cendol kampung hulu

Pekena Cendol Kampung Hulu di Makan Avenue Melaka

Pekena Cendol Kampung Hulu di Makan Avenue Melaka | Cendol kampung Hulu lain dari yang umi pernah cuba.Boleh dikatakan memang betul-betul tak sama dengan cendol yang lain

Walaupun dah dua tempat umi makan, tetapi perasaan nak mencuba tu belum lagi dapat dipatahkan lagi.ecewah! kemahin.Selepas dari Roti canai Kayu arang, sambung pula di Mee Bodo di Mee Hasan Tengkera singgah pekena cendol kampung hulu di Makan Avenue Melaka.

Walaupun di Johor pun dah boleh dapatkan Cendol ni di B5 Street Market.Nanti bolehlah korang try pulak cendol kampung hulu jb ni pulak.Tapi dah alang-alang ke Melaka kan? menyinggah la sekali.Memang kenalah dengan cuaca panas tengahari tu kena makanan sejuk kan?

Mulanya memang signboard cendol kampung hulu, sampai ke sudah tak jumpa.Tapi bila tengok bangunan warna hitam tulis Makan Avenue dan nampak pulak logo cendol tu, terus masuk situ.Cari jugalah stall cendol tu, rupanya just order dekat bahagian minuman.

Pekena Cendol Kampung Hulu di Makan Avenue Melaka

Nasib baiklah beratur tak panjang, jadi tak perlulah umi menunggu lama.Sampai turn, terus order cendol durian.Actually kalau korang taknak yang durian ada je topping lain yang boleh korang tambah dalam cendol tu.Nak yang biasa regular ada, longan, mango, buah kabung.Semua ada.Boleh tengok  menu cendol kampung hulu di bawah ni.

Pekena Cendol Kampung Hulu di Makan Avenue Melaka

umi dan rihana ambil yang duria Ioi tu.So sedap!! rasa nak repeat lagi makan kat situ.Kalau dapat pergi lagi umi nak try letak topping buah-buahan lain pulak.

Pekena Cendol Kampung Hulu di Makan Avenue Melaka

Original Cendol Shave ice memang complete semua.Dibawahnya ada signature gula melaka,Coconut shaved ice, red bean, cendol dan juga coconut ice cream.

Memang sedap semuanya tau.Jadi sangat rugi kalau korang ke Melaka tak mencuba cendol kampung hulu ni.

Makanan lain umi tak order sebab lepas makan cendol kampung hulu tu, kami plan nak ke kedai nasi ayam yang hanis zalikha pernah makan tu.

Nanti umi cerita di lain entry.Kali ni kita cerita pasal cendol ye anak-anak 🙂

Berbeza dengan cendol yang lain, cendol kampung hulu ni ada keunikkannya yang tersendiri.Umi suka ice yang dah siap di blend dengan kelapa memang betul-betul sedap.Dicampur pula dengan pelbagai bahan di dalamnya dan yang paling penting air gula melaka di bawah sekali tu.

Nak makan kena blend semua yang ada dalam mangkuk tu..memang sedap

Rasa cendol yang lemak-lemak manis tu satu bekas pun tak cukup tau 🙂

Niat hati nak makan di luar sebab cendol kampung hulu ni betul-betul di tepi Sungai Melaka.Makan kat luar sambil melihat keindahan alam sekitar.Memang syok ooo..

Tapi malangnya orang ramai.Jadi umi ambil meja di bahagian atas makan avenue.Tu pun dah penuh.Dapatlah meja di tengah-tengah jalan bahagian atas.

Cendol Kampung Hulu di Makan Avenue Melaka

Satu umi dan satu lagi rihana punya.Memang habis licin kami sapu..hahaha..

So, korang yang akan ke Melaka boleh la kesini.Umi sertakan alamat dan maps supaya senang korang nak terjah

CENDOL KAMPUNG HULU

Alamat : No.26 Jalan Kampung Hulu, Kampung Hulu, 75200 Melaka

Waktu operasi : Setiap hari dari pukul 12 tengahari – 12 tengah malam.

 

Loading

12 Comments

  1. Sedap ni lama tak makan uishhh. ? Padehal 10mint je jarak dri rumah. Hahaha

  2. pergi B5 Market belom habis jelajah lagi makanan dia. 🙂

  3. kalau saya pun sebekas gini tak cukup.hahah..tengok la durian dia tu. tebal nya isi.

  4. Secara peribadi, bagi akk cendol kampung hulu kurang menepati selera akak cuma akk sukakan sagatan ice nya yang halus macam salju, lain2, humpppphhh

  5. Author

    mungkin dia nak ciptakan kelainan, tu yang dia buat macam tu kan.kalau dapat yang pure cendol kampung tu sedap kan

  6. saya sukaaaa cendol kampung hulu sebab shaved ice dia tu!..dan saya juga suka cendol kampung biasa…dedua tu lain dunia dia bagi saya..hihihi

  7. adui sedapnya..ciktom tak pernah try lagi cendol kampung hulu ni..ada 1 buka kat B5 street market kan?

  8. Bulan Ogos tuari honeymoon dekat melaka tapi tak JJCM pun. Ruginya! Nak repeat honeymoon lahh cemni.

  9. Cendol dia ice blend, kan..memang sedap ? lagi-lagi kalau dapat duduk bahagian luar, dapat view sungai ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *