• aktiviti,  parenting blogger,  weekend

    Aktiviti sabtuday di Giant Plentong

    Assalamualaikum

    Hai korang☺☺Throwback aktiviti hujung minggu.Hari sabtu hari tu,adik datang..So,memang plan sabtu tu pun nak beli barang keperluan dapur dan Naura.So kami decide ke Giant Plentong.Sebab sambil shopping,sambil bawak anak-anak bermain.

    Sebelum masuk ke bahagian barang keperluan,kenalah isi perut dan kasi chances kat budak-budak untuk bermain.Lepas bermain playground kat food court,umi naikkan diorang keretapi kat dalam Giant tu.ALah..takat pusing-pusing situ je.Naik keretapi ni charge RM5.. Boleh la kan..Janji anak-anak happy.

    Umi tak naik,sebab malas nak naiklah..hehehe..Suruh anak-anak ngan adik je naik keretapi,Insyallah nanti umi bawak naik keretapi betul ye.

    Kakak dan moksu
    Moksu dan Umi

    Melor,Naura dan Kakak Fiyah.

    Ni dah berangan nak tido dalam troli..Nampaknya umi kena bawak dua troli lah nak shopping

    Umi,mama Eton dan Adik Naura.Adik Melor pulak tersepit kat situ
    Naklah umi jugak bergambar kan walau tak dapat nak naik.hahaha…Plannya nak ke Bookstore,tapi memandangkan Adik Melor dah mengamuk sebab kengantukkan,So terpaksalah balik selepas shopping barang dapur
    Biasalah bila bawa anak-anak ni,aku tak suka sangat nak shopping barang dapur.Kalau nak bawa mereka jalan-jalan,kena fokus untuk tu je.Tak boleh fokus nak beli benda lain.Kang bila umi jadi singa,hah…naya je kan.

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • weekend

    Berkelah di Batu Layar

    Assalamualaikum

    Hai korang?Sekejap je rasa bercuti.Ni dah pun masuk hari Ahad.

    And yes,bila bercuti kena manfaatkan cuti yang sebenarnya.Dan masa nilah plan untuk balik kampung bersama dengan adik-adik.

    Bila dah ramai ni,ada je plan nak ke sana sini kan.And hari sabtu semalam,kami plan untuk pergi berkelah di Batu Layar.Pagi lagi kami dah memasak.Bukan masak apalah sangat,Sarapan kami yang tak dihabiskan kami bawa ke sana.

    Budak-budak ni,bila makanan depan mata memang payahlah kan nak habiskan,tapi bila dah bersantai tu,semua licin dikerjakan.

    Antara gambar yang diambil.Ikutkan banyak lagi gambar selfie,wefie yang di ambil,tapi tulah,bila blogging menggunakan handphone rasa tak syok pulak..
    So,inilah antara gambar yang sempat aku abadikan di dalam blog.
    Korang pulak ke mana??

    Thanks for Reading kisahsidairy.com

    Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

  • luncheon,  weekend

    Makan di Nando’s Jusco Tebrau

    Assalamualaikum
    Hai korang☺☺semalam kan aku bercuti disebabkan Naura demam on/off.Aku ada ceritakan di entry INI .
    Lepas bawa naura ke klinik,babah dia terus ajak anak dia pegi makan.Konon nak suruh anak dia makan sedap.Sejak tak sihat,memang dia taknak makan.Minum susu pun kurang.Disebabkan Naura ni jenis pemakan,tapi bila tiba-tiba dia taknak makan,haruslah mak pak dia risaukan.
    Kengkononnya nak bagi anak makanan lain dari yang lain,hah…sampai ke Jusco sudahnya.Babah sebenarnya nak try makan kan Nando’s.Dulu babah pernah makan di Kenny Rogers Roaster,tapi tak berapa nak minat.So bila try Nando’s nampaknya menepati citarasa tekak babah.
    Ingatkan taknak lah pergi jauh-jauh memandangkan Naura belum sihat sepenuhnya,Tapi disebabkan babah pun terpaksa pergi ke suatu tempat untuk settlekan masalah dia tu,pergilah jugak kan.Alang-alang menyeluk pekasam katanya.
    Saja nak tunjuk kat babah masa nak masuk Nando’s ni.Nak elak dari memasak..hahaha…Thanks babah,layankan umi ni hah
    Sebenarnya memang tak pernah pun tau apa resepi istimewa Nando’s ni,Tak sempat nak menggoogle pun.Nampak menu pulak macam serabut sikit.Kitorang ni lebih suka bila tengok gambar,Dari gambar la boleh tengok gambaran sebenar menu yang nak di order tu kan.
    Setelah puas dok tanya waitress,inilah menu kami pada hari itu
    Aku pilih Sharing Platter iaitu Full Platter.Di dalam set ni ada whole chicken 4 regular dan 2 side disher,
    Menu ini memang khas untuk 2-3 orang .Kami pun masa tu ada 4 orang.So Naura mestilah makan on behalf umi jugak kan..Banyak tu.Ada 4 ketul.Nasi je sikit,Tapi tak kisah la nasi sikit pun sebab sebelum tu pun kami dah makan Nasi.
    Untuk minuman kami order Hot choclate,cappucino dan satu lagi tak ingat apa nama.Soft drink pun order jugak satu.Boleh refill ok.
    Sos pulak kami pilih Mild dan jugak Wild Herb…Sos dia masam sikitlah..eh..bukan sikit..banyak tau.
    Korang kalau tak suka boleh je pilih sos yang lain,ada banyak lagi sos yang korang boleh pilih..Nak sos chili pun ada.
    Apa pun ,aku memang suka makanan Nando’s ni..Sedap..
    Selfie dua beranak sebelum makanan tiba.Yang tak bestnya orang demam tu boleh pulak tak nak share air dengan umi dia..dia nak konker sorang je.
    bertabahlah umi melayan ragam dia seharian tu.
    Untuk melihat menu dari Nando’s ni korang boleh layari website
  • kisahsidairy.com,  nur naura,  weekend

    Sabtuday | Jalan-Jalan cari Sarapan

    Assalamualaikum
    Selamat pagi sabtu korang..Yeye…hari ni saya memang tak kerja..Kalau dulu memang kerja,tapi sekarang ni sabtu tidak bekerja..So ada masa banyak untuk family..
    So,selalunya sabtu macam nilah boleh keluar berdating dengan family..Boleh sarapan sama-sama kat luar.Dan yang penting boleh balik kampung sama-sama..
    Tapi minggu ni memang tak balik ke kampung..Sebab tu saja-saja cari sarapan kat luar…Ala..sekali sekala kan..tak salah..
    Pepagi lagi dah keluar,dalam pukul 7 lebih jugak lah..Si Naura Auni pepagi lagi dah bangun,jadi bolehlah keluar,balik pun boleh awal..Seperti biasa,cuti persekolahan,banyak undangan perkahwinan sedang menanti.Cuma hari ni boleh memenuhi satu undangan sahaja sebab dekat.
    Umi dan Naura..wajib selfie.Disebabkan umi tak bawak phone,kita guna handphone babah jelah ye..
    Hari ni Naura auni dapat rezeki dari dua orang insan..Seorang nenek dan seorang pakcik..Moga dimurahkan rezeki mereka..Nenek Mah bagi duit dan seorang lagi orang kedai tu bagi gula-gula dekat Naura..Alhamdulillah..rezeki naura kan…Moga anak umi sentiasa dimurahkan rezeki..insya allah..amin..
    Oklah..cuti-cuti ni ada je kerja mengemas,so,kena siapkan dulu sebelum keluar rumah nanti..happy weekends ye semua
  • Hotel Review,  kisahsidairy.com,  outing,  parenting blogger,  weekend

    Beriadah Di Tunamaya Desaru Beach & Spa Resort

    Assalamualaikum
    Cerita hujung minggu hari tu,Saja nak bawak anak-anak pi jenjalan..Bukan jalan mana pun,dok ajak mandi pool je..Kalau kat rumah sibuk je nak mandi dalam besen.So,bila dah babah dan umi free ahad tu,ajak ler awfiyah pi mandi pool.
    Lagipun hari minggu je dapat spend masa dengan awfiyah..Yelah sejak awfiyah dah duduk kat kampung ni,makin rajin la ummi dia balik kampung..Mana boleh weh hidup tanpa anak..Macam tak lengkap rasanya.
    So,Disebabkan adik pun ada yang balik,pergilah kami 3 kereta.Jangan tanya tentang bayaran masuk berapa ye,sebab pool tu untuk mereka yang sewa hotel je tak silap aku..Aku masuk situ pun kebetulan ada saudara yang stay kat hotel tu..So berkongsilah kami pool tu jugak..Bukan kongsi bilik hotel..Dah jimat tak payah nak bayar untuk mandi pool..
    Nak tengok pemandangan di Tunamaya Desaru Beach & Spa Resort

    Tunamaya Desaru Beach & Spa Resort

    Tunamaya Desaru Beach & Spa Resort
    So far pemandangan di sini memang mengasyikkan..Kalau tidur bawah pokok confirm tak bangun-bangun…hahahaa..
    tunamaya Desaru Beach & Spa Resort
    Korang perasan tak,si awfiyah tu kalau bergambar mesti trademark tangan kat pipi…

    Sebelum tu dalam perancangan nak pi lotus,tetapi tulah kan,memandangkan ada saudara yang sedang stay kat hotel tu,apa kata kita meriahkan pool di sana je..Kiranya pool hari tu di konker oleh kami..hahaha…abaikan perkataan konker tu..korang faham sendiri la ye..
    Cuti raya cina nanti ingat nak pi mandi kat kolam air panas jasin..insya allah..kalau jadi..
    Kalau korang nak tau pasal hotel Tunamaya Desaru Beach & Spa Resort ni boleh layari website mereka di sini
  • kisahsidairy.com,  weekend

    Sepetang Di Tasik Layang layang

    Assalamualaikum
    Dah menjadi kebiasaan dengan panggilan “Tasik Layang-layang” atau di kenali dengan Tasik Pasir gudang.
    Dan lebih best lagi,anak saudara aku menggelarkan Taman Tingkat.hehehe…korang fikir sendirilah kenapa tasik tu digelarkan seperti itu.
    Sabtu Lepas,bila mak dan adik datang ke pasir gudang,aku buat cadangan supaya bawa anak-anak ke Tasik..At least ada aktiviti diorang petang tu.Datang jauh-jauh,Takkanlah nak perap je kan kat rumah.
    Selepas Asar,kami-kami menuju ke sana.Hanya bawa bekalan tikar,air dan makanan ringan sahaja.Musim macam ni,memang best kalau dapat naikkan layang-layang.Tapi takdelah main layang-layang sangat.Tak sempat nak naikkan layang-layang,anak dah kelam kelibut lari entah ke mana.Hanya memerhati mereka dari jauh sahaja.Tak risau sangt nak lepaskan anak-anak kat sini..Cuma nak kena pantau mereka jelah..takat jatuh tu,biasa je..
    Sebahagian Ahli keluarga aku yang ada petang tu.

    Nur awfiyah hanya kelihatan ketulan kaki je..isk..mana pi badan ..Dia tengah sibuk dok tengok orang main layang-layang.abaikan mulut yang tengah simpan makanan tu ye.Masa ni anak-anak dok sibuk main sabun buih tu..so tak banyak gambar yang diambil…
    Hanya santai-santai melayan anak-anak petang tu.Memang tak lama pun kami disitu.Sebelum pukul 7 dah bergerak balik,
    Hari minggu hanya di rumah melayan Nur awfiyah tu.Sekarang ni memang pantang orang makan,mesti mulut dia nak menganga dulu…isk..makin debab la nampaknya anak ummi sorang ni.
    Belanja gambar Nur awfiyah satu…Biar dia tengok betapa montelnya dia masa kecil…hehehe
  • kisahsidairy.com,  weekend

    Happy Saturday

    Assalamualaikum
    Happy saturday korang..still kat tempat kerja.Menunggu masa untuk balik je ni.
    Hari sabtu pertama di bulan November.Dah hampir kan ke penghujung tahun.2015 akan muncul sebulan lebih je lagi.Masa nilah nak bina zam baru.Mana yang azam tak dapat ditunaikan pada tahun ni, mungkin boleh bawa ke tahun hadapan jugak.Kekadang tak semua kita impikan tu akan menjadi kenyataan.
    Kita hanya mampu merancang, tapi semua Allah swt menentukan..

  • kisahsidairy.com,  motherhood,  nur awfiyah,  PARENTING,  weekend

    Nur awfiyah di wedding Officemate Ummi

    Assalamualaikum
    Entry ni dah berkepuk nak update.Cerita hari sabtu lepas, baru sibuk dok cerita hari ni.Bawa Nur Awfiyah pi kenduri kahwin officemate.
    Masa mula mula memang elok je angin dak fiyah ni, tapi bila start kompang, dia dah mula tunjuk perangai.Ummi nak tunggu berfoto sakan dengan pengantin pun tak boleh.
    Dahlah hidangan semua enak enak belaka, last last separuh je ummi dapat suap ke mulut.Masa tu nenek tolong pegang Nur Awfiyah, sebelum tu kasi nenek dan babah makan dulu, ummi makan kemudian.
    Last last bila turn ummi makan dia dah mula buat perangai.Terus ummi basuh tangan dan amik dia..isk..isk..budak ni.

    Sempat lagi berselfie walaupun dah mula nak menangi, tqpi bila nampak babah keluarkan handphone, pastu panggil dia.senyaplah pulak kan
    Selamat pengantin baru auntie cidot and uncle bob, moga kekal bahagia hingga ke jannah.sorry, pinjam gambar ye.
    Bila mood nur awfiyah tak elok, cepat cepat got to go tiba tiba.Lepas tu terus balik kota tinggi .
    Itulah cerita hari sabtu lepas..esok update lagi, ummi fiyah nak update mata pulak ni ..ahaks..
  • jalan-jalan,  kisahsidairy.com,  nur awfiyah,  weekend

    Bawa Nur Awfiyah Shopping

    Assalamualaikum
    Baru sempat nak cerita pasal hujung minggu lepas ni.Bukan taknak update entry terus,tapi sibuk melayan Nur awfiyah..
    Babah dah bawak troli.,ummi pulak dah bawak stroller Nur awfiyah.Hari sabtu hari tu,kitorang bawak Nur awfiyah jalan-jalan ke Jusco Permas.Niatnya nak jumpa mamaniza.Tapi terlupa pulak nak bagitau dia awal-awal.Lagipun mamaniza kena tunggu anak dia balik dari sekolah.So,memang takde rezeki kami lah nak berjumpa kat situ kan.Kitorang pergi Jusco tuari sebab nak beli Hadiah Officemate kahwin sabtu ni.So biasalah,bila ada officemate kahwin,kitorang akan collect duit untuk beli hadiah..So,hadiah besar sikit boleh beli.Tapi kitorang akan tanye apa pengantin tu nak..Jadi senang nak beli..Tak payah nak suprise bagai..Lagi bagus macam tu ka.Nanti takdelah dia dapat hadiah yang sama dua tiga bijik.Sebab tu lebih selesa beli hadiah yang dia nak.
    Seronok dah bawak Nur awfiyah jalan-jalan..dah tak meragam macam dulu lagi.Cuma bila duduk kat stroller lama-lama dia cepat bosan pulak.Terpaksalah ummi dokong dia.Sambil dokong,sambil bawak troli.hamboooi…Nasib baiklah awak tu ringan lagi..Bila penat ummi duduk je kat tempat test kasut tu.Sambil tu jeling-jeling beg dan kasut kat situ..Memang niat nak beli sepasang sandal.Tapi disebabkan Nur awfiyah dah buat Kek,terpaksalah cepat-cepat bayar.Maklumlah..bau pun dah semerbak..Kang tak pasal-pasal orang kat situ pengsan..Adeh…

    Ummi tak sempat nak berselfi dengan Nur awfiyah…sibuk cari barang je..Bila dah macam nie memang lupa nak bergmbar bagai..Tengok orang je ummi dah pening lalat.
    Lepas dah bayar,terus ke toilet sementara babah pi simpan barang-barang tu dalam kereta.Ummi sempatlah tengok-tengok kad ucapan cantik-cantik untuk pengantin nanti..Nanti aku update pasal tu ye
    Lepas tu,babah dah mengadu lapar..Ummi pun sama.Nur awfiyah pun sama jugak.Da start menyanyi-nyanyi lagu cupcake..Yang herannya,bila nampak orang dok melayan dia,mulalah dia terjerit-jerit..sungguh tak malu anak ummi nie ea..peramah betul dengan orang.
    Sampai kat food court,sementara babah pi  order makanan,ummi dah boleh buat susu..bila nyusukan dia tu,terus Nur awfiyah tidur..tidur pun tak nyenyak mana sebab dekat dengan playground.so bising sikit
    Masa nie memang dah nak terlelap sangat lepas kena tepuk-tepuk ngan ummi..mungkin dah kepenatan
    Lepas balik dari jusco,sempat tapau steambot tepi jalan kat Tasik pasir gudang..SO taklah membeli belah sangat kat Jusco tu.
    Rasa nak membeli belah kat Lazada la..Sekarang nie potongan sehingga 95%..so,kena cepat-cepat shopping sebelum habis promosi kan.
    Jom cuci mata kat LAZADA ni
  • di pagi hari sabtu,  kisahsidairy.com,  weekend

    Selamat Pagi Sabtu

    Assalamualaikum
    Sumber:google
    Rasa macam malas je nak kerja hari nie.Tapi bila fikirkan hari nie masa bekerja hanya setengah hari,rasa sayang pulak nak bercuti..Bangun lambat sebab kemalasan yang melanda…Lagi pulak Nur awfiyah sedap peluk ummi dia,,tu yang rasa macam malas nak lepaskan dia..
    Plus,kakak ipar dari Melaka datang bertandang kat rumah,ingatkan nak sambung beraya petang nie di rumah sanak saudara belah suami pulak..Walaupun ramai sanak saudara belah suami di Melaka,tapi ada lah jugak yang berada di Johor..tu yang ingat nak pi beraya…hehe
    Jalan raya seperti biasalah,masih lagi lengang..Selesa je pemanduan tadi walaupun terlambat..Sempat lagi singgah ke kedai untuk beli breakfast…
    Tiba-tiba rindu pulak nak makan makanan hari raya..Yelah..makanan hari raya hanya untuk 2 hari beraya je,Lepas tu da takdak orang sediakan makanana hari raya…Makan biskut dan kuih muih je,,hehehe…syukran,,
    Ni dah terima banyak open house,kenalah pergi..Mana tau berjumpa lagi dengan makanan hari raya..Dah macam mengidam pulak aku nie..heheh…kalau mengidam pun apa salahnya kan…tak dosa pun.,wakaka
    Nak sambung buat kerja..Nanti hari isnin taklah kelam kabut kan…Dapat blogwalking di blog rakan-rakan sikit sebanyak pun ok jugak ni…tunggu ea..aku blogwalking jap lagi..Happy saturday korang..