• johor bahru,  percutian,  travelblogger

    Percutian di Pulau Besar Mersing

    Assalamualaikum Hai korang☺☺ Kan best kalau mimpi tu sentiasa menjadi kenyataan.Dah macam duduk dalam alam fantasi bila dapat semua yang kita impikan.Entry ni bukan entry sponsorship ye.Ini adalah entry wishlist yang aku harap tahun depan akan dapat…hahahha…So kita kenalah ada impian dulu sebelum nak mencapai apa yang kita impikan tu kan.Mana tau bulan jatuh ke riba.kah..kah… Contohnya,Percutian ke Pulau-Pulau cantik di Johor.Tak perlu nak pergi jauh-jauh lah kan.Dalam Negeri Johor ni pun dah terdapat Pulau-Pulau Cantik di Johor Bahru ni yang kita sendiri tak tahu akan kewujudannya.Sebab apa,kita sendiri tak explore Negeri kita Sendiri.Dan contoh yang paling dekat adalah Pulau-pulau yang ada di Mersing Johor. Walaupun aku ni anak jati…

  • johor bahru,  travelblogger

    Kembara Blogger Johor Part 11| UK Farm Kluang Johor

      Kembara Blogger Johor Part 11| UK Farm Kluang Johor | Part terakhir Kembara Blogger Johor di UK Farm.Pastinya selepas ini kami merindui rakan-rakan blogger,rakan-rakan dari Tourism Johor dan MITA dan Tour Guide kami Pak Sheikh. credit to : Tripadvisor Kami bukan sahaja dapat mengembara mengenali tempat-tempat pelancongan di Johor yang jarang kami tahu,tetapi semangat setiakawan antara kami semua.Ilmu yang kami dapat tidak akan kami lupakan. UK  Farm adalah destinasi kami yang terakhir untuk Trip ini.Setelah kami pergi ke Zenxin Oganic Park,kami beredar untuk ke UK Farm.Sampai di sana kami telah disambut dengan makan tengahari terlebih dahulu.       Makanan untuk tengahari kami Sedikit Info tentang UK FARM UK…

  • johor bahru,  travelblogger

    Kembara Blogger Johor Part 10 | Zenxin Organic Park Kluang

    Kembara Blogger Johor Part 10 | Zenxin Organic Park Kluang | Selepas kami ke Kilang Kopi Cap Televisyen,kami beredar untuk ke destinasi seterusnya iaitu di ZENXIN ORGANIC PARK.   Zenxin Organik Park adalah ladang organik terbuka yang pertama di Malaysia yang menggabungkan tujuan pendidikan dan rekreasi.Pengunjung berpelunag untuk meneroka ladang  dengan berjalan kaki atau dengan menaiki basikal.Zenxin Organik Partk menawarkan lawatan taman dengan pemandu pelancong yang disediakan.Ia tertakluk atas tempahan yang hanya memuatkan 20 orang sahaja.Pelawat juga boleh mengalami kehidupan sebenar dengan menikmati penuaian segar dan mengambil bahagian dalam program khusus yang mereka sediakan. Taman seluas 100 hektar ini terdiri daripada kawasan rumah hijau iaitu ladang sayur dan ladang buah…

  • johor bahru,  travelblogger

    Kembara Blogger Johor Part 9 | Kopi Kluang Cap Televisyen

    Kembara Blogger Johor Part 9 | Kopi Kluang Cap Televisyen | Selepas kami bersarapan di Tunamaya Beach & SPA Resort,kami bergerak ke destinasi seterusnya di Kluang Johor. Tak sabar nak merasai kenikmatan Kopi Kluang sedap ni. Siapa kat sini hantu Kopi? Pernah tak korang tau bagaimana kopi dihasilkan.Hah..Destinasi pertama untuk hari ketiga ini adalah Kami melawat Kilang memproses Kopi.Pernah dengar tak Kopi Cap Television.   Kenapa dinamakan Kopi Televisyen.Sebenarnya ada cerita tersendiri tau mengapa dia menamakan Kopi cap Televisyen ni.Aku pun tak berapa nak ingat.Tapi yang aku tahu,ada dekat satu kampung ni,memang susah nak tengok tv.Kiranya tak ramailah yang ada TV di kampung tu.Yelah..dulu-dulu kan susah.Tapi bila pengusaha kopi tu,membeli TV,diajaknya…

  • johor bahru,  travelblogger

    Kembara Blogger Johor 7 | The ELS Club Desaru Coast

    Assalamualaikum Hai korang, walaupun pengetahuan aku tentang dunia Golf ni zero,tapi tetap berpeluang untuk merasai dan mengetahui sedikit sebanyak tentang Golf ni semasa kami di The ELS Club Desaru Coast di Desaru Kota Tinggi. The ELS Club Desaru Coast ini ditubuhkan selepas kewujudan Club Els di Teluk Datai Langkawi.Di The ELS Club Desaru Coast terdapat 45 lubang gold dan ia terdiri daripada dua padang golf yang berbeza iaitu  27 lubang Ocean Course dan 18 lubang Valley Course.                                        The ELS Club Desaru Coast ini diuruskan oleh pakar Golf terkenal Iaitu Ernie ELS  ini…

  • Hotel Review,  johor bahru,  travelblogger

    Kembara Blogger Johor Part 8 | Tunamaya Beach Resort & Nelayan Seafood

    Kembara Blogger Johor Part 8 | Tunamaya Beach Resort & Nelayan Seafood |Kami beredar pulang ke tempat penginapan kami di Desaru Tunamaya Beach & SPA Resort.Sebenarya dah lama betul tak menginap di tepi pantai macam ni.Sesekali kan ambil angin laut memang best. Actually,aku tak pernah pun menginap disini walaupun jarak antara rumah aku kesini mengambil masa lebih kurang sejam. Tapi bila bersama Kembara Blogger Johor,ini merupakan pengalaman yang cukup berharga  bagi aku.Thanks to Desaru Tunamaya kerana memberikan kami penginapan yang selesa disini.   Tunamaya Beach & SPA Resort ni terletak di Bandar Penawar Kota Tinggi Johor.Resort ini mempunyai 134 guest rooms dan Suites. Standard Twin-54 bilik Standar Family-54 bilik Deluxe…

  • johor bahru,  travelblogger

    Kembara Blogger Johor Part 6 | Kampung Tualang Tiga Sedili dan Pusat Penternakkan Belangkas

    Kampung Tualang Tiga Sedili dan Pusat Penternakkan Belangkas | Kembara blogger Johor masuk hari kedua.Selepas kami ke Desaru Fruit Farm,destinasi seterusnya adalah di Kampung Tualang 3,Tanjung Gemuk Sedili Johor.Serius,walaupun aku duduk Johor,tapi aku tak pernah tahu ada kampung ni tau. 1st time aku menjejakkan kaki ke teratak Villa Castalia ni,aku terpegun melihat kehijaun di sekitarnya.Kalau nak ke sana,memang korang rasa jauh.Tapi bila dah sampai sini,pasti korang takkan kecewa. Signboard sebelum masuk ke Villa Castalia Meh aku jamu mata korang dengan kehijauan yang berada disekitarnya. Sesampainya kami disini,kami dijemput dengan pegawai-pegawai yang bertugas dan juga paluan gendang.. Selepaa itu kami dijemput untuk menjamu selera di bawah rumah ini..huiii..best tau..Betul-betul suasana kampung…

  • johor bahru,  travelblogger

    Kembara Blogger Johor Part 5 | Desaru Fruit Farm Kota Tinggi Johor

    Assalamualaikum Kembara Blogger Johor Part 5 | Desaru Fruit Farm Kota Tinggi Johor | Hai korang☺☺ serius hari pertama kami memang terasa penat dah.Tapi dalam pada penat tu,kami seronok sangat dapat melihat sendiri tempat-tempat yang kami lawati.   Selepas bersarapan di Hotel Amari,kami bergerak ke Kota Tinggi.Destinasi kami pada hari kedua adalah Desaru Fruit Farm Kota Tinggi. Korang yang gemarkan alam persekitaran Hijau dan juga suka dengan buah-buahan tempatan,boleh datang ke sini.Ini adalah salah satu tempat menarik yang perlu dilawati di Johor Bahru.   Source:google DESARU FRUIT FARM Desaru Fruit farm terletak di daerah Kota Tinggi dan telah beroperasi selama lebih dari 10 tahun.Telah diiktiraf oleh Lembaga Tourism Malaysia dan telah…

  • Hotel Review,  travelblogger

    Kembara Blogger Johor Part 4 | Hotel Amari dan Dapur Warisan

    Assalamualaikum Hai korang☺☺ Sambung lagi kesinambungan cerita Kembara Blogger Johor Part 3.Jenuh jugak nak menghabiskan cerita ni. So.. lepas pada kami ke Legoland dan Hello Kitty,hah..korang boleh refer entry part 3 di bawah ni ye.Kami bergerak untuk ke Hotel Penginapan kami iaitu Hotel Amari yang terletak di tengah Bandaraya Johor Bahru.Hotel Amari is The Most Popular Hotel in Johor Bahru tau.Memang recommended sangat -sangat kat korang yang ingin bercuti di Johor ni.Bila korang menginap di Hotel yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Johor ni,senanglah untuk korang kemana-mana.At least nak cari Uber ,grab car dan teksi pun senang. Ok..meh aku ceritakan sedikit tentang Hotel Amari ni.Hotel Amari ni adalah Hotel yang bertaraf…

  • travelblogger,  tripkembarablogger

    Kembara Blogger Johor Part 3 | Legoland and Hello Kitty Town

    Kembara Blogger Johor Part 3 | Legoland and Hello Kitty Town |  Masih lagi di dalam entry kesinambungan Kembara Blogger Johor anjuran Torusim Johor dan MITA. Actually ini adalah tempat yang kami pergi selepas Ekspo Johor Berkemajuan.Mula-mula kami singgah di Legoland.Alhamdulillah cuaca pada hari tu walaupun sedikit hujan,tidak mematahkan semangat kami untuk terus mengeksplor Legoland ni.Memandangkan aku pernah beberapa kali ke sana,jadi aku dan beberapa blogger yang pernah ke sini,ambil peluang sikitlah untuk berehat sambil update Socmed kami pada hari tu. Oh ya,kalau korang nak tahu pasal Legoland ni,bolehla korang tengok entry Legoland di bawah ni ye.Legoland adalah salah satu tumpuan pelancong yang datang ke Negeri Johor tau setakat ni.So,sangat…