca spekulasi yang timbul.Maklumlah,banyak sangat wartawan segera yang bercerita..melihat kesahihan cerita dari pembacaan dan logik akal.
Sebelum tu,aku berharap jangan ada yang menimbulkan perkara atau kata-kata yang boleh menimbulkan sebarang kecelaruan.Tugas kita hanya perlu berdoa dan mengikuti sahaja perkembangan tentang pesawat MH370 tu..Tidak perlu untuk menghukum dengan melontarkan kata-kata nista yang sangat jijik untuk didengar.nauzubillah..
Terasa kesedihan yang dialami keluarga mangsa.Cuba kalau kita ditempat mereka,Jadi perlu dalami isi hati mereka dengan berdoa moga Pesawat MH370 itu dijumpai tidak kira walau dalam keadaan macam mana sekalipun.
Oklah…stop sampai  situ..Aku tau korang semua dah diberi akak fikiran,so berfikirlah sebelum bertindak.
hari minggu yang lalu,bila berkeseorangan,idea untuk membuat itu dan ini timbul..Walaupun aku bukan pakar memasak,tapi untuk menyediakan apa yang En.husband nak tu,pasti buat walau taklah sehebat masterchef..jadilah masterchef untuk En.husband dahlah.
Aku pun tak tau nak kategorikan ni sebagai cheesecake atau Tiramisu…sebab tengok sama je kekdahnya..
Selepas menggoogle cara buat cheesecake ni,akhirnya terciptalah Cheesecake strawberry yang tak berapa nak meleleh tu… Nak cari resepi cheesecake leleh ni senang je.
Agak berserabut jugaklah lelehan cheese kat atas tu..
Alhamdulillah..dapatlah 3 bekas…hehehe…En husband cakap lepas nie dah tak payah nak order..buat sendiri je…Senang je kan buat..memang la senang sebab tak payah nak menguli cake tu..just beli cake sponge je kat kedai..Lepas tu putar je cheese…hehehe…
Alhamdulillah..walau tak la secantik mana,tapi bila makan tu sedap..lepas nie boleh la try and error jadikan cake ni cantik pulak..hehehe..
#prayformh370

21 thoughts on “Cheese Cake Untuk Minum Petang Di Hari Minggu

  1. Allah!!!! nampak saja tajuk Cheese terus terpa mai … uh uh uh… sedapnya nampakkkkk…. terbau jer cheese tu… terasa jer masam-masam diaaaa… huh… nak kuar pi beli kraft jap makan ngan roti… 😀

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.